Sunday, January 31, 2010

Kisah hari ahad.


Masing-masing dapat warna masing-masing dengan gembiranya.

Ibu dapat warna hitam...

Pergi makan di Johnny's Alamanda...

Sup panas-panas baik untuk mereka yang batuk dan demam selsema..

Ain dan Aisyah dah mula pandai makan di sini.

Qeeb dan zahrah memang meminati sup stimbot di johnny's...


Saturday, January 30, 2010

Kisah mengikut rombongan pertunangan adik.


Pagi ni, bangun awal... bersiap-siap untuk kerumah Kak Yah untuk sama-sama menghantar rombongan pertunangan adik lelaki bongsu. Qeeb juga turut dibawa sebagai peneman... a.k.a. orang kuat....Aisyah tidak mahu mengikut kerana merasakan dirinya tidak begitu sihat begitu juga dengan Ain dan Zahrah. Masing-masing demam. Setelah diberikan antibiotik dan ubat demam, akak tinggalkan pesan pada Zahrah untuk memberi adiknya antibiotik pada pukul 200 petang.

Janji untuk bertemu pukul 1130 pagi di rumah kak Yah, kakak akak yang tertua selepas pulangnya kak Idai ke rahmatullah 6 tahun dahulu. Kami 4 beradik perempuan daripada 12 orang adik beradik. Selepas kak Yah, akak dan adik perempuan bongsu iaitu Erul.

Pagi ni agak kecoh di kawasan perumahan akak apabila jiran selang sebuah rumah dari akak melansungkan perkahwinan pada hari ini. Adat resam cina apabila pengantin lelaki datang bersama-sama rombongannya menjemput pengantin perempuan maka kedatangan pengantin lelaki harus di sertai dengan bunyi hon kereta dari semua ahli rombongan dan juga bunyi mercun. Kesunyian pagi sabtu menjadi riuh rendah apabila rombongan pengantin sambil menantikan pengantin perempuan membuat riuh di hadapan rumah. Akak yang dah bersiap hendak ke rumah kak Yah, membuat keputusan untuk terus pergi ke rumah kak Yah.

Tiba di rumah kak Yah agak awal dari ahli keluarga yang lain, akak pun ambil keputusan untuk pergi sarapan dan mencuci kereta. Sebaik ternampak tempat mencuci kereta agak lapang, akak terus masuk dan kereta di letakkan di tempat membasuh. Tunggu sebentar saja, kereta pun dah cantik seperti baru.


Selesai kereta di cuci, akak pergi ke kedai makan Kg. Melaka untuk sarapan. Adik akak pernah beritau kesedapan nasi lemak di sini. Sampai saja, nasi lemak dah habis... takda rezeki. Kami bersarapan dengan roti canai sahaja dan milo ais.

Selesai sarapan terus kerumah kak Yah. Abang Ijoi iaitu abang tertua merangkap ketua keluarga kami juga sudah tiba. Taklama kemudian adik perempuan Erul, mak dan bakal pengantin Elan pun tiba. Setelah cukup ahli rombongan pertunangan, kami pun berangkat menuju ke Kg Hulu Teris, Sepang. Abang Ijoi menjadi ketua rombongan. Akak memandu kereta kedua dan yang lain-lain mengikut dari belakang. Ada sekali tu, akak tertinggal jauh di belakang apabila abang ijoi membawa macam F1. Hingga akak sesat dan semua ahli rombongan kena berhenti dan menantikan akak. Baru dia tahu.. kalau konvoi mana boleh laju-laju... Dia belok kekiri dan akak terus... jauh sesat dan baru tersedar.. Puaslah semua kena menunggu.

( Gambar cupcakes yang dibuat oleh SIL )

Akak memilih untuk bersama-sama dengan adik akak, Erul kerana kami memang satu kepala...umur pun tak jauh... kami memang mesra dari dulu....

Sewaktu singgah solat di Masjid Sg Pelek. ( Nombor kereta 3 beradik bagai berjanji... 4414, 5556,4458.....ketiga-tiganya hitam....)

Ahli rombongan dengan barang-barang hantaran.





Inilah menantu bongsu /terakhir (Insya'Allah ) iaitu Siti Zakiah buat Puan Hajah Jaliah. Alhamdulillah, hajat Puan Hajah Jaliah hampir tercapai nak melihat anak bongsunya berumahtangga.

