Monday, November 30, 2009

Cuba teka... siapa?....

Anak perempuan siapa yang bergambar bersama-sama 4 anak dara akak?..... Yang berdiri no 2 dari bawah..


Petang ini janji di buat dan ditepati oleh kedua-dua belah pihak. Memang seronok bila berurusan dengan .........

Bila ada kelapangan dikedua-dua belah pihak, mudah sahaja ........ menunaikan janjinya.

Cuba lihat gambar ini... siapakah beliau.....

Pelupa.

Hari ini akak habis dialysis agak lewat dari biasa kerana mesin dialysis ada mengalami kerosakan pada pertengahan masa akak sedang cuci darah. Kakitangan dialysis MA Faizun dan PPK Azmi membantu menukarkan akak ke mesin yang lain untuk meneruskan proses dialysis. Dari kerusi akak, akak ditolak ke mesin yang bersebelahan untuk meneruskan dialysis. (Terasa macam aisyah main-main kerusi roda (typist chair) dirumah akak...).

Olehkerana suami akak habis kerja di klinik awal daripada akak di HD, dia pun datang ke unit dialysis dan menunggu akak di sana. Sambil menunggu, kami sempat berbual-bual dan berbincang hendak lunch dimana...

Selesai dialysis, kami pun terus menuju ke kereta dan suami akak terus memandu hingga ke seksyen 8. Dalam perjalanan, tiba-tiba akak bertanya tujuan suami akak dan hendak lunch dimana...

Suami: Tadi kan yang kata nak lunch 'Prosperity Burger' di Mc Donald?..

Akak : La.. Lupa... hmm dah lupa lah....(segera teringat bahawa akak yang mencadangkan lunch di Mc Donald kerana teringat-ingat kesedapan Prosperity Burger tu).

Kemudian semasa berbual-bual suami akak beria-ria menamakan Satay Samuri sebagai Satay Mat Shah walhalnya Beriani di Batu Pahat namanya Briani Mat Shah.. Akak pun ketawakan suami yang juga dah lupa...

Akak: Yang, macam manalah kita 10 tahun lagi.. sekarang pun dah lupa-lupa....

(Akak tak bolehlah nak tersentap kerana suami akak tersasul nama akak minggu lepas... nama satay pun dia boleh lupa...( Kak som... setuju?.....Ker kak som ada gelak-gelak ala-ala tak habis gelak?....sebab dalam pikiran kak som ada fikir lain?....)

Cuti.

Sejak hari raya aidil adha, akak tercuti.. terpaksa cuti kerana kami balik beraya di Melaka dan di rumah kampong ni celcom broadband tak begitu baik penerimaannya. Wireless tak da, jdnya... laptop tak boleh digunakan..maka hubungan akak dengan dunia kedua terputus 3 hari.... Sakit, perit memang terasa tapi nak buat macamana... kuasa broadband dan wireless mengatasi segala-galanya...

Maka, dengan masa yang banyak terluang tu... pada hari jumaat lepas dialysis, kami beraya kerumah adik suami yang baru mengkhatankan anak keduanya... setelah kenyang makan minum...(ehhh.. akak lansung tak minum... makan ajer.. tapi adalah satu sip air teh tarik yg dibuat oleh SIL akak jamah sebab SIL memang pandai buat teh tarik kegemaran suaminya...,emak mertua BIL yang terkenal dengan kepakaran memasaknya menghidangkan rendang ayam, sambal sotong, masak lodeh, dll) kemudian dari situ kami kerumah mak akak di Ulu Langat... duduk sebentar..makan-makan dan minum sikit (mak akak dengan kepakaran masakan rendang daging/limpa/paru) membuatkan akak dan suami makan sekali lagi...rendang mak akak tu memang sedap buat tekak kami. (Dah akak mintakan resepinya... nak cuba minggu ni...).
Sebelum balik melaka, kami singgah di rumah adik akak kerana suaminya baru pulih dari pembedahan usus. Duduk juga sebentar... cerita-cerita bertanya kabar tapi dah tak boleh makan dan minum lagi...
Kami solat maghrib dahulu di rumah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Hari sabtu.... akak mengajak suami pergi Pasar Kg Jawa di Bandar Melaka kerana ingin membeli gula melaka yang original... Gula melaka ni memang bagus kualitinya dan hanya terdapat dijual di kedai runcit Pasar Kg Jawa. Ternampak buah longan kering, ikan bilis pun akak beli juga...

