Boss masih ceria... baru keluar rumah... masih segar... Demam dah terasa...
Semalam hari ahad, kami keluar dari rumah awal pagi dan memulakan perjalanan menuju ke utara iaitu Kuala Kedah. Dengan hanya bersarapan roti krim gardenia seorang satu dan sekotak air soya hanya untuk melapik perut daripada lapar, kami berniat untuk makan 'brunch' di Hentian Tapah.
Tiba di hentian Tapah, akak mencadangkan kepada suami untuk berhenti makan di Sg Perak kerana waktu kami tiba di Tapah agak awal dari jangkaan. Di Hentian Sg Perak, kami menjamu selera dengan durian kampung. Beli 2 biji dan masih banyak berbaki. Kami tidak begitu kuat makan durian sekarang ini. Akak hanya larat 2 ulas, qeeb 5 ulas, aisyah 3 ulas, ain 2 ulas dan zahrah 2 ulas. Manakala suami akak hanya mampu 6 ulas.
Tiba di restoren Nor Aziah, akak mengambil lauk patin masak tempoyak, ikan masak asam pedas, ikan rebus dan air asam, sup sayur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang akak puji masakan dari gerai Nor aziah.
Selesai makan, dalam perjalanan menuju ke kereta, suami akak membeli buah pulasan dan qeeb pula teringin hendak makan asam jawa manis. Bila akak cuba, sedaplah pula.
Perjalanan di teruskan hingga ke Gurun. Kami berhenti untuk menunaikan solat zohor dan asar jamak serta qasar. Selesai solat, teruskan perjalanan keluar ke tol Alor Setar (S) dan terus menuju ke Jeti Kuala Kedah.
Tiket dibeli untuk perjalanan pukul 3.30 petang. Feri tiba 330 ptg dan memakan masa 20 minit untuk menurunkan dan menaiki feri. 3.50 ptg feri meninggalkan jeti Kuala Kedah dan tiba di Pekan Kuah pada pukul 520 petang. Hujan pula turun dengan lebatnya dan dengan dibantu oleh petugas feri, para penumpang di payungkan dari feri ke jeti.
Peniaga kereta sewa menghantar ulat-ulat untuk memancing pelanggan. Suami akak ditegur oleh seorang lelaki yang amat dicurigai tetapi terus mendengar tawaran yang disediakan. Tiba di dalam kawasan jeti, suami akak diperkenalkan dengan tuan punya kereta sewa dan suami akak pun bersetuju menyewa kereta dari mereka. Kami yang ternanti-nanti cuba meneka kereta apakah yang disewa oleh suami. Bila akak tanya, katanya nissan sentra, bila ditanya poleh anak-anak katanya kereta kancil. Akak suka juga sebab tidaklah mahal sangat harga sewa kereta kancil.
Sewaktu kami tiba di hadapan jeti, beg-beg kami diangkat masuk kedalam Nissan Serena yang baru. Hmmm memang cantik dan selesa. Suami akak dah serik menyewa kereta dari orang yang dikenali tapi kereta yang kami dapat buruk dan rosak pada hari terakhir kami hendak pulang. Biarlah menang belanja, menang memakai....
Hotel Aseania yang disewa hanya indah kabar dari rupa. Di nyatakan dalam iklan kolam renangnya adalah yang terbesar di asia tapi keadaan bilik hotelnya.... (masing-masing punya pandangan masing-masing). Pada tahun 1992, kami ber hani muuun di Pelangi Beach Resort. Tahun 2005, kami membawa anak-anak ke Hotel Andaman.... dan untuk kali ini memang .........
(pandangan masing-masing).
Kebetulan pula, semasa tahun 1992, kami bernikah pada 26hb November, pergi hani muun pada hari ahad 29hb November. Kami menaiki keretapi dari KL Stesen hingga ke Alor Setar..Kemudian naik teksi ke jeti Kuala Kedah. Kali ini 15hb November 2009, hari ahad juga kami menaiki kereta hingga Kuala Kedah dan menaiki feri ke Langkawi.
Okay... sambung cerita. Sampai hotel, letak beg dan keluar semula untuk makan malam. Deretan restoren di Pantai Chenang membuatkan kami sukar untuk memilih. Akak memilih makan makanan laut. Masakannya memang sedap dan menyelerakan.
Pada pukul 2 pagi akak terjaga dari tidur kerana sakit perut. Sehingga pukul 4 pagi akak tak boleh melelapkan mata. Dada terasa ketat hendak tarik nafas. teringat akak padda malam 10hb august lalu, akak tak boleh bernafas. Akak mengejutkan suami, dan pada pukul 540 pagi kami sudah sampai di Hospital Langkawi. Suami akak terus membawa akak ke Kecemasan dan Trauma, daftar diri dan terus masuk ke dalam wad kecemasan. Tekanan darah di ambil, memang tinggi 200/115... dan pernafasan baik 99..98.. Akak diberikan bernafas dengan oksigen dan tekanan darah akak menurun hingga 160/110. Sementara menanti untuk dihantar ke wad, akak sudah berasa agak selesa bernafas.
Pukul 7 pagi, akak terus di bawa ke Pusat Dialysis Hospital Langkawi. Menanti mesin di sediakan dan pukul 800 pagi akak sudah dapat menjalani dialysis. Selama 4 jam akak cuma berehat dan tertidor sekali dan cuba membuka komputer shift untuk melayari internet tapi hanya seketika kerana bateri shift pula habis setelah 10 minit dapat menggunakan internet. Kemudian, duduk lah akak termenung. Apa yang akak perhatikan, pesakit terdiri daripada kaum melayu dan masa shift pagi hanya seorang lelaki cina. Anaknya yang menemankan beliau pula rajin membantu pesakit lain menyediakan barang-barang untuk memasang mesin dialysis. Seronok betul melihatkan keakraban mereka. Ada seorang pakcik yang menemankan isterinya menjalani rawatan, membantu pesakit lain. Bagai keluarga besar.... yang paling menyeronokkan sikap berlagak apek tua lansung tiada di pusat dialysis Hospital Langkawi.
Selesai dialysis, suami akak dan anak-anak datang menjemput akak pulang.
Buat SN Marzita dan SN Hasniah..... MA Subra.....
terima kaseh atas pertolongan anda semua.