Tiga beradik perempuan dalam keluarga kami meraikan kedatangan Siti Zakiah dalam keluarga kami.

Kak Yah lah yang menjadi orang tengah mengenalkan Siti Zakiah dan adik bongsu kami, Zailan.

Selesai majlis pertunangan dan makan tengahari, kami pun meminta diri.

Pulang dari majlis pertunangan, akak singgah pula di gerai jual kuih. Akak tengok bukak pulak. Perut belum lapar lagi. Saja jer beli untuk di tunjukkan di sini rupa kuih yang akak suka. Intinya sempoi jer, sardin tapi rasanya... sedapppp berbaloi...

pssst kak som,
i nak tanya nombor talipon budak jual tu tapi anak dara i ada sama takut nanti budak tu perasan anak dara i yang mintak...susah lak i nanti.... i ni chembuwu jugak kalau hal anak2 dara i yang 4 tu... tak gitu kak som?...

Friday, January 29, 2010

No more Nasi Ayam.

Selesai dialysis, terus menuju ke keweta....Boss ada persidangan maka hari ini akak kena sensowang datang dan sensowang balik. Dalam pada itu puas memikirkan mana nak makan sensowang... Dalam-dalam memikirkan manalah tempat yang sedap nak pergi makan. Siapalah nak ku panggil menemankan... Pikir-pikir dah sampai sini.

Dalam menanti lampu isyarat bertukar kaler kepada warna kegemaran Aisyah, akak masih memikiorkan dalam-dalam... Puas segenap bangi akak bayangkan tempat makannya lama-lama akak bagi tekak buat pilihan...

Tekak memilih nak makan rojak sotong... Maka di sinilah tempat yang sesuai...

Berselera sungguh akak makan rojak sotong... Kalau kak som sure dah tulis Rosot... Selalunya orang kalau makan rosot mesti dengan cendol... tapi akak makan dengan my peberet...
jeng jeng jeng.....

ABC....
( Dah sempena sedang ABC.. makanlah ABC....)


Pemindahan Buah Pinggang.

Pagi ini setelah setahun setengah akak menjalani rawatan mencuci darah, akak di tanyakan soalan cepumas ini.

Sister : Kalau ada orang nak bagi buah pinggang, puan hendak tak?

Akak : Alhamdulillah... memang tak menolak.

Sister : Isi borang ni, manalah tau nanti nama naik....

Akak : Tapi saya ada masalah lemah jantung. Suami dah bincang bagitau saya mungkin tak tahan menjalani pembedahan buahpinggang.

Sister : Isi sajalah dulu. Bukan nak operate hari ni atau esok... mana tau, lepas ni boleh okay...

Akak : Insya'allah... iyerlah kan... kuasa Allah bukan kita tau...

Akak pun membaca borang yang diberikan.

Akak : Sister,....saya ingat saya tak mahulah...

Sister : (Muka kehairanan).. kalau begitu tandakan tidak...

Akak : Kalau nak bagi saya buah pinggan...saya tak mahu lah... kat umah saya banyak...
( Sambil menunjukkan kesilapan ejaan di borang... lihat 'buah pinggan' ~ nak buat apa akak dengan buah pinggan...??)

Sister : ( Senyum ) Doktor silap taip tu...




Thursday, January 28, 2010

Kisah pergi ziarah kematian.


Pukul 100 tghari dapat sms dari adik mengatakan emak saudara kami baru meninggal dunia di Hospital Kajang. Akak kemudian menerima panggilan telefon dari seorang lagi adik memberitahu hal yang sama. Selang satu jam kemudian, adik perempuan akak menalipon lagi dan mengajak akak bersama-sama menziarahi jenazah di kediamannya di Kg. Sungai Raya, Batu 9, Cheras. Selepas mendapat keizinan dari suami, akak pun keluar bersama-sama dengan Qeeb ke rumah adik di Taman Lavender, Hulu Langat.

Sebelum sampai di rumah adik, kami singgah di gerai batu 9 untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Qeeb yang baru pulang dari sekolah belum makan tengahari, akak belikan sedikit makanan untuk lapik perut. Tiba di taman perumahan adik akak, adik akak pula mencadangkan akak membeli nasi lemak bungkus dan kuih-kuih untuk alas perut.