Jalan ke kedai papan jual kain baju akak turut beli kain sembahyang dan kain pelekat suami...

Hujan pula turun dengan selebat-lebatnya... menantikan hujan reda kami pekena mee goreng mamak di warung yang dahulunya terdapat nasi gunting... memang sedap makan mee panas-panas ketika hujan turun... kalau tak malu, mau minta lagi sepinggan...

Hari ahad pula, bapa mertua yang mempunyai bot sendiri membawa cucu-cucunya menaiki bot mengelilingi Pulau Besar. Seronok betul mereka... suami akak pun turut serta kerana kuatir tiada siapa akan menjaga Aisyah... Pulangnya mereka dari bersiar2 menaiki bot, suami akak pulang dan mengajak akak melihat-lihat kawasan jeti umbai yang dah banyak berubah... Memikirkan hanya untuk ke jeti, tak perlulah akak berlawa-lawa tukar baju..

Rupa-rupanya selesai meninjau-ninjau jeti umbai, suami akak terus ke bandar melaka... Ingatkan hanya jalan-jalan lihat Dataran Pahlawan.. rupa-rupanya suami berniat nak window shopping dan melihat di dalam Dataran Pahlawan kerana selama ini kami balik kampong, tak pernah teringin nak masuk kedalam pusat membeli belah Dataran Pahlawan...

Woooo... dengan anak-anak berbaju tidur.. ibunya berbaju rumah...(baju akak pergi pasar pun chantik sikit...) tapi suami memang dah segak dengan baju jalan.. akak masuk kedalam pusat membeli belah itu dengan perasaan hati yang berat dan takut-takut kalau terjumpalah sesiapa yang mengenali akak.. Jika takdirlah terjumpa.. mau akak tukar nama jadi Puan Fatimah... akak akan katakan Puan Rahmah yang sungguh comel dan anggun menawan tu tak ikut... ada dirumah...

2 jam jugaklah kami merayau-rayau dalam Pusat membeli belah itu... Akak sempat membeli baju persalinan untuk anak-anak (kononnya nak tukar baju tidur yang mereka pakai... tapi....malaslah... cuma tukar selipar baru ajer...)Singgah makan 'Prosperity Burger' di Mc Donald..(sebenarnya inilah kali pertama akak mencuba makan Prosperity Burger walaupun dah bertahun diperkenalkan... terasa ingin sangat... dah makan.. terasa ingin lagi... sedappppp.... baru akak discover kesedapan burger ini....).

Malam tadi kami keluar dari rumah abah pukul 8 30 malam tapi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dari Pedas... 3 jam jalan beransur-ansur dan sikit-sikit... akhirnya kami keluar di tol senawang. Ikut jalan persekutuan menuju seremban, mantin dan Lekas Highway... Pukul 1 pagi tiba di rumah dengan selamatnya... Alhamdulillah.

Friday, November 27, 2009

Anniversary Dinner.

Keretapi pun berhenti bila akak tahan...
Mari masuk ramai-ramai..
Station master..
Apple Pie...

Lychee & ice cream... nyum-nyum...

Surf & turf....

Salad nya...

Nachos and cheese

Caviar... kegemaran kami berdua..

Caviar... voilla...

Oyster.... Yum..yum...masa muda2 dulu mampu habiskan 20 ekor sekali hadap... sekarang, 3 pun dah cukup.

Mexican chilli.... sedap...

Shark Fin Soup..





Sparkling Juice... Dark Grape Juice

Tingkap keretapi kami...

Yang,... tengah pikir yer.. Apalah nama orang yang cun melecun didepan yang makan sama-sama nih...??
Jangan yang... lupa lain okay jugak... lupa nama... haruu...

Juadah Hari Raya.

Nasi impit segera..
Ayam goreng untuk anak2...
Kuah kacang..
Kari ayam... asalnya nak buat rendang


Semalam (rabu) ketika mencari TauFooFah di Pasar Malam Seksyen 4, suami mencadangkan supaya membeli ayam dan daging untuk masakan juadah raya. Akak bercadang hendak memasak rendang ayam dan sambal kuah kacang. Barang-barang seperti ayam, daging, serai, daun kunyit, halia, lengkuas dan nasi impit segera.

