Thursday, December 31, 2009

Perjalanan Si Andeh.


Marilah akak bercerita xtvt akak hari ini. Bila dah rasa sihat saje sikit... akak pun terasa letih kalau duduk aja kat umah. Mesti dan harus buat sesuatu. Dari pagi tadi akak dah memasak segala... siap dengan puri dan kuah dhal dan vadeh... Lepas solat zohor, akak terasa harus keluar dari rumah kerana tujuan yang dah lama akak perlu beli iaitu tanah baja. Pokok tanaman akak dalam pasu seperti mangga dan pokok limau purut akak perhatikan tanahnya dah jauh kebawah.

Jadinya, selesai solat zohor, akak, qeeb dan aisyah yang pada mulanya tak mahu mengikut tapi akhirnya mengikut juga pun memulakan perjalanan ke Nursery di Seksyen 6. Tiba di satu Nursery ni, ( akak memang selalu beli bunga dan tanah baja di sini....) akak pun parking depan nursery. Masuk kedalam Nursery, nampak tokehnya terus minta tanah baja 5 bag dan baja untuk mangga. Keluar dari Nursery, nampak ada penjual rojak dan cendol. Memang sudah menjadi routine akak bila pergi ke arah ni, mesti pekena rojak. Tapi tengok signboard dia jual Pasembor. Tanya itu ini, akak pun beli.

Sedang sedap makan rojak akak perhatikan keliling. Terasa lain sangat. Borak juga dengan isteri tuanpunya kedai.

Akak : Dah berapa lama meniaga sini?... Tak pernah nampak lah...

Penjual : Kami dah 8 bulan kat sini....

Akak : Oooo lamanya saya dah tak kemari. Kalau tak tu, selalu saya beli pokok, baja kat sini....

Akak : Mana orang yang jual dulu?.. Pak Kudus?...

Penjual : Dia ada kat depan sana - ( Sambil menunjuk arah depan...)

Akak : ( Pandang penuh kaget sebab dah salah nursery dan salah kedai makan.... Adoh la andeh... tapi untunglah rojaknya yg dia panggil Pasembur sotong sedap berbaloi walaupun dah tersalah kedai...)

Qeeb : Tadi qeeb bagi hint ibu tak perasan yer.. qeeb kata nursery ni lagi cantik dari yang depan tu.. (yg akak selalu pergi..).

Akak : Apasal qeeb tak cakap terang-terang?.. ( Macam dia tak kenal mak dia selalu blurrr...)

Inilah pasembor sotong gerai tersebut. Sedap..

Cendol Pulut idaman Qeeb

Sirap limau buat akak

Aisyah juga suka cendol pulut...

Selesai makan ( tengoklah akak punya hal... bukan main masak segala kat umah tapi pergi makan kat gerai lagi..... so akak and so andeh punya kerja....).

Akak pun terus teringat ada Pasar Tani dekat seksyen 6 depan Maybank. Akak terus menghala ke sana. Nampak gerai yang pertama iaitu gerai menjual daging. Beli daging dan tulang rusuk dan kemudian kami singgah di gerai menjual buah-buahan. Anak-anak akak terutamanya Ain cukup mengemari jambu air. Akak membeli jambu air dan jambu batu.

Kemudian singgah pula di gerai menjual bawang. Penjualnya sedang menyusun dan akak bertanya samaada dia dah mula menjual. Akak pun memilih bawang besar dan bawang kecil. Cantik-cantik bawangnya berbanding dengan 2 minggu lalu akak beli tak berapa cantik.

Selesai membeli pisang tanduk dan pisang berangan kami pun meninggalkan pasar tani tersebut.

Dalam perjalanan pulang akak ternampak satu susuk tubuh yang begitu familiar sedang membeli juadah minum petang di suatu gerai. Akak yang dah terlajak ke hadapan, buat satu pusingan dan berhenti di kereta berdekatan.

Turun kereta perlahan-lahan dan akak terus berdiri di belakang si dia. Akak terus snap gambar Puan Rashidah yang memang tak jangka kan bertemu di situ. Beliau adalah ibu kepada teman sekolah Qeeb. Kami menjadi kawan setelah akak merasa karipap yang di buat untuk jualan amal di sekolah Qeeb sungguh sedap. Akak meminta Qeeb bertanyakan kepada anaknya nombor talipon ibunya yang membuat karipap tersebut. Bila akak menalipon dan bertanya adakah dia menjual karipap secara tetap, katanya dia saja masak untuk memenuhi permintaan anaknya yang beria-ia ingin membawa karipap buatan ibunya untuk di jual di hari terbuka kantin sekolah mereka. Akak meminta kiranya dia boleh buatkan akak 100 biji karipap kerana pada akak karipap yang dibuat oleh Puan Rashidah memang sedap sekali. Dia bersetuju dan meletakkan harga yang begitu murah.

Setelah bekalan karipap dihantar, kami terus menjadi sahabat kerana tiapkali akak mengambil anak dari sekolah, dia juga turut mengambil anak bungsunya. Kami sering berbual mesra samada bila terserempak ataupun melalui panggilan telefon. Ketika akak dimasukkan ke hospital, dia datang menjenguk sebaik mengetahui keadaan kesihatan akak. Bagai mempunyai 'chemistry' kami senang sekali bersahabat. Shidah jugaklah orang yang pertama sekali memperkenalkan Asmaul Husna versi Bapak Ary Ginanjar dan Haddad Alwi. Pertamakali akak dengar beri keinsafan sangat dan hingga mengalir airmata dalam situasi akak baru di beritahu kena Dialysis. Shidah datang kerumah membawa CD Asmaul Husna dan buku motivasi.


Alhamdulillah.

Kari dhal ayam untuk di makan bersama puri.

Puri...

Vadeh.... va va va....( Sebut sambil goyang-goyang kepala sikit...)


Bangun pagi rasa agak selesa sikit.. tarik nafas.. masih sakit sedikit sahaja lagi..(Tidaklah seperti semalam..) Alhamdulillah. Yang paling akak risaukan taklah berlarutan...