Selesai membeli, kami terus memandu menuju ke rumah ibu saudara yang meninggal itu. Melihatkan orang sudah mulai ramai meletakkan kereta di hadapan rumah arwah, akak mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta dan mengisi perut. Air untuk minuman perlu dibeli. Sedang menunggu Qeeb membelikan air, akak yang sedang meletakkan kereta di pintu sebuah rumah melihat seorang pemuda yang sedang menaiki motor dan membawa tong gas ingin memasuki kawasan rumah yang akak parking itu. Akak pun teruskan perjalanan ke hadapan ( agak jauh dari kedai jual air dan tempat tadi..). Berhentikan kenderaan dan mula hendak menyuap nasi ke mulut. Terlupa air minuman belum dan tak sempat dibeli... nanti tercekik macamana? Tanya adik akak.

Akak memandu semula di bawah pokok awal tadi. Tiada kereta dan Qeeb keluar sekali lagi untuk membeli air minuman. Akak pun meneruskan suapan untuk mengisi perut. Adik menunggu giliran kerana sudu hanya ada satu. Tiba-tiba pemuda tadi sekali lagi nak masuk hantar gas di rumah yang sama. Dia tersenyum melihatkan akak sedang menyuap nasi kemulut. Tanpa perlu berkata-kata, akak kehadapankan kereta kehadapan sedikit dan pemuda tadi pun masuk ke dalam kawasan rumah. Akak meneruskan makan. Selesai makan, kami pun menuju ke rumah arwah.

Lihatlah tempat strategik. Redup bawah pokok. Dekat dengan kedai.
( Gambar senget.. tak sempat nak rotate..)


Tiba di rumah, jenazah arwah sudah mahu di bawa ke tanah perkuburan. Kami yang dalam keadaan uzur menanti di bawah pokok hadapan rumah arwah dan berkenal-kenalan dengan saudara mara yang lain. Tahulah salah silah keluarga bila di terangkan oleh seorang ahli keluarga.

Qeeb dijadikan kawan oleh budak kecil putih melepak ni. Namanya Sophia.


Brunch.

Hari ni hari cuti... bangun pagi dah niat nak puasa...
Punyalah menahan lapar..
Bila puasa.. pukul 1100pagi memang masa yang paling genting
masa inilah perut berbunyi... rrrrrrrrrr....kkkrorooeooeooeookk.....
Tahan-tahan kan juga...
ingatkan bila berbuka nak makan dengan berseleranya...

Tapi...
Aleh-aleh pukul 1257 tengahari
Rasa tak selesa...
Bila di periksa....
A B C

Turun bawah terus bakar roti
Inti curry puff ada lagi
buat empat keping
langsai....
Minum milo panas...
itulah 'brunch' akak hari ini.....


Kucing Mahal.

Akak dan suami bila pergi kedai petshop..selalu main-main dengan anak-anak kucing mahal yang di kurung dalam sangkar. Punyalah mahal hingga boleh mencecah dekat RM1000... (belum dengan maintenance nak menjaganya...) Pasir tempat dia nak oookk pun kena beli.. special diet untuk dia... monthly appointment dgn vet untuk cucuk itu..cucuk ini...kiranya duit akan mencurah-curah macam air atas daun keladi jer...

Kami memang minat.. tapi memang tak mampu lah nak bela satu lagi makhluk yang pakai belanja punya banyak dalam sebulan... Akak bela anak kucing biasa pun tak kurang satu apa pun... bunyi meow nya pun macam tu jugak...kalau yang mahal meow dia boleh menidurkan kita atau anak kita tak perlah jugak... bau oookkknyer pun macam tu jugak.....kalau yang mahal oookkkk dia wangi macam kasturi... kira okaylah juger....
( Kalau akak mampu.... tewingin jugak... heheheheheheheheheh )


Wednesday, January 27, 2010

Kisahnya hari ni...