Hari khamis, akak ambil kesempatan berpuasa dan memasak juadah untuk raya. Anak-anak meminta dimasakkan kari ayam, maka cadangan untuk memasak rendang ayam ditukar kepada kari ayam. Sambal kuah kacang juga dibuat kerana akak memang suka sekali makan sambal kuah kacang.

Selamat berhari raya dan menjamu selera.

Thursday, November 26, 2009

Tetamu Selamat Pagi Malaysia.








Alhamdulillah.. seperti yang telah dijanjikan pada pagi ini suami akak telahpun selesai membuat penampilan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia segmen Tanyalah Doktor.
Segala-galanya berjalan dengan jaya dan lancarnya..
Sehinggalah secara tiba-tiba pengacara rancangan memberikan peluang buat suami akak menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga. Tapi suami akak dah tersebut
" Saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada isteri saya Puan Fatimah....(gaya tersentak..) Puan Rahmah dan anak-anak yang berada di Bangi."
Ada ke patut... Hari ini adalah hari yang bersejarah.. hari menyambut ulangtahun yang ke 17 tahun... Suami boleh tersasui nama isteri...( macam-macam boleh dibayangkan kan... tapiiiiiiii ) Untunglah nama yang di sasulkannya ialah nama Arwah Ibunya... kalaulah nama combi ka.. apa ka.. maunya meraung akak terus menuju ke BBBB ( tempat ni tempat kegemaran kak som kita.. akak dah minta kebenaran nak pi sini jugak..dah lawan ozom pagi tadi... ). Anak-anak perasan ketersasulan abahnya punyalah pakat ketawa.... tak kira maknya dalam hati berduka lara....( hawatnyalah abang oii... buleh sasui... 17 tahun duduk sama, tiduq sama...makan sama.. dok tepok tampaq sama-sama..tak hapai lagi nama chek..... dugaan sungguhlah... malu chek... aduih..aduih... boleh kena serangan jantung chek... terasa macam gajah dah menekan dada ni... aduih....)
Sebaik habis siaran, terus suami menalipon akak. Mulanya nak mengajuk dah( kaki sebelah dah melangkah keluak umah nak menuju BBBB ) tapi dia terangkan dia masa tu terkejut sebab dalam hati dok ingat nak nak terangkan hal berkaitan jantung dan tak tahu pulak kena buat ucapan bagai... itu yang tersasui... Mujuqlah nama arwah emak suami... Puan Hajjah Fatimah Haji Omar (Al Fatihah).... Kalaulah nama lain.....!@#$%^^&&*&^%$##@@@@

ALHAMDULILLAH.


Hari ini adalah hari Ulangtahun Perkahwinan Kami yang ke 17 tahun. 26.11.1992 bersamaan hari Khamis adalah tarikh kami dinikahkan.
Eeeehh... hari ni hari Khamis jugaklah...
26.11.2009....
(tak perasan...)


Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Lunch hari ni.

Nombor giliran di Klinik...ngantuk menunggu sebab perut dah kenyang...

Espuket.. Avacado susu coklat

Jus timun yang buat akak tak gumbira.

Air soda gembira... betul-betul akak bergumbira.. tapi akak beringat.. tak minum semua...

Daging goreng penyet..

Terong Berlado.. dalam gambar di menu lagi sedap nampak...

Pecel Lele.. Ikan keli goreng garing...

Ayam penyet dan sambalnya. Nak lebih sambal di caj ekstra.. tapi memang sedap..


Selesai dialysis, suami akak mengajak lunch di tempat pilihan akak. Akak asyik terbaca dalam satu entry blogger ni pergi makan Ayam Penyet. Sedap katanya... sambalnya ada kick..pedas.. Bila dah sepuluh kali baca, mestilah kita terkesan kan.. Kita ni kan dah sedia maklum suka makan.....

Di Seksyen 9, BBBangi terdapat sebuah restoran Wong Solo. Kami pun terus menuju kesana. Heran juga suami akak bila akak mencadangkan untuk ke restoren ini. Dah tu, bila baca macam sedap jer.. naklah cuba...