Suami bertanyakan macamana sakitnya... akak jawap okay sebab boleh nak pusing badan kiri dan kanan taklah rasa sakit menyucuk didada ni macam semalam. Kira dah baik lah tu.

Maka, akak pun bangun solat subuh dan kemudian baring-baring sebentar. Buka laptop sebab semalam dapat jalan sedikit/sekejap aje. Buka satu blog ni, tuan rumahnya rajin memasak. Akak teringatlah dengan kacang dhal yang di rendam 2 hari tu. Terus turun dan siapkan bahan-bahannya. Maka, jadilah vadeh versi melayu....

Lepas tu teringat nak buat sarapan puri dan kari dhal ayam. Berlarut-larutan lah hingga membancuh tepung dengan butter dan minyak sapi untuk membuat puri. Hmm... mudahnya nak buat puri. Rahsianya bila kita canai puri lagi nipis, lagi cantik puri selepas digoreng.

Talipon BIL sebab nak hantar puri dan kari dhal kerumahnya. Dia memang mengambil cuti minggu ini untuk menyelesaikan hal sekolah anak-anaknya. ( Aida, kalau rumah kita berdekatan... tentunya kak rahmah hantar jugak puri dan kari dhal...)

Selesai tengahari ni nak jenguk Nursery (tempat jual pokok). Nak beli tanah untuk tanaman akak yang kering tak bertanah macam pokok limau purut dan mangga. Untung-untung tahun depan 2010 akak dapat merasa makan mangga dari pokok yang ditanam SENDIWI. Insya'Allah.

Wednesday, December 30, 2009

Kisahnya hari ni.

Selesai dialysis, mulanya nak pergi makan kat mc donald, tapi sakit dada makin kuat.. suami terus bawak balik. Sampai rumah, minta Qeeb ambilkan beg ubat dan makan ubat tahan sakit. Pagi tadi makan 2 biji panadol masih kurang berkesan... tengahari tadi memang sakit sangat. Tapi bila periksa oxy-meter, level oksigen akak normal tidaklah suami akak bawa ke hospital. Pendapatnya muscle akak bahagian dada yang sakit bukan organ dalaman. Alhamdulillah.....

Teringat masa bulan August lepas, dua kali tepi rusuk belah kanan akak kena tebuk untuk keluarkan air yang bertakung di bahagian dada. Kali pertama sambungan tube yang keluarkan air tu sekejap aja tapi kali kedua sampai 3 minggu tube yang ditebuk untuk keluarkan air itu disambung pada botol yang menadah air yang akan keluar sedikit-sedikit. Bayangkan payahnya nak tidur dengan selesa. Malas nak membayangkan kemungkinan tersebut.

Tapi dengan sakit yang memang rasa nak mengaduh., akak lepas makan ubat tu terus naik ke atas dengan niat nak baring-baring merehatkan diri. Bila dah dapat baring, nak bergerak... dada belah kiri teramatlah sakit, kena terlentang saja. Nak gerak kiri dan kanan dah rasa terlalu sakit. Qeeb tolong tinggikan bahagian tangan kiri akak dengan bantal agar selesa. Rasa agak selesa juga. Akak pesan dengannya supaya mengejutkan akak pukul 400 petang sebab akak nak solat Zohor.

Belumpun pukul 400 petang, akak dah terjaga. Dapatlah lena sedikit sejak balik tadi. Minta Qeeb bakarkan roti dan buatkan susu untuk lapik perut. Lepas dah makan roti dan susu, akak pun dapatlah rehatkan diri sementara sakitnya lega sikit.

Suami pulang petang bertanyakan keadaan. Rasa sakit masih ada tapi adalah kurang 20% dari tengahari tadi... Bila dah menjelang malam, sakit masih terasa 60%. Boleh gerak-gerak tapi bila nak tarik nafas sakitlah sangat. Kadang-kadang terlepas bunyi 'hoh' ketika sangap dan tarik nafas. Macam-macam kan... semalam boleh masak macam-macam.. hari ni nak pergi lunch pun dah tak daya... ( Itu pasallah bila akak rasa sihat ajer sikit masa itulah akak gunakan betul-betul... niatnya balik dialysis tadi nak buat kueh vadeh sebab dapat resepi dari blog... hmmmmm... kena simpan ajerlah kacang dhal itu sampai esok... minta-minta eloklah lagi....)

Sakit lah pulak...

Sejak semalam akak dah terasa sakit kat dada ni. Nak bergerak dan kalau nak bernafas pun sakit.
Tapi akak sangkakan biasa-biasa je...(angin), kejap nanti okaylah kot..

Sakit ni hinggalah pagi ini. Bertambah-tambah sakit. Bayangkan kalau nak tarik nafas pun sakit, kan payah tu...

Pagi tadi baru berani bukak mulut kat suami. akak dah bayangkan kalau nak kena x-ray, kot-kot ada air bertakung kat paru-paru, kena tebuk nak keluarkan air... Hish.. tak sanggup... akak dah tak sanggup...

Mahu tak mahu bagitau jugaklah kat suami. Dia ambil Oxy meter, lihat oksigen level bagus... Katanya cuba makan panadol 2 biji. Ikut jer arahan doktor...

Katanya mungkin 'muscle' yang sakit tu.... Kadang2 kita tidur, bergerak ikut suka tanpa sedar..

Alhamdulillah. Sakitnya kurang sedikit...

Tuesday, December 29, 2009

Resepi Ayam masak Ros.

Tadi masa akak buat entry juadah buka puasa, tak pulak akak letakkan resepinya... adalah beberapa pertanyaan bagaimana kekdah nak membuatnya...

Okay..

1 ekor Ayam - potong 16
10 biji buah tomato masak..
1 inci kunyit hidup - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
3 batang serai - di ketok
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di hiris halus
3 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
100 gm /5 sb butter cair
santan sepeket ( RM1.50)
4 sb cili kisar
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
Asam gelugor/keping

Cara membuatnya:

Ayam di perapkan bersama kunyit hidup/halia/garam dan bawang putih. Ketepikan.
Bawang besar yang dihiris di goreng dalam minyak yg agak banyak. Selepas di toskan, ambil minyak sedikit untuk di tumiskan cili kisar. Bila cili dah masak, ketepikan.