Jika ada yang berminat bolehlah menempah Coklat dan Cup Cakes dari
Puan Aida Tel : 017 8812842
Tempahan Nasi Arab Maghlubah juga. Sila ke Blog : http://jommakanlah.blogspot.com


Macam yang uols tahu.. tiap hari isnin, rabu dan jumaat akak sure akan pergi bercanda-canda dan bersuka-suka dan berdua-duaan dengan my roommate. Hari ni akak ajak my roommate pergi bapakkaya lagi. Akak dah terbayang-bayang nasi ayam dia... ( hari senin kena nasi ayam tak sedap.. ari ni kira nak balas balik lah....). Bila makan nasi ayam Bapakkaya, akak teringat masa zaman akak muda belia dulu..dalam tahun 82... akak sering ke Komplek Kota Raya, tingkat atas, ada kedai jual nasi ayam dan cara masakannya sama dengan Bapakkaya. Mungkin nostalgia (chewah...) zaman muda mengimbau kembali.... ( Ada sapa-sapa masa uolls muda-muda belia dulu pernah makan kat tingkat atas Kota Raya..dekat dgn Bangunan Cahaya Suria dan Pudu Raya.?).

Kami ikut jalan baru arah ke Cyberjaya. Makin mudah jalannya. Kiranya sekarang kami dah mastered jalan-jalan ke Cyberjaya selepas pernah sesat timur barat kat sana. Biasalah kan...

Menu belum sampai akak dah ambil pensel dan kertas nak tandakan. Budak melayu yang ambil order siap senyum manis lagi sebab kalau dia dapat banyak pelanggan baik dan sopan macam akak, sure kerja dia senang. Suami akak pun ikut sama makan nasi ayam sebab dia pun dah tak tau nak makan apa sebab dah selalu sangat datang sini. Hinggakan dia pesan kat akak, kita datang seminggu sekali jer.

Kat Bapakkaya ni menu dia tak banyak tapi kalau macam tekak akak teringin nak makan nasi ayam, sinilah tempat yang sesuai dengan tekak akak. Macam ada kat satu kedai yang ada iklan dalam radio tu... akak tak boleh nak makan nasi ayamnya sebab dia punya pak aji terlampaulah banyak. Pesakit buah pinggang macam akak tak digalakkan makan nasi yang banyak pak aji kerana boleh mudharat.

Ianya jadi mudharat apabila tahap pak aji banyak, kita yang makan kena minum air banyak untuk hilang dahaga. Tapi dengan keadaan pesakit buahpinggang tak boleh berlebih air, itu yang datang mudharat. Orang yang tak sakit buah pinggang, mungkin tak jadi masalah.

Kali ni akak ambil gambar bila nasi dah nak selesai... memang betul-betul licin akak kerjakan. Suami akak tak habis pulak. Ayam dia pun akak yang habiskan... ( akak pun takut tengok akak makan... bela ha-tu ker?..)


Boss dah tak habis...

Balik dari bapakkaya, boss menghantar akak pulang kerumah. Akak keluar semula kerana ada beberapa kerja yang perlu akak lakukan. Selesai kerja teringat SIL datang nak antar tempahan cupcakes dan coklat untuk majlis pertunangan adik lelaki bongsu akak. Akak ingat nak singgah beli kuih kat kedai ni lah...( Lihat gambar di bawah..)

T U T U P...

Hangat betui hati akak. Macam ni lah melayu meniaga.. kejap bukak..kejap tutup.. ( kak som, ari tu i dok bebei-bebei tu, i tujukan kat kedai inilah....) Ikut suka hati dia jer... selalu dia buat macam ni....cuti ikut suka...
(Kuih dia sedap pulak tu.... itu yang buat akak panas lagi hati..)


Rupa-rupanya hanya satu gambar jer akak ambil. Akak snap 2 tapi kedua-duanya gambar coklat... cupcakes dah simpan dalam peti... malas nak turun ambil....
( Malam nanti sebelum bagi adik, akak ambik gambar....)



Guru mengaji.

Dalam sebulan, jumlah murid berbeza-beza.
Kadang2... anak sulung... cuti..
lepas tu anak kedua...
lepas tu guru mengaji pula...

untung yang ketiga belum pandai minta cuti...
yang keempat,... bila teragak jer...
kadang2 mahu.. kadang2 tidak...
bila anak nombor tiga tengah ngaji
yang nombor empat suruh ajar kejap saja..
sebab... dia nak ajak kakak dia main PS2...

Tuesday, January 26, 2010

Juadah berbuka puasa hari ini.

Khas buat kak som..
mula2 memang berkelim...

bila bakar.. mengganggah lak...

inilah curry puff...

inilah... apple turnover... sama mcm kat delliferanze...kan...setuju tak kak som?...