Setelah diambil pesanan, akak terpandang ada air soda gembira. Akak memanggil pelayan dan ingin menukar air timun kepada air soda gembira tapi katanya air sudah dibuat. Hmm tak pa lah. Lain kali akak cubalah air soda gembira itu. Air mentimun yang akak minta tidaklah sedapmana sebab rasa timun ajer.. Akak masih teringat air timun di Telaga Special Juice tapi rasanya tak sama. Akak tidak bergumbira sangat.. suami akak perasan akak yang tak gumbira kerana tak dapat minum air soda gumbira menyuruh akak memesan segelas air soda gumbira. Wah! bergumbira sungguh akak sebaik sahaja setitis air soda gumbira masuk kedalam mulut akak.

Makanan yang ditunggu pun tiba. Kiranya menurut tekak minang akak ni, hanya ayam penyet dan cilinya sahaja yang berbaloi rasanya.. yang lain agak pelik untuk sitekak minang ni. Cili yang diletakkan diatas ayam penyet jika hendak ekstra..kena bayar lebih. Hmmm... bayar pun bayarlah... kerana hanya sambal itu saja yang sedap untuk si tekak minang ni...

Daging lembu yang direbus dahulu dan di perap dengan kicap dan digoreng, masa mula-mula rasa memang sedap.. Bila dah banyak, terasa sangat manisnya... si tekak minang ni tak pandai makan manis-manis...
Sambal terong berlado.. agak manis juga dan terasa macam dia letak cekur dalam sambal tu. Si tekak minang sekali lagi, terasa ganjil sangat.
Pecel Leleh adalah ikan keli goreng garing... ada rasa manis-manis jugak...
Untuk si tekak minang, hanya ayam penyet ajer dan sambal cilinya yang kena bayar ekstra kalau nak lebih saja yang sedap....
(Masing-masing ada citarasa masing-masing)

Selepas makan, kami pulang semula ke Hospital kerana akak ada temujanji dengan doktor Nephro pukul 2.00 petang.

Tetamu Selamat Pagi Malaysia.




Esok Khamis 26hb November 2009, sekali lagi suami akak dijemput untuk rancangan Tanyalah Doktor di Selamat Pagi Malaysia TV1 jam 9.00pagi.

Semuga dapat menafaat dari rancangan ini.

Tuesday, November 24, 2009

Juadah buka puasa.

Acar timun dengan kawan-kawan baiknya...

Rendang ayam bersama cili api dan cili mesin.

Olehkerana seminggu dua ni akak terlebih air dalam badan... maka dengan hati yang senang dan gumbira akak pun berpuasa hari ni. Jika tidak berpuasa, maka akak akan makan nasi lemak untuk sarapan, makan nasi atau rojak atau mee goreng untuk lunch.. makan malam lagi... Kan dah 3x makan busat dan berat pun haruslah bertambah-tambah.... Jumlah pengambilan air minuman pun haruslah jugak akan berganda-ganda dari yang di tetapkan iaitu 500ml. Husshhh.. tak bolehterjadi ini.

Maka dengan hati yang bergumbira dan cukup seronok akak pun masaklah lauk untuk berbuka Mulanya awal pagi dah rancang nak masak rendang ayam.. tapi bila sampai kedai nampak ikan tenggiri, akak pun terfikir nak masak asam tumis ikan tenggiri... tapi bila balik rumah melihatkan ayam dah terendam kesejukan dalam sink... Huih.. tak boleh nak masukkan ayam tu dalam freezer semula kerana ayam itu harus akan merasa kesejukan yang teramat sangat dan ayam itu akan demam seluruh anggotanya. Maka akak marahlah pencinta alam sekitar dan haiwan mengatakan keji sungguh perbuatan akak ittu. Harus akak kena bagi ayam itu berpanas dan berendam bersama-sama santan..cili api dan segala rempah ratus...

Jadinya, beralihlah masakan daripada masak asam tumis ikan tenggiri kepada ayam kampong masak rendang cili api. Waduh.. pedaslah pulak. Berasaplah mulut akak.

Untuk sayurnya akak buat ..... hmmm acar timun campur nenas campur tomato dan hirisan bawang besar dan diperahkan air lemon. Berseleralah bila makan nanti.....