Dalam periuk berasingan panaskan butter. Masukkan bawang putih yang dihiris halus. Masukkan serai yang di ketok. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Masukkan ayam yang di perap.

Tutupkan periuk. Biar ayam itu separuh masak. Sambil tu kacau-kacau ayam biar tak melekat kat periuk.

Masukkan santan pekat. Masukkan juga cili yang di tumis tadi.
Masukkan buah tomato yang di potong 8. Masukkan asam keping juga. Tutup periuk.

Masukkan bawang besar yang di goreng awal tadi...

Rasa. Tambahkan garam

Enak di makan bersama-sama roti peranchis dan nasi minyak.


Inilah bahananya tak pernah masuk dalam buku resepi... Asyik mengingat. Untung guna komputer... boleh turun naik ikut suka...
Selamat mencuba.... :-)

Lauk Buka Puasa Hari ini....


Agar-agar limau sebenarnya... tersebut apel lak...

Ayam masak Ros...

Udang buat sambal tumis petai


Agak sibuk juga akak hari ini. Sejak semalam dah berniat nak puasa.. tapi malam tadi baru teringat nak buat segala-galanya hari ini.... Bangun pagi, berbelah bagi hati, nak puasa ke... nak call marina, ella pergi minum pagi?... Macamana?.. Gitu-gini pikir hinggalah dah nak masuk makan tengahari...

Akhirnya, ajak Qeeb bersiap-siap ( Selagi tak nampak Qeeb siap-siap dan mandi.. akak masih duduk mengadap laptop...) Aisyah baru bangun tidur pun kena angkut sekali... Mandikan Aisyah dan pakaikan baju... ( Kata akak tadi kan akak banyak kerja nak kena buat... akak ceritalah satu-satu biar jadi banyak...) Bila dah siap semua, akak pun turun bawah...

Sampai sekolah pertama, iaitu sekolah Qeeb. Membeli buku-buku rampaian. Selesai kat sekolah Qeeb, kena singgah sekolah Aisyah... nak kena tukar seluar sekolah yang agak tersangat besar... Selesai sekolah Aisyah... Pergi sekolah kakak... selesai sekolah kakak pergi sekolah Ain... semuanya akak hanya suruh Qeeb yang keluar pergi beli, akak dan AIsyah duduk dalam kereta.
( Apasal lah akak bawa Aisyah?... Dia dari mula keluar rumah, tak jejak tanah pun... )

Pergi Farmasi... selesai Farmasi singgah kat tepi jalan beli jambu potong.. kemudian pergi kedai runcit beli barang-barang nak masak. Hajatnya nak masak ayam ros... Qeeb minta khas kerana dah lama akak tak masak. Resepi ayam ros ni akak dapat dari kak wan semasa akak duduk pulau pinang. Kami sering bertukar resepi...( Kak wanlah yang selalu bagi resepi... akak tukang tukar resepi...)

Balik dari kesemua tempat tadi tiba rumah, tengok ayam yang tinggal untuk buat ayam ros bukan bahagian peha dan kepak kebanyakannya bahagian dada... Pakai balik tudung ( termasuk dalam kerja yang banyak berlambak jugak...) start kereta.. zooommm pergi kedai... Beli ayam lagi dan balik terus masak...

Selesai masak teringat ada lagi 2 lauk nak masak. Hari tu Fa dok tayang sambal udang dengan petai... hari ni harus buat. Lepas tu untuk acarnya akak suka nak buat acar timun, nenas dan tomato....

Kalaulah rajin dan terlebihlah vitamin rajin dalam badan untuk berbuka akan ada bersama-sama ialah agar-agar apel dan chekodok ikan bilis...... okay.... dah mula bancuh tepung buat shekodok.. dan panaskan agar-agar segera buat agar-agar..

Ada sesiapa yang jalan arah ke Bangi?.. Jom berbuka puasa bersama-sama.......

Dah lama.....

Sejak akak dah di perkenalkan pada alam 'blog'... setiap masa akak akan mengadap laptop.. Bila semua orang dalam rumah ni dah ada laptop sendiwi, akak lagilah hanyut dalam alam blog akak. Selalunya akak akan menonton TV bersama-sama suami dan kami akan berebut-rebut nak menonton movie ke... tapi suami kadang-kadang suka history channel. Olehkerana akak sejak 4 bulan ni sibuk dengan dunia blog, TV dah tak penting bagi akak. Suami akak cukup seronok. Bila-bila saja dia nak tengok History channel, takda yang nak berebut tengok Hallmalk ker.. Star Movie ke HBO ker...(Biasalah.. akak kan suka tengok Based On True Story.......)

Entah macammana, malam tadi akak terpasang channel movie. Ada satu cerita ni lakonan Tommy Lee Jones dan Josh Brolin." No country for Old Man "... tengok sikit demi sikit lama-lama best pulak... Suspen dari mula sebab Josh Brolin kena kejar dengan pembunuh upahan... Kita pun dibawa tension sama bila pembunuh upahan dah hampir-hampir dapat nak bunuh Josh Brolin.....

Suami akak mulanya risau jugak sebab akak dah mula tengok movie dan dia asyik nak tengok cerita tu bila habis... lama-lama lepas solat, dia pun join tengok.....
Tapi.....
.
.
.
.
.
.
.

Ending cerita tu buat tak berbaloi tunggu.....

Huhhhhh.... kalau akak tahu... akak tak mahu tengok cerita ni.......
( Kalau kat india... depa dah bakar panggung ni... macam cerita Dil Se... depa marah sampai bakar panggung....)

Monday, December 28, 2009

Nasi Lemak.

Dengan bangganya akak nak beritahu di sini, dah cukup seminggu akak tak beli nasi lemak...
Akak mencuba dan berjaya melepasi waktu selama seminggu tanpa menyentuh nasi lemak...
Seronoknyer...

