Friday, April 30, 2010

kuku, rambut....


Kuku

Dalam perjalanan ke hospital....

Suami : kuku abang ni, kalau tunggu 3 minggu.... panjang sangat....

Isteri : janganlah tunggu sampai 3 minggu baru potong....

Suami : selalu kalau satu minggu, pendek sangat.... minggu kedua dah lupa.... minggu ketiga.. panjang sangat lah pulak.....

Isteri : ala.... biarkan panjang... lepas tu letak cutex......

Rambut

Isteri : Rambut Yang dah boleh potong lah... dah panjang....

Suami : Biarlah... abang saja biar panjang... lepas ni abang ikatlah buat tochang...

Isteri : sure cantik..... kalau biar merebang pun cantik......hehehehehe.......
( tak boleh nak kubayangkan.....)

Thursday, April 29, 2010

Alhamdulillah... percubaan pertama kalinya...




Buat kali kedua, semalam kami anak beranak 'berlunch' dengan nasi tomato. Rasanya yang menyamai rasa nasi tomato yang pernah akak makan di Pulau Pinang bertahun lalu, membuatkan akak cukup berpuashati dengan rasanya. Bila akak bertanya tukang masak nasi tomato tersebut adakah beliau berasal dari utara, beliau mengiyakan dan memberitahu beliau berasal dari Seberang Pauh, P.Pinang. Hmmmmm.... inspektor gadget dah mula meneka.....

Ayam masak merahnya secukup rasa... wangi dan sedap.

Nasi tomatonya yang turut sedap dan harum baunya...

Inilah air laici tembikai yang betul aturan membuatnya....


Pada waktu malam semalam akak telah membuat sambal goreng ikan bilis kering menggunakan cili padi dan cili hidup yang ditumbuk bukan di 'blend'. Memang sedap. Suami akak kesedapan dan menjadikannya lauk ratah...

Untuk berbuka puasa maghrib ini, akak telah merajinkan diri dengan membuat Ayam masak rose. Akak terasa pula di tekak hendak membuat nasi tomato, tetapi olehkerana nasi tomato boleh dibeli dengan mudah, akak pun mencuba membuat nasi minyak.

Jelatah timun dan tomato di hiris dan diperah air asam limau menjadi pembuka selera dan menghilangkan rasa muak nasi minyak dan ayam masak rose.

Ini adalah ayam masak rose.

Dan Voilla...... tarrrraaaaaa.... syukur kehadrat Allah, percubaan akak buat pertama kalinya membuat nasi minyak menjadi....
Senang aja.. ambil resepi dari internet...
Syukur Alhamdulillah...


Cuak Tak????


Sewaktu dalam perjalanan pulang semalam dari hospital ke Spanco, BBBangi.

Suami : Yang, laptop abang dah ada orang antar ke office...
( Ceritanya : sewaktu suami menghadiri mesyuarat di Kementerian Kesihatan di Bangsar, suami telah tertinggalkan laptop VAIO (yg baru dibeli) di atas meja mesyuarat. Memikirkan bilakah ada kesempatan hendak mengambilnya, pihak Kementerian telah menghantar laptop tersebut ke Hospital Serdang).

Isteri : Hmmm.. Alhamdulillah.. tak payah nak pergi ambil.... depa hantar terus office ker?

Suami : Iyer... PA dah masukkan dalam office abang.

Isteri : Yang sure ke yang depa hantar tu laptop Yang?... Mana tau laptop lain ker...

Suami : Ha ' ah.. laptop buruk... depa kasi cat sama macam Vaio...

Isteri : Lepas tu masa depa nak tulis Vaio depan laptop tu depa tertulis Voia... Vi0a..... Yang jangan harap sangat.....

Suami : Ha..hahaha.....

Memang pasangan ini suka bergurau begini... saja nak bagi cuak dan ragu-ragu....

Wednesday, April 28, 2010

Tetamu..


Inilah wajah Along Saniah. Akak sempat ambil gambarnya sewaktu Along datang semula ke unit dialysis setelah selesai urusan MRI anaknya. Kami pernah rapat bagai adik beradik dahulu dan masih berhubung hingga kini.