Insya'allah... ( Kena sebut juga sebab kita bukan pasti lagi sekejap lagi kita masih ada ke dah tiada...)..selesai saja menonton cerita ER pukul 600 ptg nanti, akak akan turun untuk memasukkan inti curry puff ini kedalam pastry puff yang telah di keluarkan dari esbok sejak pagi tadi...

Akak teruja sungguh melihatkan kak som kita a.k.a somuffins membuat dan menayangkan curry puff buatannya di dalam blognya. Adui.... habis tumpah kolam air liur akak melihatkan keenakannya curry puff buatan air tangan seorang blogger. ( 2 hari akak memendam rasa...)
Dan jika keadaan mengizinkan, akak akan buat 'apple turnover'....untuk berbuka nanti..

Lihat sajalah inti curry puff ini...

Dan sebaik azan berbunyi juga akak akan makan nasi berlaukkan ikan pekasam goreng dan masak lemak rebung dan ikan pelaling.


Gather-gather

Perjumpaan buat julung-julung kali sesama blogger akan di adakan buat pertama kalinya di Papparich. Tarikhnya adalah ketika kawan kita (Aintsuperwoman aka Fa ) yang tinggal di Kemaman turun ke Kuala Lumpur.
Tapi, kalau ada sesiapa yang nak turun KL pun dijemput hadir sama...yang tak turun dari mana-mana pun dijemput sekali memeriahkan gather-gather pertama kali sesama kita.....

Komen dari kawan-kawan tarikh 14hb tu, kebanyakkannya ada jemputan orang kawen. Saya ubahkan ke tarikh yang awal lagi iaitu ahad hujung minggu ini.

Fa, tetap kami akan jumpa bersama kawan-kawan yang dah kawen tapi tak dijemput ke jemputan kawen...

Bertempat : Papparich. ( Akan dibincangkan lokasinya ).
Tarikh : Ahad/ 31hb Januari 2010.
Jam : 12 tengahari.
Sila Hubungi : Akak 012-5626469

Monday, January 25, 2010

Lunch ari ni...


Selesai dialysis..... maka akak dan boyfren akak/roomate akan makan tengahari... Olehkerana ada hal kat Alamanda, maka Alamanda kami tuju.....

Akak teringin lagi nak makan nasi ayam dan suami nak cuba makanan kelantan... Selesai urusan, terus ke food court.

Dalam perjalanan terserempak dengan si putih VW...

Akak : Yang.... buatkanlah orang terperanjat... belikanlah orang VW ni.....tau-tau dah ada depan pagar....

Suami : Eher....( senyum tak habis... pahit gitu....)


Sampai Food court... bertebaran lah dua insan yang kelaparan ini. Akak ke kiri tempat jualan nasi ayam manakala suami ke kanan arah ke gerai masakan kelantan.
Akak beli nasi ayam ini.....
(sedap lagi nasi ayam Bapak kaya )

Suami aleh-aleh ambil nasi minang/padang.... hajatnya nak nasi kelantan bertukar nasi padang sebab ada sambal cili ijo....

Akak siap ambil tofu lembek ni lagi...

Tapi verdictnya...

Dua-dua makanan yang kami ambil tak menyelerakan walaupun nasi ayam itu habis. Sebab itulah akak dan suami kerap pergi Bapak Kaya.... makanannya terhad tapi kualiti rasa terkawal. Datanglah berkali-kali, rasanya sama saja...
( Bukan promote.... selera memasing...)
P.S. Fa... inilah gambar makanan yg paling tak menyelerakan kan....kan..???

Kisah Balik Kampong. Berita sedih dan berita gembira.


Pagi sabtu, bangun awal menyiapkan baju-baju untuk dibawa balik kampong... boss masih berehat meneruskan tidurnya. Anak-anak sudah diberi tugas menyediakan pakaian masing-masing untuk di bawa pulang ke kampong. Akak cuma bertanggung jawap menyediakan pakaian Aisyah, boss dan isteri boss....

Dah siap semua, beg-beg dibawa turun dan barang-barang di masukkan kedalam kereta. Aisyah cukup seronok bila ditugaskan membawa laptopnya sahaja...


Pergi sekolah kena bawa beg..nak balik kampong pun kena bawak beg...