Mulanya teringat nak buat puding limau.. tapi mengenangkan buah papaya yang dah tergolek lama dalam peti ais, maka tak dapatlah makan puding sebab dah ada papaya. Untuk hari Khamis pulak punya menu.

Minta-minta cepatlah azan maghrib hari ni... akak adalah tersangat lapar dan tersangat terliur dengan itu acar timun.

Tok bilal....tok bilal... jangan lupa azan untuk maghrib nanti yer....

Monday, November 23, 2009

Tempat solat-Musolla.

Di Hentian Gambang, mereka tanam pokok rambutan dan mangga....


Setelah dua minggu berturut-turut kami pergi berjalan-jalan bermakan-makan dan berangin-angin...(Jalan makan angin jer... saja nak bikin gimik)., ingin akak beritahu dan maklumkan disini iaitu tempat-tempat solat yang terdapat dinegara kita memang yang terbaik...(macamlah dah jelajah satu dunia...).

Semasa kami melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami singgah di Hentian Gurun (menghala utara). Tempat solatnya kecil dan jika waktu puncak tentunya agak kurang selesa. TETAPI,... semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Hentian Gurun (menghala selatan), Tempat solatnya Superb.. Besar..Lapang dan bersih. Selesa... Ruang udara yang terbuka luas maka tiadalah bau-bauan ala-ala telekong hapak... Ruang mengambil wuduqnya besar dan selesa......

Begitu juga semasa kami melalui Lebuhraya Karak, kami singgah berhenti di BP Stesen (menghala pantai timur). Musollanya terletak dibahagian belakang sebelah tepi BP. Walaupun kecil ianya bersih. Mempunyai tempat mengambil wuduq. Tingkap yang terbuka membolehkan angin sejuk masuk kedalam surau dan suasana jadi nyaman.
Perjalanan pulang, kami singgah bersolat di Hentian Rehat Gambang (menghala Karak), sekali lagi kelihatan ruang solat yang luas dan besar. Cumanya agak gelap sedikit tetapi selesa dan bersih. Dua tempat wuduq disediakan didalam surau. Tiap satu tempat wuduq ada 6 dan 4 paip air. Rasanya bagus juga idea begitu diwaktu puncak.

Dan ada sesuatu yang menjadi terkesan bagi kami iaitu semasa di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di Lentang terdapat sebuah masjid lama di tepi highway dan di atas bukit. Masjidnya bersih dan mempunyai hawa dingin. Mulanya ingatkan suasana atas bukit membuatkan akak rasa sejuk rupa-rupanya penghawa dingin terpasang. (Hai lah akak ni, macam rusa masuk kampung...)

Secara keseluruhannya setakat ini Tempat solat yang paling bagus yang disediakan ialah di
1. Gurun (menghala selatan).
2. Tapah (menghala selatan).-sorry yang Tapah menghala utara belum pernah cuba.

Jika tempat solat lapang dan luas dan terbuka maka bau-bau yang kurang menyenangkan tidaklah menganggu hidung kita yang sedia mancung ni.

Sunday, November 22, 2009

Hari kedua dan Jumpa Puan Aintsuperwoman.

Fa, depa makan senyap2 kat belakang.. sampai depan plastic kosong ajer...

Aisyah duduk makan ikut sunnah...


Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini walaupun dulunya kami pernah tinggal selama 4tahun di Taman Keramat Permai...(masa tu Jusco AU2 belum dibina..)

Kelaparan tapi masih sempat menguntumkan senyuman.

Tekun betul mengadap hidangan....

Sebab makan di Sushi King, Aisyah Chan dah mula beraksi ninja.. (terlebih makan ebiko..dan unagiii....)

Seronok kan makan-makan dan bayar bill oranglain yang kena selesaikan...

Kelihatan Genting di puncak gunung...

Cantiknya pemandangan dikanan lebuhraya menghala ke Lebuhraya Karak.


Mr Atip dan Mrs Atip dan Asyiq..




Walaupun hujan renyai-renyai, mereka masih bergumbira bermandi-manda..



Hari kedua, broadband celcom buat hal pulak. Punyalah mencuba dari pagi sampai malam dah tak boleh dapat. Tanya pada petugas di reception, katanya wi-fi percuma tiada..hanya yang berbayar.
Akhirnya lansung tak dapat buka internet...