Pagi tadi pergi 'kerja' mcm biasa... wah...' kerja '.. memang teruk lunyai lengan akak kena kerja dgn jarum..

Sedang duyduk2 (ejaan dengan sengaja) depan mesin.... nope... salah... sebelah mesin dan uncle Loo Wai Sun..( sempat akak jeling buku rekod dia atas meja.. nak tau nama penoh...) akak di 'apit'.. kekdahnya... tiba2 dapat panggilan talipon dari kak Long Saniah. Kami berkenalan sewaktu Kak Long dan adiknya Kak Sherry (akak mengenali melalui utusan pelajar.. akak hantar surat nak berkenalan.. masa tu akak baru tingkatan 4.. Kak Sherry layan... lamalah kami berutus surat sehinggalah Kak Sherry selesai belajar di Uitm... Kak Sherry mengajak kakaknya sama2 berhijrah ke KL mencari kerja...)

Sejak dari tahun 1984.. mereka tinggal bersama2 akak dirumah akak. Mak angkat akak pun dah meninggal dunia... tinggal akak berdua dengan arwah makcik. Ditambah juga dengan seorang lagi teman (Kak Raudzah) yang turut tinggal bersama-sama kami. Jadilah kami 4 bersaudara yang lansung tak related tp mesra... Along dengan sikap penyayang menjaga kami macam adiknya juga. Kami sama2 kongsi beli lauk-pauk untuk di masak dan Along yg akan masak untuk kami. Masing2 bawa bekal ketempat kerja hasil masakan Along.

Bila dikenangkan masa muda2 dulu memang manis. Bila Along balik kampong di Gemas, akak pun ikut sekali. Akak pun berkenalan dengan ayah dan ibunya dan adik beradiknya yang lain. Hubungan kami terus mesra sehingga kini.

Along datang ziarah akak di Dialysis sewaktu Along membawa anak sulungnya untuk buat 'MRI' di Hospital Serdang. Seronok berbual sehingga akak lupa nak ambil gambar along. Katanya, dia akan singgah lagi sebaik selesai urusannya. Nanti akak ambil....

Tuesday, April 27, 2010

Alhamdulillah... puasa.


Sekali lagi akak bersyukur kehadrat Allah snw kerana diberikan kesihatan yang baik dalam menjalankan ibadah puasa pada hari ini. Syukur juga dipanjangkan kerana dapat berbuka dalam keadaan sihat dan berselera.

Juadah berbuka pada hari ini dibuat dalam keadaan mood yang baik, gembira dan tidak penat. Dapatlah idea nak masak apa... bila dibuka peti ais.. banyak barang-barang untuk masak telah lama duduk tertonggok dalam peti ais tersebut dan telah meminta berkali-kali agar diambil dan dimasak dengan hemahnya... Akak memang suka membeli tapi selalu tiada mood untuk memasak. Tapi hari ini akak bernekad untuk menghabiskan stok yang telah dua minggu duduk diam dalam peti ais tersebut.

Buah peria ni memang menjadi kesukaan akak. Akak gemar memasaknya dengan goreng bersama taucu. Tetapi setelah hampir 2 minggu 'dia' di tinggalkan di dalam peti dengan kesejukan, kulit yang hijau menjadi hampir kuning, maka tanpa berfikir panjang akak terus masakkan dia menjadi lauk kuning iaitu-masak lemak cili api dengan udang. Biarkan dia terus menerus kuning.


Kacang buncis ni pula akak dah lama teragak nak goreng dengan lobak asin dan telor.. sekali lagi akak turutkan kemahuan kacang tersebut untuk dibuat masakan sebegitu. Biarkan dia merasakan kepanasan dapur dan di salut dengan telur...

Ikan cencaru ni, panjang hikayatnya, Dah berkali akak keluarkan suruh bibik masak goreng. Ada dekat 3 kali ikan ni dikeluarkan dan dimasukkan semula. Bibik bila melihatkan kami tak makan dirumah, dia pun masukkan kembali dalam peti beku.. esoknya akak keluarkan.. dia masukkan semula... ( Kadang2 geram jugak.. kita dah bagi arahan gorengkan saja.. dia masukkan semula sebab bibik pikir kalau mulut dia sorang yang nak makan.. dia malas nak goreng.... kalau tak puasa tadi.. mahu saja bibik yang akak masukkan dalam peti dan ikan akan masukkan dalam bilik bibik.... hahahahahhahaha.... baca boleh percaya jangan....)