Tiba di Jejantas Ayer Keroh..., suami membawa anak-anak pergi 'brunch' di A & W.. akak yang pada mulanya 'puasa' tinggal dalam kereta... 10 minit kemudian, setelah puas berperang dan bersoal jawap dengan isi hati sendiwi.... akak pun keluar keweta dan menuju ke A & W. Terkejut suami akak bila akak tiba. Akak cakap tak mahu puasa hari ni dan minta dibelikan 'coney dog'...
Suamipun belikan air 'rootbeer float' dan 'coney dog'..Hmmmm....untung akak keluar keweta... kalau tak kewing akak tunggu dalam keweta..

Pada hari ahad, akak keluar pagi-pagi mencari sarapan yang diberitahu oleh Rodzana (orang Alai). Tapi tidak bertemu gerai yang di maksudkan. Mungkin bila Zana kebetulan sama-sama pulang ke kampongnya pada masa yang sama dengan akak, bolehlah zana tunjukkan gerai yang dimaksudkan.

1. Berita sedih...

Balik kampong kali ini ada berita sedih yang akak terima. Emak angkat akak ( akak mengenalinya semasa akak melahirkan anak sulung, beliau menjadi bidan mengurut akak selama 2 minggu.) Mak saudara yang mengenalkan Makji Munah ini kepada akak..Orangnya lembut tuturkata dan lembut urutannya...memang disenangi.

Walaupun tugasnya hanya untuk mengurut tetapi olehkerana akak takda bibik dan mengharapkan seorang warga tempatan (dikenali sbg ketot )yang datang bekerja pagi dan balik petang. Si ketot ni selalu tiba lewat dan Makji Munahlah yang akan menyediakan sarapan pagi untuk akak yang dalam pantang. Budinya yang tidak berkira kerja, membuatkan akak sayang dan hormat padanya.

Pernah semasa kami tinggal di Pulau Pinang dan pulang bercuti di kampong, Makji Munah akan datang ziarah apabila mendengar kami pulang ke kampong. Beliau yang mengetahui kami suami isteri suka makan kuih koci akan menyediakan kuih tersebut tiapkali akak pulang ke kampong.Tiapkali raya, akak ataupun makji akan bertemu samaada di rumah mertua ataupun di rumah beliau. Hubungan mesra kami berterusan dengan panggilan telefon dan kunjung mengunjung. Pernah sewaktu beliau mendengar akak akan bersalin, beliau dalam keadaan sakit pun tetap datang ziarah melawat akak di Hospital.

Semalam akak diberitahu bahawa Makji Munah telah kembali ke rahmatullah pada 13hb Disember 2009. Kami ada pulang ke kampong pada hari tersebut dan menyambut hari lahir Ain.
Tidak pula kedengaran pengumuman di masjid mengenai berita ini dan kebanyakan orang Pernu tidak mengetahui tentang kematian Makji Munah. Walaupun Makji Munah tinggal di Kg Bukit Pegoh, kadang-kadang ada juga pengumuman di masjid memberitahu berita kematian penduduk.

Akak yang diberitahu mengenai hal ini terus berkunjung ke rumah arwah dan bertemu dengan menantu arwah. Sangat sedih memikirkan kerana kami memang ada di kampong sewaktu hari arwah meninggal dunia. Tapi takda rezeki untuk sama-sama mengadap arwah. Al-Fatihah buat arwah Makji Maimunah.

2. Berita Gembira.

Dan semalam juga sewaktu berbual-bual dengan emak saudara ( bibik Azai ), akak diberitahu bahawa blogger yang dikenali sebagai Idalara mempunyai ikatan kekeluargaan dengan famili suami. Akak mengenali Idalara melalui blognya dan kami juga ada bertukar nombor telefon. Sesekali kami bertanya kabar melalui sms. Seronok kan... kawan jadi saudara....
psst ida..... nanti kita jumpa tau...

Malam tadi sebelum kami pulang, suami membawa kami makan ikan bakar di Umbai.

Aisyah... sedang demam...

Ain pun demam.. tapi masih mampu tersenyum ceria...

Zahrah sedang memberi makan seekor kucing yang datang di bawah meja...

Kupang goreng cili..... sedappppp....
Ikan siakap memang faberet Zahrah...

Akak memang kesedapan makan kupang bersambal..


Hamster nak makan...