Sejak dari pagi, hujan turun tidak berhenti-henti. Bawa anak-anak pergi mandi di swimming pool. Bergumbira sungguh mereka mandi dan main hujan... Akak yang duduk menunggu ditepi kolam pun basah walaupun berpayung.

Setelah agak lama melihat anak bermain air, akakpun mengajak mereka pulang ke bilik. Setelah tiba waktu makan tengahari, akak dan qeeb pergi ke Mc Donald membeli makanan tengahari.

Hujan masih lagi turun mencurah-curah hingga ke malam. Petang, akak bawa Aisyah, Zahrah dan Qeb sekali lagi ke Mc Donald kerana Qeeb ingin menggunakan wi-fi disana. Aisyah dan Zahrah turut sama menanti Qeeb dan akak membuka blog masing-masing. Dapatlah baca sedikit dan kemudian kami pulang ke hotel.

Pada hari Ahad, hujan masih turun sejak pagi. Anak-anak tidak mahu keluar ke kolam renang dan mereka hanya menonton tv dan bermain game di komputer. Sebelum pukul 12.00 tengahari, kami sudahpun keluar dari bilik.

Pertemuan yang di rancangkan bersama Puan Aintsuperwoman adalah di Mc Donald. Menunggu kedatangan beliau sambil mengisi perut kerana pagi tadi tidak mengambil sarapan. Boss benar-benar keletihan akibat demam urat dan kami membiarkan boss tidur sehingga pukul 11.00 pagi.
Akak dah siap-siapkan mengemas dan selepas boss bangun, bersiap-siap dan kami ke Mc Donald.

Taklama kemudian Mr Atip, Mrs Atip, Afeeq dan Asyiq pun tiba. Kami mencadangkan untuk makan di suatu tempat yang memenuhi selera semua. Kami ke Pekan Kuantan dan singgah di Restoran Makanan Kampung bersebelahan dengan Megamall. Sebaik mendapat tempat duduk, kamipun memulakan berbual-bual seolah-olahnya sudah lama mengenal satu sama lain. Ada sesi bergambar...
Fa memang seorang wanita yang berperawakan menarik, baik tuturkatanya dan peramah. Anak-anak akak pun suka beliau dan terkejut kerana walaupun kami baru pertama kali jumpa tapi mesra macam dah kenal lama.

Buat Fa dan suami, akak benar-benar menghargai kesudian Fa dan suami datang turun dari Kemaman ke Kuantan semata-mata ingin berkenal mesra. Terima kaseh juga atas buahtangan yang sangat digemari oleh anak-anak dan boss. Belumpun sampai rumah, keropok pedas dah habis dikerjakan mereka.

Fa,
Gambar nanti akak copy ajer kalau-kalau ada gambar yang Fa masukkan dalam blog Fa. Anak dara akak punyalah lurus, hanya satu saja gambar kita yang dia ambil. Gambar akak sedang kejam mata pulak tu.. Gambar Fa, sempurna... (Boleh akak masukkan gambar tu?...)

Bual punya bual tak sedar masa dah banyak berlalu. Selepas encik suami Fa, iaitu Mr Atip selesai menunaikan solat zohor, kamipun meminta diri untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Pertemuan yang dirancang untuk singgah dirumah abang sulung akak tidak pula menjadi kenyataan kerana beliau tiada di rumah. Kami neneruskan perjalanan pulang dan singgah di Hentian Gambang untuk solat jamak dan qasar Zohor dan Asar. Sewaktu Maghrib kami singgah untuk solat di Masjid Lentang (berdekatan dengan lebuhraya karak). Satu-satunya Masjid yang terletak dalam lebuhraya Karak. Masjidnya bersih dan ada penghawa dingin.

Untuk makan malam, kami singgah di Jusco AU2 kerana akak teringin nak makan di Paparich. Akak sering mengikuti blog seseorang yang sering makan di papparich. Akak menyangka yang Papparich ni di Jusco AU2 tapi salah tekaan akak. Akak dapat membeli Tako Tao yang menjadi juadah kesukaan blogger tersebut dan anak-anak pula memilih untuk makan malam di Sushi King.

Hamster nak makan...