Semalam hari sabtu, suami mengajak kami sekeluarga JSBM ke Hotel Hilton. Misi kami ialah hendak beriadah sekeluarga dan memastikan jika tidak berpuasa hari sabtu diganti dengan steam bath, adakah ianya membantu. Anak-anak boleh berenang di swimming pool dan akak boleh ke 'steam bath'. Akak cukup suka jika 'steam bath' di Hilton berbanding di Hotel Equatorial kerana kedudukan kelab spa hotel ini. Di Hilton, tempat spa nya agak meriah. Di tingkat bawah ada gym... dan berasingan dengan di tingkat atas tempat steam bath dan jacuzzi dan juga bilik persalinan. Memang meriah.
Manakala di Hotel Equatorial, bilik steam bathnya dan bilik persalinan berada agak jauh dari gym dan office. Kedudukannya yang agak jauh dan agak sunyi. Jika hanya akak seorang yang menggunakan steam bath, memang agak gerun juga. Sunyi dan jauh dan agak suram cahayanya. Manakala di Hilton, bilik jakuzzi dan steam bath agak terang kerana ada cermin pemandangan luar. Cahaya masuk dan menerangkan bilik spa tersebut. Walaupun bersendirian, tidaklah terasa sunyi dan kelam cahayanya.
Sewaktu menaiki tangga ke bilik persalinan dah meriah dengan bunyi muzik dan mesin 'treadmill'. Hati pun rasa gumbira...
Loker yang disediakan agak besar dan kemas dan terang warna bilik persalinannya.
Sempat bergambar sebelum menukar pakaian...
Kami keluar awal pagi semalam dan terus menuju ke Restoren Sharin Low di Bukit Antarabangsa. Perut masing-masing memang kelaparan, terus buat pesanan makanan dan sebaik sampai makanan terus makan. Gambar makanan akak akak upload di entry akan datang.
( Nak tunjuk skill ambil gambar makanan... kenkonon... khas buat geng yg banyak bagi peransang dalam mengambil gambar menggunakan DSLR )
Selesai makan, kami terus menuju ke KL Sentral. Kami berhajat nak menghabiskan masa dengan beriadah di sini anak beranak.
Anak-anak terus bersiap untuk mandi walaupun ternampak cuaca agak begitu mendong. Apabila keluar sang kilat sambung menyambung atau sabung menyabung....kesemua diarahkan keluar kolam dan kamipun balik kebilik semula. Anak-anak menyambung mandi di bath tub dan akak sempat menonton katun dari Disney Chanel iaitu Tarzan. Terhibur sungguh mengulang kembali cerita kartun Tarzan.
Sempat akak ambil gambar keadaan di Jalan Travers. Seperti yang pernah akak cerita di entry terdahulu, akak memang membesar di Kuala Lumpur dan sewaktu kecil sering berulang alik ke Pantai, Bangsar untuk menemankan arwah ibu akak yang pergi belajar agama di sebuah penempatan melayu berdekatan dengan Pantai, Universiti Malaya. Kami akan kesana setiap pagi sabtu dan ahad kerana disitulah ibu akak akan belajar agama dengan seorang ustaz.
Arwah ibu akak juga mempunyai ramai teman-teman yang tinggal di sekeliling rumah ustaz tersebut.
Selesai solat maghrib, suami mengajak kami keluar makan ke Mid Valley Megamall. Asalnya ingin menonton wayang tetapi melihatkan Aisyah dah kepenatan kerana bermain air di bath tub, makanya kami hanya pergi makan malam dan membeli P1 Wimax. Jika tinggal di Hotel-hotel selalunya kami tak dapat nak access internet dan dengan adanya P1 wimax wi-fi.. dapatlah kami semua menggunakan kemudahan internet.
Puas memikirkan apa yang hendak di jamu anak-anak, maka akak pun diberi pilihan untuk memilih. Kalau ikut tekak akak, makan biasa jer.. tapi teringatkan anak-anak dah lama nak makan sushi, kami pun ke Sushi King.
Semua gembira dengan pilihan akak. Ikut tekak akak, makan kat food court ambil mee rebus jer.. sebab memang tekak akak lebih suka makanan tradisional. Akak pun beralahlah sebab mee rebus yang sedap pun bukan mudah nak dapat.
Ain mencuba makan salmon selain daripada ebiko kegemarannya.
Pagi tadi, sebaik bangun dari tidur, kami membawa anak-anak bersarapan di Hotel juga. Kakak zahrah cukup suka nak makan daging ala 'breakfast beef'. Selalunya hanya di hotel sahaja di sediakan daging dihiris nipis-nipis sebegitu. Memang sejak dari kecil kakak zahrah cukup gemarkan daging yang disediakan sebegitu rupa.
Akak biasalah.. sampai kena kutuk dengan suami. Mesti akak akan mengambil nasi lemak dan sambal sotong. Suami cakap, kalau nak makan nasi lemak, kat pasar bangi pun ada.. tapi sejak akak dah banyak kali mencuba nasi lemak di Hotel ini, bila akak letakkan nasi lemak bersama-sama kuah kari yang disediakan untuk dimakan bersama capati atau roti canai, di tuangkan juga sambal sotong.... hmmmmmmmm... memang enak. Tak boleh nak cerita combination kuah kari dan sambal sotong tersebut.
Selesai sarapan pagi, sekali lagi anak-anak dibawa untuk mandi di kolam renang manakala akak terus pergi ke Spa untuk steam bath. Memang selesa.
Selesai check-out dari hotel, kami menuju ke Mines Wonderland di Sg Besi sebelum pulang kerumah. Shopping center ini memang telah mengalami banyak perubahan sejak di ambil alih oleh sebuah syarikat dari Singapura. Nampanya lebih meriah dari dahulu. Nak mencari tempat letak kereta pun agak payah. Nampaknya selain dari Alamanda, akak mungkin juga akak kemari untuk menjamu selera dan window shopping.
Verdictnya.
Akak dah tak boleh meninggalkan puasa hari sabtu ataupun ahad. Sebaik-baiknya kedua-dua hari mestilah berpuasa. Walaupun ber 'steam-bath'... tidak banyak membantu akak dalam pengurangan air. Apa yang penting, Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad mesti berpuasa. Hari ini dah terlebih air kerana kegiatan jalan-jalan makan-makan. Hari sabtu dan ahad tidak boleh lagi akak buat kegiatan JJMM. Kena puasa hari sabtu.. dan jalan-jalan hari ahad ataupun sebaliknya.
Tak boleh lagi JJMM hari sabtu dan ahad.
Teringat kata-kata Dr Gan. Akak ini umpama seorang yang mempunyai pendapatan yang sedikit dan cuba nak 'meneruskan hidup' dibandar besar seperti KL. Tentunya kena banyak ikat perut. Nak sesuatu bukan mudah. (Masa dia terangkan, memang faham tapi nak jelaskan semula takut salah pulak... tapi cara dia bagitau, begitulah...)
Sebelum pulang kami menjamu selera di Nando....