Setelah akak balutkan dengan daun kunyit, akak suruh bibik gorengkan.. akak dah niat dah.. kalau bibik ni masukkan semula dalam peti... bibik ni akak akan balutkan dengan daun kunyit tu... dan dia yang akan akak goreng... hahahha sekali lagi.... baca boleh percaya jangan...

Yani dari ipoh.. kawan baik semasa sekolah siap sms akak cara-cara nak buat tembikai laici... siap di ajarkannya.. blend laici dulu.. tuang dalam gelas.. lepas tu blend tembikai.. juga tuang perlahan-lahan dalam gelas.. tapi akak memang dah terkenal dengan andehnya... blend tembikai dulu.... tuang dalam gelas... lepastu baru blend laici.... tara...... tara.... jadi cenggini......
foul..... patutnya laici dulu.... laici dulu.... bukan tembikai dulu.... sorry yani.... nanti i cuba lagi...
tapi...sedap jugak.....

Qeeb pula minta dibuatkan jeli rasberry... akak ikutkan sebab tekak akak pun suka jelly masam-masam cenggini. Akak teringin jugak nak letakkan buah naga sekali macam ada resepi dalam satu blog tu... tapi sayanglah... original rasberry rasanya masam-masam.. nanti kalau akak campurkan buah naga... baunya menjadi maung sebab buah naga ni jenis kaktus... nampak cantik tapi baunya kuat nanti.. Hilang rasa sedap rasberry itu...


Jazakallah.. dan Alhamdullillah..


Malam tadi, suami mengajak akak keluar ke Jusco Balakong. Selesai solat maghrib, masing2 bersiap-siap.

Tiba di sini, kami terus menuju ke kedai Nokia ini. Kami sering kemari jika ingin membeli handphone. Memang itulah niatnya untuk menggantikan handphone akak yang dah nazak. Nyawa-nyawa tortoise... Yang paling akak tak tahan bila nyawa baterinya tiba-tiba berhenti. Kita tidak 'charge' sebelumnya kerana gambarajah menunjukkan bateri masih penuh.. aleh-aleh tiba-tiba.. baterinya dah terpadam. Asyiklah jadi kes phone termati kerana takda bateri... (Alasan kukuh lah tu..)

Suami memberikan pilihan buat akak memilih yang mana idaman dihati. Kalau ikutkan hati memang akak akan minta yang mudah digunakan. Tapi suami mementingkan aspek kamera yang bermutu tinggi dalam membantu akak mengambil gambar-gambar untuk blog akak. ( Jazakallah.. Yang..) Akhirnya setelah puas memilih.. nak ciri-ciri itu dan ini.. dapatlah satu henpon yang ini... Nak belajar memahaminya satu hal lah pulak....

Akhirnya.. inilah dia yang akak dapat bawa pulang....


Monday, April 26, 2010

Kisah hari ini......

Pagi, akak seperti biasa, keluar bersama-sama suami ke tempat kerja... ( bukan tempat kerja akak, tempat kerja suami...) Suami keluar awal lagi untuk menghantar anak-anak kesekolah. Akak tak jadi masuk kereta kerana harus legakan perut yang dah membuat 'hal'. Kalau perut dah ada 'hal...' akak mestilah uruskan 'hal' tersebut. Jangan buat tak 'hal' pulak. Besar pulak 'hal'nya nanti. Siapa nak selesaikan/bersihkan 'hal' ni kalau dah bersepah-sepah dalam kereta?... EEeeeeeeee... tak sanggup akak ler....

Selesai dialysis, kami sama-sama mengambil anak sekolah. Kemudian, singgah di tepi jalan berdekatan seksyen 3 tempat orang jualan Nasi Tomato. Akak dah lama teringin nak makan nasi tomato sebab semasa tinggal di Pulau Penang 5 tahun dahulu... akak sering dapat menjamu tekak akak dengan nasi tomato. Kawan baik akak, Ani yang menjual nasi lemak waktu pagi turut menjual nasi tomato pada setiap hari jumaat. Jika bukan beli pada Ani pun, akak masih boleh membeli dengan penjual nasi tomato yang terdapat di Pasar Tun Sardon. Adoi... rindunya...