1. Tak perlu buat muka kesihan bila nak order nasi lemak kat seksyen 7 tu...
2. Tak perlu sakit hati bila penjual dulukan orang lain walhal akak sampai dulu....
3. Taklah menyimpang ke seksyen 7 dan taklah lambat nak sampai hospital....

banyak tak perlu.... lega......

Fa,
akak nak cuba sampai sebulan tak makan nasi lemak....
fa ingat, berjaya tak?........

Sunday, December 27, 2009

Berbuka di rumah SIL.

Hari ini akak, suami dan qeeb berpuasa sempena 10 Muharram. Sepanjang hari kami memang tertidur sahaja. Selesai solat Asar, barulah kami bersiap-siap untuk ke rumah SIL di Jalan Templer, Petaling Jaya. SIL membuat kenduri kesyukuran sempena selamat berkhatan anak lelaki sulungnya Mohd Ayman yang juga dikenali sebagai Tan Hong Ming.

Sesampainya kami di sana lagi 10 minit azan maghrib akan berkumandang. SIL menyediakan juadah untuk berbuka manakala suami akak pergi solat berjamaah di Masjid Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer.

Sementara menantikan ketibaan adik beradik belah suaminya dan belah SIL kami sempat merasa juadah makanan yang disediakan. Juadah istimewa pada malam ini ialah Nasi Maghlubah. Dimakan bersama-sama kofta daging kambing dan ayam yang di masak sekali dengan nasi tersebut. SIL juga menyediakan kuah dan acar buah yang menjadi padanan nasi maghlubah tersebut. Kuih pencuci mulut seperti kueh genggang (lapis) dan karipap juga disediakan sendiri oleh SIL.

Selesai bacaan doa, majlis makan-makan pun bermula. Akak yang tadinya sudah menjamu selera dengan mee goreng (my feberet) merasa agak kekenyangan. Walaubagaimanapun habis juga sepinggan nasi Maghlubah dimakan oleh akak.

Gambar akan akak ambil dari FB SIL.

Saturday, December 26, 2009

Pergi kenduri..

Sejak malam tadi, akak sudah di beritahu mengenai majlis perkahwinan anak kawan baik kak Ani iaitu kak Nora. Sewaktu anak-anak kak Nora masih kecil dan semasa masih tinggal di Taman Bunga Raya, kami sering berkunjung kerumahnya pada hujung minggu untuk menziarahi kak Nora yang baru dikurniakan cahayamata. Anak sulung kak Nora yang majlis perkahwinannya berlangsung hari ini sangat-sangat kami geram sejak dari bayi lagi. Kami sering juga berkunjung kerumah kak Nora untuk bermain dengan anak sulungnya. Kak Nora di kurniakan dengan 3 orang cahayamata kesemuanya lelaki.

Bangun untuk solat subuh, terus akak menalipon suami akak untuk meminta kebenaran turut bersama kak Ani ke majlis perkahwinan Afiq anak kak Nora. Suami memberi kebenaran dengan pesanan jangan banyak minum air.

Selesai solat subuh, akak mengajak Qeeb untuk bersama-sama akak ke majlis perkahwinan kerana tanpa teman, memandu untuk jarak sejauh itu agak membosankan. Sebaik memeriksa badan Aisyah pun dah kurang demamnya, akak pun turut mengejutkan Aisyah untuk dibawa bersama. Selesai mandi dan berpakaian, kamipun bertolak dari rumah melalui jalan Lebuhraya Damansara Puchong.

Sepanjang perjalanan memang lancar tetapi sebaik tiba di persimpangan Taman Tun Dr Ismail, keadaan lalulintas menjadi agak sibuk walaupun hari ini adalah hari cuti.

Aisyah yang duduk bersendirian di bahagian belakang kereta, tidak pula tertidur sepanjang perjalanan. Cukup baik tingkahlakunya.

Bagai dijanjikan sebaik akak tiba di persimpangan ini, kak Ani menalipon bertanyakan kedudukan akak berada sekarang.

Olehkerana sejak dari bangun pagi akak anak beranak masih belum bersarapan, tiba di Taman Tun Dr Ismail, kami terasa sangat lapar. Akak mengajak anak-anak singgah bersarapan pagi di restoren yang berdekatan. Sudah rezeki kami, dalam keadaan kesibukan tempat parking kereta, ada pula satu ruang di hadapan kedai bagai menanti untuk akak meletakkan kereta.

Masuk sahaja kedalam kedai terus kami memesan makanan. Qeeb lebih berminat untuk makan mee hoon soto.

Akak pula yang sudah berjanji tidak akan memakan nasi lemak memesan sayur goreng lodeh kering. ( Walaupun nasi lemak dok menggamit akak mengambilnya... tidak..akak berpegang dengan janji...)

Sambal sotong kering dan lontong....

Selesai makan, baru teringat nak ambil gambar depan kedai... Inilah restoren yang menyajikan masakan Johor di Taman Tun Dr Ismail.

Setibanya di rumah kak Ani, kami bergegas ke Seri Pentas TV3 untuk menjemput Zuraida yang menunggu kami disana. Selepas mengambil Zuraida di seri Pentas, kami meneruskan perjalanan kerumah kak Nora di Kampong Sungai Pelong, Sg Buloh.

Ketibaan kami yang agak awal ke majlis tersebut memberi kami banyak masa untuk berbual-bual. Qeeb yang sebaya dengan anak bongsu kak Ani, Afiona tidak melepaskan peluang berbual-bual mengenai hal-hal remaja.


Kak Ani tidak melepaskan peluang mengambil gambar sekitar majlis kenduri.

Dua beradik kembar tak seiras yang telah lama bersahabat tidak melepaskan peluang untuk bergambar berdua..


Pada mulanya kami ingin menunggu sehingga pengantin selamat bersanding tetapi melihatkan cuaca agak mendung, kami meminta diri pulang lebih awal. Kak ani yang menalipon kak Nora selepas itu memberitahu bahawa hujan turun sebaik sahaja pengantin tiba dan sedang bersanding. Hmmm... syukurlah kami sudah selesai tunjuk muka dan makan-makan.


