Pukul 100 tghari dapat sms dari adik mengatakan emak saudara kami baru meninggal dunia di Hospital Kajang. Akak kemudian menerima panggilan telefon dari seorang lagi adik memberitahu hal yang sama. Selang satu jam kemudian, adik perempuan akak menalipon lagi dan mengajak akak bersama-sama menziarahi jenazah di kediamannya di Kg. Sungai Raya, Batu 9, Cheras. Selepas mendapat keizinan dari suami, akak pun keluar bersama-sama dengan Qeeb ke rumah adik di Taman Lavender, Hulu Langat.
Sebelum sampai di rumah adik, kami singgah di gerai batu 9 untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Qeeb yang baru pulang dari sekolah belum makan tengahari, akak belikan sedikit makanan untuk lapik perut. Tiba di taman perumahan adik akak, adik akak pula mencadangkan akak membeli nasi lemak bungkus dan kuih-kuih untuk alas perut.
Selesai membeli, kami terus memandu menuju ke rumah ibu saudara yang meninggal itu. Melihatkan orang sudah mulai ramai meletakkan kereta di hadapan rumah arwah, akak mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta dan mengisi perut. Air untuk minuman perlu dibeli. Sedang menunggu Qeeb membelikan air, akak yang sedang meletakkan kereta di pintu sebuah rumah melihat seorang pemuda yang sedang menaiki motor dan membawa tong gas ingin memasuki kawasan rumah yang akak parking itu. Akak pun teruskan perjalanan ke hadapan ( agak jauh dari kedai jual air dan tempat tadi..). Berhentikan kenderaan dan mula hendak menyuap nasi ke mulut. Terlupa air minuman belum dan tak sempat dibeli... nanti tercekik macamana? Tanya adik akak.
Akak memandu semula di bawah pokok awal tadi. Tiada kereta dan Qeeb keluar sekali lagi untuk membeli air minuman. Akak pun meneruskan suapan untuk mengisi perut. Adik menunggu giliran kerana sudu hanya ada satu. Tiba-tiba pemuda tadi sekali lagi nak masuk hantar gas di rumah yang sama. Dia tersenyum melihatkan akak sedang menyuap nasi kemulut. Tanpa perlu berkata-kata, akak kehadapankan kereta kehadapan sedikit dan pemuda tadi pun masuk ke dalam kawasan rumah. Akak meneruskan makan. Selesai makan, kami pun menuju ke rumah arwah.
Lihatlah tempat strategik. Redup bawah pokok. Dekat dengan kedai.
( Gambar senget.. tak sempat nak rotate..)
Sophia?? Kebetulan sama nama dgn ikan 3E yang dah mati tu.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk mak sedara Akak.
kak som,
ReplyDeleteterima kaseh..
Innalillah...moga rohnya ditempatkan bersama2 para solehin..amin.
ReplyDeleteQJ,
ReplyDeleteTerm kaseh.. amin.
Al-Fathihah buat mak saudara semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
ReplyDeleteKadang2 memang susah untuk mendapatkan parking terutamanya kalau perumahan tu terlalu padat.
kak zai,
ReplyDeleteterima kaseh. amin.
mana2 pun susah..ini kawasan kampong...rumah dah padat..satu lot tanah ada 2 rumah...rindu suasana dulu2.
AlFatihah... semoga diberkati oleh NYA..
ReplyDeleteTakziah buat seluruh kaum keluarga AKAK
azie,
ReplyDeleteterima kaseh....amin.