Alhamdulillah. Nasi tomato yang akak beli ini memang sedap pada selera kami anak beranak. Kesedapan sungguh hingga memang menjilat jari. Ayam masak merahnya memang sedap. Tiada bandingan... Samalah cara masakannya dengan yang akan selalu makan sewaktu di Pulau Pinang. Syukur Alhamdulillah... Tak perlu tunggu nak pergi Pulau Pinang baru nak merasa makan nasi tomato lagi... Syukur kepada Allah sekali lagi. Dengan nikmat selera dan rezeki yang telah Allah limpahkan.

Pssstttt Fa, akak tak dapat/sempat nak ambil gambar nasi tomato ni kerana sebaik sampai di rumah, terus hidang dan terus masuk mulut.. habis tiada bersisa... hari rabu nanti akak akan beli lagi, Insya'Allah.

Selesai solat zohor, akak keluar sekali lagi dengan semua anak beranak. Anak yang sulung memerlukan buku latihan dan anak yang kedua perlu mengambil buku yang dihantar untuk 'photostat' sabtu lalu. Anak yang ketiga dan keempat juga perlu ke kedai untuk bermain 'pusing-pusing duit'. Ikut kan lah saja.... Orang banyak anak... ( Kenkonon...)

Sewaktu dalam perjalanan pulang, akak mencuba untuk berjumpa dengan Anita yang mempunyai blog 'Mama Kiter'. Kami memang mempunyai hubungan yg unik. Akak pernah bertegur dengannya di kedai kak maria di seksyen 4. Kami dah berbual-bual mesra hingga bertukar-tukar nombor. Lepas tu, lupa dan senyap.

Bulan lepas, sewaktu Anita ingin membuat kenduri perkahwinan anak perempuannya, akak dijemput sekali. Tapi, dengan ingatan yang dah semakin berusia.. akak terlupa lansung dan mengikut rancangan suami untuk pergi berehat di Hilton Hotel, KL Sentral. Anak-anak sangat suka mandi di kolam renang manakala akak suka menggunakan kemudahan 'spa' di hotel tersebut. Bila Puan Mimieloma menalipon akak, barulah akak teringat. Dah semakin tua, nak buat macammana.. Yang iyernya.. memang tiada rezeki nak makan nasi minyak di rumah kenduri Anita.

Jadinya petang tadi, akak berusaha juga untuk bertemu dengan beliau menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menghadirkan diri pada kenduri tersebut. Kami dah mengenali sejak tahun lepas, mudah-mudahan persahabatan ini akan terus terjalin sementelah lagi kami ini kiranya berjiran. Lain kali akak masukkan gambarnya sebaik akak dah mendapat kebenarannya. Insya'Allah.

Sunday, April 25, 2010

Lauk Minang masakan emak.


Khas buat fa....
Ikutkan malas dan tak tahu.. akak akan ambil gambar menggunakan kamera handphone jer...
tapi fa (Aintsuperwoman) meminta akak menggunakan kamera Sony a 380 DSLR.. inilah percubaan pertama akak..

Ini adalah juadah istimewa yang disediakan oleh mak akak disamping lauk-lauk yang telah disediakan oleh pihak katerer.

Lauk masakan mak iaitu Sambal Tempoyak...

Masak Lemak Nangka dan Ikan Masin.

Rendang daging....

Amacam Fa..???? boleh tak???....
Nampaknya akak kena banyak menggunakan kamera DSLR.

Kenduri di rumah kami.


Sejak dari semalam, adik beradik akak dah mula berkumpul di rumah emak di Hulu Langat. Mereka masing-masing dengan pakatan yang padu bersama-sama ingin menjayakan majlis kenduri ' menerima menantu '. Memang nampak jelas sekali yangmana berusaha keras bagi menjayakan majlis tersebut dan yang mana dah tak daya nak turut bersama. Akak lah adik beradik yang tidak dapat hendak bersama-sama mengerah tenaga bagi majlis ini. Hanya akak yang tidak dapat bersama-sama sejak semalam menyediakan apa yang perlu.