Makan Kenduri...

Akak sejak sakit selalu tak dapat pergi kenduri kawin. Baru ni kakak akak ajak pergi kenduri kawan baiknya yang dah lama kami kenal. Anak kawannya yang kawin tu, masa kecil dulu kami biasa jumpa... memang comel dan cute. Bila dengar dia dah nikah dan hari ni kenduri dia, teruja juga akak nak pergi. ( Huishh.... dah terasa makin berusia.... sebab budak yg kecil tomei dulu dah kawin....) Pagi-pagi lagi akak dah call suami minta kebenaran nak pergi kenduri...

Patutnya pagi ini akak bersama-sama kak cik berjumpa lagi pada perjumpaan blogger bersama Mazidul di FRIM. Suami akak tiada dan anak-anak tiga-tiga demam tak dapat nak bawak. Kalau dah pergi FRIM tentunya untuk mandi manda juga... Badan demam, macammana nak enjoy... maka tak dapatlah kami pergi.

Kenduri kawin ni, akak cuma bawa Aisyah dan Qeeb. Setakat ni, Qeeb belum demam lagi... ( Orang kuat akak lah kiranya ni...)

Laporan/gambar akak menyusul malam nanti....

Friday, December 25, 2009

Macam-macam rancangan.

Pagi ni akak tiba awal sikit dari biasa untuk dialysis. Suami akak takda makanya akak memandu sendiwi ke hospital. Sebagai peneman, akak bawa qeeb bersama-sama. Hajat dihati nak jalan-jalan ke BBSalak Tinggi. Tapi selepas dialysis, B/P agak rendah dan akak tak berani nak merayap kemana-mana. Singgah Warta dan Qeeb turun singgah beli simkad yang baru dan kemudian kami ke seksyen 4 untuk menjamu selera. Tekak akak teringin nasi kandar... Kalau kat Penang, seminggu sekali akak, Intan dan Ani akan ke bandar Georgetown untuk pekena nasi kandar special. Mungkin kerana dah terbiasa, bila duduk Bangi ni, akak singgah jugak makan nasi kandar di mana-mana yang dirasakan sedap pada tekak.

Tadi akak tidak rajin mencari lauk yang tertentu, akak teruskan juga makan di satu kedai ni. Apa yang biasanya menjadi penarik kedai nasi kandar adalah lauk-lauk seperti telor sotong, telor ikan dan goreng peria tak ada... Hmmm hampa betul. Tapi mujurlah kari dan pappadom ada... Lauk feberet akak yang selalu akak cari di kedai nasi kandar ialah telor ikan. Kalau Nasi Kandar Kg Melayu, ayam kicap dia memang special setelah nasi tersebut basah dengan kuah semua taruk.

Bila kita dah pernah merasa yang sedap, sering teringat-ingat. Antara yang sedap nasi kandar di Penang ialah di Nasi kandar depan 7 Eleven Gelugor, Nasi Kandar Kg Melayu, Nasi Kandar belakang Maybank, ..... Bilalah nak ke Penang lagi ni?...
( Harus sebelum sekolah dibuka... harus akak mahu ke Penang... windu.... pagi-pagi mesti pekena mee sup di Pasar Tun Sardon, Tengahari pekena mee goreng mamak kat Rope Walk, petang pekena oyster telor kat Astaka dekat jeti, malam pekena nasi kandaq kat Restoren Hamidiah... eh tak buleh... silap......
Tengahari pekena nasi kandaq Kg Melayu.... lepas tu mee goreng mamak kat rumah mak mertua intan Ayer Hitam pun kena makan jugak... Habis tu makan tengahari kat sebelah maybank gelugor?...Nasi kandaq kat Jln Queen Street tu?..
Dah pening.... Tolong...tolong.... Tak tahu mana satu...)

P.S. Nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang restorennya setentang dengan honda showroom, ada lagi tak?.... sesiapa boleh bg maklumat?... Akak nak pergi serang lah...

Thursday, December 24, 2009

Apam gula merah.

Nampak memang tak begitu mengancam.... tapi rasanya apam gula merah juga...


Sejak dari kecil akak memang suka makan kuih apam gula merah.
Arwah emak akak sering membuat apam ros dan apam gula merah.
Dua-dua akak suka.
Tapi sejak dah tua ni, akak lebih suka apam gula merah.

Bila cari dalam blog, ada resepi apam gula merah.
Dari hari ke sehari nak mencuba tapi tak buat-buat.

Tengahari tadi teringin nak buat kek rasanya... dah keluarkan buttercup sebuku sampai lembut letak kat atas kabinet, ehhh... tiba-tiba teringin nak makan apam gula melaka lah pulak.

Tengok resepi, semua bahan ada kat rumah. Tak perlu keluar mencari segala.
Terus panggil pembantu, Qeeb. Akak sediakan yis dan gula merah. Qeeb sukat tepung dan ayak tepung.

Selesai semua, terus bancuh....

Ikut sukatan betul2. Rupa-rupanya seelok-eloknya tambah lagi gula sampai 1 cawan baru manis. Rasanya kurang sikit manis... tapi lembut dan gebu. Sedap...

Sebaik masak, terus potong, itu yang terburai jadinya. Yang penting rasa. Hasrat nak buat apam gula merah dah terlaksana.......

Alhamdulillah. Dapat juga masak apam gula merah. Puasnya hati....

P.S. Kalau ada sesiapa yang arah ke Bangi, jemputlah singgah... boleh jugak akak hidang apam gula merah yang pertama kalinya dalam hidup akak, akak buat dan secawan nescafe o atau teh tarik....

Manusia...

Tengahari tadi selepas selesai buat dialysis, kami bertolak ke arah LDP untuk menziarahi kakak yang sedang sakit di Hospital Pakar Damansara. Jalan raya yang agak sibuk melambatkan lagi perjalanan kami. Sebelum sampai di hospital tersebut, kami menjamu selera di P...pa...ch. ( Takut nak sebut... Fa sedang berdiet...).

