Setelah pewut pun kenyang, kamipun meneruskan perjalanan ke Hospital. Tiba di Hospital, tunaikan solat zohor. Akak memang selalunya selepas dialysis melambat-lambatkan solat zohor kerana darah dari kesan cucukan jarum dialysis masih mengalir keluar...
Selesai solat, kami pun naik ke tingkat 4 menuju kebilik beliau.
Setibanya di sana, lihat kakak akak tu sedang menantikan kedatangan akak yang berjanji sejak pukul 200 nak datang. Salam gitu gini, beliaupun menceritakan bagaimana kesakitan yang beliau alami. Laporan doktor, segala ubat-ubat dan filem scan semuanya ditunjukkan pada suami akak sebagai mendapatkan 'pendapat kedua' mengenai penyakitnya. Setelah diterangkan oleh suami akak, dia pun nampak lega kerana penerangan yang diterima dari doktor merawat sama dengan yang diterangkan oleh suami akak.
Olehkerana kesakitan sudah berkurangan dan memikirkan mempunyai anak yang sedang bercuti dirumah, kakak akak pun meminta kebenaran doktor untuk pulang dan berehat di rumah. Kedua-dua orang anak daranya turut sama menemankannya di hospital sudah ingin berehat dirumah kerana suasana dirumah lebih selesa. Kakak akak pun merasakan kesihatannya lebih baik dari hari mula-mula beliau dimasukkan disitu.
Sebelum akak pulang, kakak akak sempat menceritakan masalah yang dihadapinya. Dia percaya masalah kesihatan yang dihadapinya mempunyai kaitan dengan ilmu hitam. Telah berkali-kali beliau merujuk kepada orang bijak pandai dan alim ulama, dan jawapan yang diberikan kebanyakannya sama. Dia sedang di serang secara ilmu halus yang terdiri dari ilmu siam/sakai/orang asli. Sudah agak lama dia cuba melawan tapi masih belum berjaya... Berbagai usaha yang cuba dilakukan masih buntu.
Akak pun tak pandai nak menerangkan tentang hal ini. Tapi akak pernah melihat bila perkara ini terjadi pada seseorang maka keadaan rumahtangga orang yang dianiayai itu porak peranda.
Hanya Allah saja yang dapat membalas perbuatan jahat orang-orang yang berniat jahat sehingga sanggup mengguna ilmu hitam dan kotor.
Kepada pengamal ilmu hitam tersebut... ingat-ingatlah kita semua akan mati. Hidup di dunia ini sementara sahaja. Kemenangan yang kita sangkakan kejayaan itu bukanlah kejayaan yang hakiki. Semuanya permainan syaitan. Hidup yang kekal adalah di alam akhirat nanti.
Selepas ziarah kakak, jam menunjukkan pukul 600 petang, kami menunaikan solat asar dan beransur menuju ke One Utama. Handphone akak batewinya habis kerana semasa akak sedang dialysis tadi akak rancak sungguh berbual dengan zuraida. Jika tidak, boleh akak menghubungi mimi (Ms Lilies) untuk menunaikan janji yang tertangguh.
Suami ajak solat maghrib dahulu dan kemudian baru dinner. Selesai solat maghrib, kami terus menuju ke TGIF buat kali kedua. Pengalaman pertama kali makan di TGIF dahulu, lebih kurang 12 tahun dahulu semasa TGIF baru dibuka di Bangsar Shopping Complex. Masa tu kami cuba makanannya tidaklah sesedap mana tapi sejak akak suka buka blog orang yang JJCM ke TGIF dan beritahu menunya sekali... kami pun mencuba. Hmmmm..... (Tak boleh nak letak gambar sebab dah janji dengan Fa...) sedap... lainkali boleh cuba lagi.
Setelah berfikir sebanyak 2,3 kali, fa rasa kengkawan bolehlah kalau nak menyiarkan gambar apa jenis makanan pun. InsyaAllah rasanya jatidiri ni tak mungkin tergugat dgn gambar2 yang bakal ditunjukkan.
ReplyDeleteishhhh...tak terkesan punyer! (sambil menelan air liur!)
Sakam Adik..
ReplyDeleteselagi namanya manusia.. sifat2 negatif tetap ada dalam diri. Cuma, kita kena bijak untuk menanganinya agar tidak melarat. Semoga juga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia 'yang jauh dari mendapat hidayah'. Entah apalah kepuasan yang didapati dengan menyakiti orang lain, kan? :(
Fa,
ReplyDeleteakak takkan letakkan gambar lagi kecuali buah-buahan.... (rambutan boleh?...)
kakcik,
memanglah kakcik, apalah puasnya bila menyakiti oranglain dgn ilmu hitam... kitakan akan mati.. masa disoal ALLAH nanti segala perbuatan jahat kita, tak rasa takut ke? Inilah jadinya bila bersahabat dgn syaithan..... tertutup dari menerima hidayah dan rahmat ALLAH.
Salam AKAK.. saya ada pengalaman melihat kes terkena buatan orang ni. BONDA sudah berusaha, tapi Arwah Abang sudah sampai ajal juga.
ReplyDeletePernah cuba berubat di Darul Syifaa’?
azieazah,
ReplyDeleteDarul Syifaa' pun kakak akak dah pergi tapi masih belum dapat diubati... kata mereka bomoh syaitan yg mereka guna itu memang 'kuat'.
rupa nya banyak jugak orang yang punya phd ni...dalam zaman dan pemikiran manusia semakin maju ni ada juga orang yang masih memandang ke belakang...
ReplyDeleteAri ni akak tak berapa sihat...bangun je tidur akak tersedak dan muntah..badan jadi tak sedap..ni baru jer muntah dan anak akak tanya..mak mengandong ke...betul2 kureng asam budak ni...
kak ezza,
ReplyDeletecuba-cubalah pergi periksa doktor .. tengok tekanan darah tinggi ker... mudah-mudahan saya doakan tiada ada apa-apa yang memudharatkan....
Kalau muntah tu macam - angin ataupun perut tak berapa sedap... - food poisoning ker....