Jadinya pada hari ini, awal pagi lagi akak dah tiba di rumah emak. Berkumpul sesama adik beradik memang adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Gubahan bunga segar menghiasi pelamin memberikan seri yang tak tergambarkan. Sungguh indah. Dah lama tak membeli bunga segar di Petaling Street sehinggakan akak merasa sangat terpesona melihatkan kecantikan bunga rose warna unggu. Pertama kali akak melihatnya.

Pelamin walaupun nampak sederhana tapi diserikan dengan jambangan bunga-bunga segar memberikan lagi keindahan pada pelamin itu.

Eeeeehhhhh.. ada dua pengantin lama yang teringin nak bersanding sebab masa kami menikah kami lansung tidak bersanding. Suami akak tidak dapat hadir kerana menanti ketibaan bapa mertua dari umrah di KLIA. Berlaku kelewatan penerbangan dari Jeddah.

Tiga beradik. Inilah abang-abang akak yang ketika akak mula bermesra dengan keluarga kandung sering merapatkan hubungan kami. Kami sering pergi memancing bersama-sama di sungai belakang rumah emak.

Inilah isteri kepada bapa saudara akak yang mula-mula sekali akak kenali. Abang sulung sering membawa akak kerumah acik eton yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Sungguh mengharukan bila pakcik kami yang telah 3 tahun meninggal dunia membuatkan kami makin jarang bertemu. Bila terjumpa pagi tadi, akak hampir tidak mengenali beliau. Kesal sungguh akak. Walhalnya semasa hayat pakcik Osman dan waktu akak masih muda, akak sering berkunjung ke rumah mereka.

Senyuman dari seorang raja yang bakal tamat pemerintahannya hari ini setelah seminggu memegang takhta.

Sekali lagi ketawa bahagia apabila kena usik.

Dengan berakhirnya majlis ini, akak mendoakan agar rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.

Saturday, April 24, 2010

Keluar makan malam dan beli barang bulanan,,,


Malam semalam, kami sekeluarga keluar makan malam di luar. Awalnya nak cuba Seoul Garden tapi restorennya yang paling dekat adalah di One Utama. Hendak makan sushi di Jusco Equine Park, malas juga sebab jauh benar rasanya. Lama-lama suami bawa kami ke D'Steak, BBBangi berhampiran Taman Tasik Chempaka.

Kanak-kanak riang ni hanya minta Burger dan Hot Dog. Minum Milo ais. Tapi bila air ibu dia datang iaitu Lychee, aisyah terus minum dengan tekunnya.


Si kakak Qeeb memilih nak makan Salmon Steak.

Abahnya memilih Spare Ribs. Dah terbayang di fikiran suami, hidangan yang datang macam Tomy Roma punya... Maaflah Yang.. Ini jerlah rupanya yang sampai... lansung tak nampak macam Tony Roma punya. Nanti kalau rajin-rajin, kita redah lagi Mid Valley dan makan kat Tony Roma yer...

Tapi pilihan kakak Zahrah.. sizzling steak memang sedap. Kesedapan sungguh kakak dan kami yang turut sama-sama merasainya... Lainkali kalau kami kesini, pilih yang ini....

Ibu memang tak tahu nak makan apa. Asyik membayangkan dan mengenangkan mee goreng yang ibu pernah makan 40 tahun dahulu. Sewaktu ibu kecik-kecik tinggal di Jalan Raja Muda, ada terdapat sebuah kedai makan yang menjual mee goreng yang membuatkan ibu terkenang sehingga kini. Selalu ibu akan order mee dan berharap dapat menyamai rasa yang pernah ibu rasai dahulu... Hampa... memang tak jumpalah lagi rasa begitu.

Budak baju unggu ni pun ingin di ketengahkan. Bila ibu buat entry, dia akan bertanya dan mencari adakah gambarnya. Ini ibu tujukan khas buat princess Ain. Itulah panggilan kami padanya sewaktu queen Aisyah belum tiba...

Bila Aisyah dah ada 'crown'... Aisyah akan bergelar 'Queen'.. idea Kak Hajah Nora...
Gambar ketika kami menaiki escalator di Tesco.