Setelah pewut pun kenyang, kamipun meneruskan perjalanan ke Hospital. Tiba di Hospital, tunaikan solat zohor. Akak memang selalunya selepas dialysis melambat-lambatkan solat zohor kerana darah dari kesan cucukan jarum dialysis masih mengalir keluar...
Selesai solat, kami pun naik ke tingkat 4 menuju kebilik beliau.

Setibanya di sana, lihat kakak akak tu sedang menantikan kedatangan akak yang berjanji sejak pukul 200 nak datang. Salam gitu gini, beliaupun menceritakan bagaimana kesakitan yang beliau alami. Laporan doktor, segala ubat-ubat dan filem scan semuanya ditunjukkan pada suami akak sebagai mendapatkan 'pendapat kedua' mengenai penyakitnya. Setelah diterangkan oleh suami akak, dia pun nampak lega kerana penerangan yang diterima dari doktor merawat sama dengan yang diterangkan oleh suami akak.

Olehkerana kesakitan sudah berkurangan dan memikirkan mempunyai anak yang sedang bercuti dirumah, kakak akak pun meminta kebenaran doktor untuk pulang dan berehat di rumah. Kedua-dua orang anak daranya turut sama menemankannya di hospital sudah ingin berehat dirumah kerana suasana dirumah lebih selesa. Kakak akak pun merasakan kesihatannya lebih baik dari hari mula-mula beliau dimasukkan disitu.

Sebelum akak pulang, kakak akak sempat menceritakan masalah yang dihadapinya. Dia percaya masalah kesihatan yang dihadapinya mempunyai kaitan dengan ilmu hitam. Telah berkali-kali beliau merujuk kepada orang bijak pandai dan alim ulama, dan jawapan yang diberikan kebanyakannya sama. Dia sedang di serang secara ilmu halus yang terdiri dari ilmu siam/sakai/orang asli. Sudah agak lama dia cuba melawan tapi masih belum berjaya... Berbagai usaha yang cuba dilakukan masih buntu.

Akak pun tak pandai nak menerangkan tentang hal ini. Tapi akak pernah melihat bila perkara ini terjadi pada seseorang maka keadaan rumahtangga orang yang dianiayai itu porak peranda.
Hanya Allah saja yang dapat membalas perbuatan jahat orang-orang yang berniat jahat sehingga sanggup mengguna ilmu hitam dan kotor.

Kepada pengamal ilmu hitam tersebut... ingat-ingatlah kita semua akan mati. Hidup di dunia ini sementara sahaja. Kemenangan yang kita sangkakan kejayaan itu bukanlah kejayaan yang hakiki. Semuanya permainan syaitan. Hidup yang kekal adalah di alam akhirat nanti.

Selepas ziarah kakak, jam menunjukkan pukul 600 petang, kami menunaikan solat asar dan beransur menuju ke One Utama. Handphone akak batewinya habis kerana semasa akak sedang dialysis tadi akak rancak sungguh berbual dengan zuraida. Jika tidak, boleh akak menghubungi mimi (Ms Lilies) untuk menunaikan janji yang tertangguh.

Suami ajak solat maghrib dahulu dan kemudian baru dinner. Selesai solat maghrib, kami terus menuju ke TGIF buat kali kedua. Pengalaman pertama kali makan di TGIF dahulu, lebih kurang 12 tahun dahulu semasa TGIF baru dibuka di Bangsar Shopping Complex. Masa tu kami cuba makanannya tidaklah sesedap mana tapi sejak akak suka buka blog orang yang JJCM ke TGIF dan beritahu menunya sekali... kami pun mencuba. Hmmmm..... (Tak boleh nak letak gambar sebab dah janji dengan Fa...) sedap... lainkali boleh cuba lagi.

Wednesday, December 23, 2009

Bicara kereta...

Suami : Kereta ni memang power.. ada yang memandu 50 ela saja dah dapat rasa kereta ni memang best... bila dia bertukar bawa porche, rasanya porche tu lagi berat.. kereta ni ringan betul...

Isteri : Kereta ni ada V6?

Suami : Ada...

Isteri : ABS Brake?...

Suami : Iyer...

Isteri : Semua brake guna disc?...

Suami : Iyer... (makin seronok sebab ada member nak bincang hal kereta..)

Isteri : 6 valve lah.... berapa c.c?

Suami : 3.5 cc

Isteri : Mahalnya road tax dia nanti..

Suami : Kita save lah...

Isteri : Perdana ni pun V6 kan...

Suami : Yer....

Isteri : Perdana ni pun ABS, 4-4 guna disc...?

Suami : Iyer....

Isteri : Kereta tu samakan 4 tayar....

Suami : Hmmm??......

Isteri : Yang .... V6 tu aper yer...????..

Suami : @#$$^^&*&^^%%$$#@#$%


Suzana

Pagi tadi sedang dalam perjalanan ke dialysis, buka radio lite fm.... tiba-tiba keluar lagu
suzana... suzana... i'm crazy loving you.....

Maka teringatlah akak pada tahun lagu itu popular.... Lagu kan boleh mempengaruhi minda kita untuk rasa sedih, seronok... teringatlah kenangan yang berlaku pada tahun itu....

Nyanyiannya bersahaja.. rentaknya yang menarik.... relax kita dengar... boleh ketawa juga bila dengar senikata lagunya....

Akak masa dengar lagu tu, pernah nak tukar nama sebab banyak lagu guna nama suzana...
tapi bila pikir semula " apasal nak tukar nama segala.... banyak nama lagu guna nama perempuan... macam Zuraida.. Fatimah... Suraya... Musliha..... takkan asyik-asyik nak kena pergi jabatan pendaftaran tukar nama...."

Tapi,
bila dah berumur begini.... nama ini dan lagu ini yang seringkali akak dengar tanpa jemu...

Sumayyah nyanyian Hijjaz

Kalau dengar boleh nangis....