Untuk hari ini, sabtu.. akak berusaha berpuasa kerana ingin kurangkan pengambilan air.. dan masa berbuka tadi menunya serupa dengan hari khamis lalu. Ya.. Chekodok udang, Rock Melon dan air tembikai. Ingatkan nak buat Tembikai Lychee. Tengok-tengok rupa-rupanya yang ada dalam simpanan adalah rambutan nenas.. bukan lychee... penat jer tadi pergi ke kedai tapi tak beli lychee sebab dah konpiden sesangat yang ada dalam fridge tu lychee..... Andeh... andeh....
Tembikai dah beli.. lycheenya tak de...
Psstttt yani.... kena buat juga air tu esok bila dah beli lycheee....

Friday, April 23, 2010

Buka apa semalam... dan pagi ini.

Petang semalam akak berbuka dengan buah ini.. punyalah sedap melayan makannya... ( Ader ke ayat cenggitu???) Sebaik bunyi azan, kita kan di sunatkan berbuka dengan buah-buahan terlebih-lebih lagi sebab akak bukan boleh makan kurma sebab tinggi potassiumnya... (kononlah tu ikut pantang...). Makanya untuk buka akak mulakan dengan 'rock melon'. Kerangupannya memang membuat kesedapan hingga tak boleh berhenti.

Chekodok udang juga menjadi menu berbuka. Bukan main sedap lagi bila di letakkan daun kucai dan taugeh... memang tak jumpalah kat memana.. kecuali... orang tu rajin nak buat cenggini... Selalunya orang kat Es Pi dan Es Jay rajin buat kuih ni. Boleh dikatakan rata-rata tiap-tiap rumah di Malaysia ni mesti tahu nak masak chekodok...

Pagi ini akak terpaksa membangunkan budak ngongak ni untuk dibawa bersama ke hospital. Budak ini harus menjalani pemeriksaan doktor gigi yang akan menentukan apa yang patut di buat dengan giginya. Akak yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Akak mengaku sangat.. Bila anak pertama/kedua/ketiga/ketiga/ketiga/ketiga/ketiga..( kenapa rajin sangat mengulang ketiga??? sebab saja nak taip banyak-banyak nak merasa anak ramai... tapi tak boleh buhung...)

Ketiga-tiga anak akak semuanya gigi sampai boleh tahan hingga waktu gigi itu tercabut sendirinya. Tapi... bila anak yang keempat ini meragam pagi-pagi tak mahu di gosok giginya, dan akak pula dah tak muda lagi macam masa dengan kakak2nya yg dahulu, kalau kakaknya dahulu.. akak akan turut bersilat, berkungfu dalam bilik mandi untuk memastikan gigi anak2 akak yg ramai itu bersih gigi mereka. Alhamdulillah.... kesemua mereka boleh masuk iklan ubat gigi ataupun berus gigi.

Sambung cerita, bila tang Aisyah.. bila umuq pun dah tak muda mana... malas nak berteriak-teriak dalam bilik mandi... akak pun rasa okaylah... tak mahu gosok... fine... Rupanya yang akak rasa fine itulah yang buat gigi Aisyah tak fine.... Habis jadi hitam sekelip mata. Diamkan jugak. Sebab dah hitam, bukan boleh cat jadi putih... lepas tu makin haus gigi-giginya. Sekarang usia masuk 5 tahun, gigi depan belah atas dah tinggal tunggul-tunggul hitam...

Jadinya.. untuk memastikan gigi cik Aisyah ngongak tidak akan merosakkan lagi pengeluaran gigi yang akan datang... haruslah Aisyah menjalani pemeriksaan gigi dan mendapatkan nasihat dari pakar pergigian kanak-kanak. Pakar pergigian tersebut menetapkan pada 24hb Mei depan Aisyah perlu di bius dan di cabut keempat-empat tunggul gigi dan juga gerahamnya perlu diselamatkan dengan kaedah 'crowning'. Kalau cenggitu, boleh tak pakai crowning emas..???? Dah lama akak tak jumpa orang pakai gigi emas macam makcik2 kawan arwah mak dulu.

Selesai pemeriksaan, Aisyah jadi tetamu di 'department' akak sebelum naik ke 'department' abahnya..
Cuba perhatikan, mata Aisyah meleret memandang ke arah mesin dialysis ataupun 'blood line' yang nampak merah... OOOOooooohhhh adakah Aisyah juga akan jadi phobia dengan darah?ooooooo kalau boleh tidak... janganlah dia jadi takut dengan darah.....

Pagi ini pula akak tidak memesan nasi lemak dari bibik lagi.. akak makan chekodok yang d goreng pagi tadi... sedapnya...
Pekena pula kopi 434...( 3 in 1 )
Aduh... tekak.. tekak punya pasal....
Taunya nak yang sedap jer....

Thursday, April 22, 2010

Ada beranniiiiii??????

Ingat tak? Masa kita kecik-kecik dulu bila keluar pelangi lepas hujan... kita tengah main-main dengan kenkawan.. lepas tu kita nampaklah pelangi ini di langit... kita nak beritahu kawan kita tapi kita takut... yaaaa... kita TAKUT nak tunjuk... sebab kita telah diberitahu kalau kita berani tunjuk arah pelangi... jari kita akan kudung....

Kita pun dengan takut-takut akan tunjuk dengan menggunakan mulut kita sambil kita muncungkan ke arah langit... Tapi kekadang ada kawan kita yang terlebih ilmu menyakatnya.. akan bagitau... jangan... nanti mulut kau hilang...

Aduh... serba salah betul kita kan...

Akak sampai semalam tak berani nak tunjuk... takut kudung pulak jari ni...

Tujuan Naik Bukit Antarabangsa....


Inilah tujuan yang sebenarnya kenapa kami sanggup sesat barat menjejaki/menjelajah Bukit Antarabangsa. Akak lah yang terbaca dalam FB mengenai restoren ini. Dah berkali-kali jugak kami nak cuba sebelum ini tapi belum ada rezeki. Suami mencadangkan kalau nak mencari kena hari siang, jadinya hari sabtu dan ahad lepas tak jadi pergi sebab dah penat balik dari makan kenduri adik, malas pulak nak keluar pada petangnya. Kalau malam, alamat tak jumpalah restoren ni.

Cari punya cari, pusing punya pusing rupa-rupanya restoren ini berada di atas bukit yang melorot turun pada disember 2008 lalu. Cukup seriau jugak mengenangkan. Tapi dah berhajat nak makan, ikutkan jugak tekak ni. Suami memang kiranya... Alhamdulillah sangat... tak pernah lagi dia tak mahu cari kedai yang menjadi pilihan tekak akak... Jazakallah... Yang....

Untung baik jugaklah akak teringat nak bawak handphone sebab masa balik dari hospital handphone dah habis bateri, Sambil solat zohor sempatlah akak charged. Ingatkan nak tinggalkan ajer biar charged sampai penuh, tapi entah kenapa... ambil jugak kesudahannya...
Rupa-rupanya berguna sangat-sangat... Bila dah sesat barat.. teringat nak talipon restoren tersebut dan dapatlah kami mencari jalan ke restoren tersebut...

Inilah rupa kedainya.
Siap ada tempat solat. Dahlah kami ni keluar lepas zohor terus ke Hospital Selayang... solat Asar masih atas jalan mencari sebab dah sesat barat. Sebaik sampai kedai, order dan terus solat... sedang solat, bau gorengan itik panggangnya menyusuk jiwa.. tak kusyuk imam dan makmum...
Imam doa lebihkurang terus bangun.. Makmum terkial-kiallah nak lipat telekung dah kena panggil dek imam... Hai lah Imam...

Waaaaa LLaaaaaaa Inilah itik panggang... yang sangat2 akak hajati.... bercicah sos plum... ssseddappp sangat...
Pssttt kak som... inipun geng you jugak kan... sowwy....

Psssttttt... kak som.... inilah geng baik u yang dah sempat di katok dan di masak dengan telor asin...

Udang goreng nestum... pun sedap tapi kami dah kenyang makan itik dan ketam... tak usik pun...

Baby Kailan dengan sos tiram..

Yee Mee Kong Fu..

Verdict...
Akak memang puji masakan restoren ini.... Suami akak pun turut setuju... Kami akan datang lagi dan mencuba resepi yang lain pulak... Tapi tentang itiknya.... memang bestt.....

Alamat Restoren
No 1, Lorong Wangsa 5A,
Bukit Antarabangsa.....