( akak nak tukar nama jadi sumayyah lah.....)


Tuesday, December 22, 2009

Dating ngan Kalsom...

Memang bila ada kesempatan akak memang suka berdating sekarang ni. Macam nak ganti masa yang akak terkurung kat hospital lama dulu... Datang hari selasa/Khamis/sabtu/ahad... akak mulalah mengajak kawan-kawan lama/baru berdating...

Hari ni akak berdating dengan kawan lama iaitu Carl som.. ( Sedaplak eja macam tu... Jangan marah ya Carl som ). Kami berjanji nak pergi steam bath. Selalunya akak buat steam bath sowang-sowang... boringlah sowang-sowang... kebetulan minggu ni Carl Som sengaja ambil cuti nak berehat sebelum memulakan kelas tahun hadapan... (kejap dah nak tahun baru...) akak mengajak dia berdating... dia setuju dan kami pun berjumpa di rumah akak sebelum sama-sama ke Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya.

Setiba di sana, terus daftar dan memulakan routine dengan ambil shower dahulu kemudian masuk kedalam bilik steam bath. Hmmm... duduk berborak-borak dari satu cerita hingga satu cerita. Akak dah berkali berbual dengannya tapi ada juga perkara yang akak lupa nak tanya jadinya masa kami duduk mengeluarkan peluh tu, kami pun berbual-bual.... ( Pompuan.. cerita berkisar tentang dot..dot..dot... kenapa dot..dot..dot.. katmana dot dot dot... macammana dot..dot.. dot..) Jadinya macam-macam dot..dot..dotlah kami bertukar-tukar maklumat dot..dot..dot... ( Kalau kat TV, penapis filem akan membuat dialog tu jadi tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit..)
maknanya oranglain tak boleh dengar....

Alih-alih tengok jam dah dekat pukul 300 petang. Ish ish ish.... tak perasan masa berlalu. Sedap nya kami berdot..dot... tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit.... Kami segera mandi dan mengemaskan diri ( solek menyolek....) kemudian naik ke tingkat satu untuk solat. Selesanya surau yang disediakan oleh pihak Hotel. Akak puji betul.... ( Lupa lak nak ambil gambar... tapi akak akan pergi lagi, nanti akak tunjukkan...)

Selesai solat kami pun pergilah makan kerana perut memang betul-betul lapar. Bila kami timbang, memang ada perubahan. 1/2kilo air dalam badan kurang semasa steam bath. Bagus tu untuk akak....

Carl som, thank you... menemankan akak buat steam bath hari ni... U cuti lagi, kita berdating-dating lagi yer.....




Monday, December 21, 2009

Azam.

Maka mulai hari ini akak berazam dengan bersungguh-sungguh ingin memberhentikan tabiat makan nasi lemak. Berat akak dah naik mendadak... 4 bulan dulu 49kg... sekarang dah naik 60kg... sebab nasi lemak....

Jahatkan tekak akak ni. Mesti nasi lemak. Pantang dengar ada nasi lemak sedap orang mentioned. Berkejar akak pergi cari. Hari tu masa hantar kereta servis di Jalan Chan Sow Lin, balik dari hantar servis tu kami baca paper star ada ulasan nasi lemak chan sow lin, punyalah menepuk dahi sebab kami tak baca awal-awal.. suami menyalahkan akak kenapa tak baca pagi-pagi sebelum hantar servis, akak menyalahkan suami sebab masa tu belum beli suratkabar pun....( Bayangkan bahana nasi lemak.. untung tak bergaduh baling periuk bagai...)

Kalau dah pekena nasi lemak masa sarapan, patutnya bolehlah skip lunch.. eehhh tidak... suami ajak lunch, sanggup ajer... ( Kadang heran akak... akak ke makan ... ker?..dot..dot..dot...) Macam pagi tadi lagi haru... pagi memang kami tak beli nasi lemak... akak kirim beli mee hoon letak sambal sotong pada bibik ah kong sebelah akak ( teman senasib - dialysis ), makan.. habis mee masih tak kenyang... kirim bibik belikan pau 2 bijik.... habis jugak.... Lunch, suami ajak makan kat P..pp.r.ch..( tok leh sebut... fa merajuk kat akak nanti...) akak dalam perjalanan dah rancang nak order nasi ayam... ehhh.. alih-alih pergi ambil nasi lemak. Habis nasi lemak, rasa nak mengamuk sebab kenapa akak mesti ambil nasi lemak.... kenapa?...

Kalaulah dapat ayat doa ke ape ker... akak nak amalkan biar akak boleh lupa ambil nasi lemak. Akak tak mau lah doa biar tak de selera sebab akak dah rasa siksa bila takda selera dulu. Badan letih, perut lapar... macam-macam makanan suami akak belikan, tak lalu jugak... akak cuma nak biar akak tak suka nasi lemak.

Saja akak tak letak gambar nasi lemak dan tajuk nasi lemak sebab takut nanti akak tak boleh nak tulis entry ni...

Berjaya... yeah...

Untuk pertama kalinya akak berjaya...
kejayaan pertama tahun baru hijrah...
buat julung2 kalinya...
akak berjaya...

tidak beli nasi lemak untuk sarapan...
tapi...
akak beli mee hoon goreng beserta sambal sotong
rasanya biasa-biasa saja....

habis makan mee hoon dan sambal sotong...
tak kenyang-kenyang lagi
kirim dengan sri..
belikan pau daging
2 ketul...
niatnya nak beri sri...
tapi... sri dah kenyang makan nasi

apalagi.... habis dua-dua akak makan...
akak kan tak suke membazir....

harus,
esok akak beli juga nasi lemak....


Sunday, December 20, 2009

Akhirnya..............


Pagi tadi, bangun tidur akak terasa nak bergolek-golek lagi. Aisyah yang seperti selalunya menjadi 'belanda mendapat tanah' masih tidur nyenyak disebelah akak. Dalam pada itu, handphone berbunyi-bunyi suara Aisyah yang telah akak rakamkan berbunyi... " Bukak sms..bukak sms...."