Untuk keterangan lanjut lawatilah FB Hj Sharin Low Seafood.....

( Nak mencarinya.... azab.... sebab nombor jalan jaraknya jauh sekali.... paling mudah kalau dah jumpa Giant dan Petronas... terus naik ke atas hingga Jalan Wangsa 9, masuk situ... barulah jumpa Lorong Wangsa 5A... walhalnya dekat dgn Giant dan Petronas.. jalan wangsa 2/4/6.... Lorong wangsa kena naik atas nunnnnnnnnn........)

Wednesday, April 21, 2010

Ke hospital lagi dan pertama kalinya......

Selesai dialysis di Hospital Serdang.. kami bersama-sama ke sekolah anak-anak untuk menjemput mereka pulang dari sekolah. Qeeb mengadu lapar maka kami pun membawa kesemua mereka pergi makan tengahari di Yati Ayam Percik di seksyen 9, BBBangi. Seingat akak Yati Ayam Percik ini sungguh tersohor ( guna pakai ayat orang kelantan juga ) di Kelantan.
Sewaktu kami pergi bercuti di Kelantan beberapa tahun dahulu, kami pernah merasa makan di Restoren Yati Ayam Percik.

Akak tak dapat nak ambil gambar makanan di sini kerana waktu inilah bateri camera Aikon akak dah habis. Selalunya akak akan ambil gambar makanan yang akak cuba tapi kali ini tak dapatlah akak berkongsi sama lauk pauk di sini.

Kami memesan Ayam Percik, Sup Tulang, Satar, Daging Bakar cicah cili.... Kiranya lauk pauknya memang sedap. Qeeb pula yang sudah lama teringin hendak makan nasi ulam memesan nasi ulam. Lauk pauknya memang menyelerakan tetapi nasinya agak kering dan keras. Nasi ulamnya memang sedap.

Setelah menghantar anak-anak pulang kerumah dan bersolat zohor, akak pun dibawa oleh suami ke Hospital Selayang. Sebaik sampai di jejantas menghala dari Selayang ke Kepong... terdapat simpang masuk ke Hospital Selayang.


Tibalah kami di Hospital Selayang. Ini adalah kali kedua akak menjejakkan kaki di sini. Waktu pertama kali dulu adalah menziarah anak kawan suami yang sedang nazak akibat denggi. Tak pernah akak merasa amat sayu sehingga akak terpaksa keluar dari bilik arwah kerana terlalu hiba melihatkan arwah sedang nazak.

Kali ini akak menemankan suami yang merawat pesakit jantung yang di rujuk dari Hospital Serdang untuk kemudahan MRI yang mana mesin MRI Jantung masih belum ada di Hospital Serdang.

Selesai tugas suami di situ, kami pun berangkat menuju ke Bukit Antarabangsa. Kami memang selalu mendengar nama ini tetapi belum pernah menjejakkan kaki kami di sini. Sejak dari kejadian Highland Towers dan sehinggalah kejadian bulan Disember 2008 yangmana kejadian tanah runtuh berlaku lagi di sini. Kami membuat keputusan untuk cuba melihat-lihat kawasan yang dinamakan Bukit Antarabangsa.

Melalui MMR2, kami dapat jalan masuk yang agak tersembunyi dari pandangan. Harus berhati-hati memerhatikan dengan cekap jalan masuk ke Bukit Antarabangsa.


Kawasan tanah tinggi berbukit memang sedap mata memandang. Sejuk kerana banyak tanaman pokok-pokok Rhu. Sungguh indah pemandangan sekeliling kawasan Bukit Antarabangsa.

Jalan yang kami lalui juga membawa kami ke kawasan tanah runtuh tersebut. Nampaklah kami dengan 'mata kepala' kami sendiri kawasan tragedi. Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.

Keadaan lereng bukit yang sedang di tambak dengan konkrit.

Pemandangan di kawasan yang sama.

Masih di kawasan yang sama.

Ini adalah pemandangan dari atas bukit yang melorot turun (tanah yang runtuh ke bawah menimbus beberapa buah rumah).

Pemandangan dari aas bukit tersebut mengadap ke arah Bandar Ampang.



Hamster nak makan...