Sms dibuka dan mesej dari kakcik. Hmm kakcik sedang menunggu didalam kereta sementara cik abangnya masuk kedalam pasar Cho Kit mencari ikan, sayur, daging dan bekalan untuk seminggu. Kami dok balas-balas sms dan akhirnya bersetuju untuk bertemu setelah banyak kali mencuba hendak berjumpa tapi belum dijodohkan oleh Allah s.n.w.

Selesai mandi-manda.. kami suami isteri pun terus keluar rumah dan menuju ke Kg Baru. Perjalanan hanya mengambil 30 minit. Kakcik dan suami telahpun berada di tempat yang dijanjikan. Tiba di gerai nasi lemak kak syam, terus dapat tempat dan terus memesan makanan.

Sambil menjamu selera, kami bercerita. Rupa-rupanya, dalam dunia yang luas terbentang ni... suami kakcik iaitu abang mus mengenali saudara akak. Memang terkejut juga akak... Keramahan suami kakcik dan pandai berceritanya membuatkan suami akak pun suka berbual-bual dan perjumpaan pertama kalinya mereka seolah-olah telah lama berkenalan. Seperti kata kakcik.. kami yang dahlama berbual dalam alam maya ni pula yang seolah kehabisan idea nak bercerita kerana banyak berbual dalam alam maya.

Kak cik terkejut juga bila lihatkan nasi lemak yang di hidangkan begitu banyak. Tapi pada akak, dengan keseronokan berjumpa kakcik dan berbual mesra dengan suami kakcik, tak sedar nasi yang awalnya akak minta double. cepat sangat habisnya.... ( Bahaya ni... takut bukan akak sowang-sowang yang makan...)


Lihat sajalah gambar ini. Suami kakcik memang seorang yang mudah mesra.. gemar bercerita.. apapun topiknya.. ada saja bahannya. Bertuah betul kakcik dapat suami begitu.

Suami akak pun begitu orangnya. Kalau dia jumpa orang yang tak pandai berbual, sedikit sebanyak dia rasa tak seronok jugak. Ialah bila sepatah tanya, jawap sepatah....
Kita ni kan dari golongan peramah...

Sempat bergambar berdua depan kedai nasi lemak kak sham. ( Fa,... akak dah dapat jumpa kakcik.. nanti kita bertiga cuba nasi lemak Papparich pulak....)

Selesai berbual bila tuan punya kedai dah nak tutup kedai... kalau dia bukak sampai pukul 300 petang pun harus kami tunggu hingga pukul 300 petang. Maka haruslah kami menghentikan perbualan dan berpisah. Kak cik dan suami menghadiahkan kami beras special dari Bario Serawak tetapi maaflah kakcik, tak dapat pula nak bawa apa-apa. Tapi, kami berjanji akan jumpa lagi dan ini bukanlah pertemuan akhir..... ( Fa.... jangan jelezzz naaa... akak dapat jumpa kakcik dulu dan lebih selalu. Kan kakcik kan...????....)

Dalam perjalanan pulang dah terlanjor ada di Pusat bandar, maka dengan perasaan yang terpaksa ( dan seronok ) dan oleh kerana tak pernah masuk ke Pavillion... kamipun melencong ke sini... Memang benar bagai yang digambarkan. Pusat membeli belah yang banyak kedai makan antarabangsa....

Sebelum itu kami perlu menunaikan solat zohor agar nanti bila nak menyopping tidaklah terkejar-kejar. Mencari arah surau dalam Pavillion tidak sukar. Ada dua aras yang disediakan surau.
1. di B2 (basement 2)
2. di tingkat 05.
Kami memilih di tingkat 5 kerana mengikut lojik, selalunya surau di basement depa buat ala kadar sahaja.... Kami ambil lif hingga ke tingkat 5 dan cari arah ke surau.
Akhirnya ternampak tanda ini di pintu masuk surau...

Masuk saja mengikut arah ini, jauh di dalam suraunya. Cantik tempat ambil wuduqnya dan cantik kemas suraunya. Selesa....

Selesai solat, kami merayau-rayau melihatkan barang-barang yang ingin di beli kemudian hari nanti...
Jam menunjukkan pukul 245 petang... kamipun turun ke Carl Junior untuk pekena Burger Portabello yang sungguh sedap rasanya.... dengan cendawan shitakenya dan juga coney dognya yang dipanggil chilli dog. Memang puas hati...

Fries Carls Junior memang sedap... rasanya lembut dan segar berbeza dari fries yang dijual di Mc D dan KFC. Suami akak memang cukup suka fries Carls Junior.

Portobello Burger...

Selesai mencuci mata di sini, kami pun pulang.

Saturday, December 19, 2009

Hari Keluarga Wargakerja Jabatan Kardiologi Hospital Serdang.





Boss Jabatan Kardiologi telah bersetuju untuk meraikan wargakerja Jabatan Kardiologi di Desa Waterpark pada Hari Sabtu, 19hb Disember 2009.


Kami sekeluarga turut menyertai.


Boss dan anak buah sedang memotong kek sempena ulangtahun ke lima Jabatan Kardiologi Hospital Serdang di tubuhkan.

Boss sedang meraikan bakal doktor pakar jantung di Hospital Serdang. Dr Dani.....
Buahati permata jantung Sister Rozi...


Anak boss sedang berlumba untuk memasukkan air di dalam botol...

Anak ketiga boss sedang berlari memasukkan air kedalam botol.

Boss sedang merakam aksi-aksi warga kerja Jabatan Kardiologi.

Anak kedua boss sedang melambung belon.

Sebahagian para doktor dan staff nurse dan MA sedang berusaha menarik tali di dalam air.

Dr. Chong sedang menggunakan kemahiran dan kekuatan untuk kekal terapung.

Dr. Annam juga sedang berusaha keras untuk memastikan diri tetap terapung.

Boss sedang menantikan untuk upacara penyampaian hadiah. Keputusan sedang dalam perjalanan.




Hamster nak makan...