Tuesday, December 8, 2009

Kesibukan hari ini.

Kalau di Hilton, spa dan health club diuruskan Clark Hatch manakala disini diuruskan Equinox.

Locker untuk menyimpan khazanah berharga yang kita bawa...

Kolam Jacuzzi yang menyegarkan.. serasa badan di urut dalam air panas..

Bilik sauna...


Pagi ini, awal lagi akak dah kena bangun walaupun sedang cuti solat ABC (Allah bagi cuti) kerana akak menemankan suami tercinta menghantar kereta untuk servis di Kah Motor, Jalan Chan Sow Lin. Nak ceritanya.. nama Jalan Chan Sow Lin ni memang boleh buat akak dan suami tergelak besar. Kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu ketika MMR2 baru di gunakan. Ketika kami mencuba menggunakan lebuhraya MMR2, kami tak tahulah mana penghujungnya... bila akak tanya suami... lancar saja mulutnya mengatakan MMR2 menuju ke jalan Chan Sow Lin... sebenarnya dia nak menyebut Jalan Loke Yew... maka pakat tergelaklah kami mengenangkan nama Jalan Chan Sow Lin.

Daripada rumah akak, kami menuju ke Lebuhraya Seremban Kuala Lumpur... sampai sungai besi, kami mengambil kesas... dari kesas kami mengambil lebuhraya Mex (Maju Expressway...) terus keluar ke Kg Pandan dan ambil jalan Pudu ke Jalan Chan Sow Lin......

Setelah selesai urusan pendaftaran kereta, kami pun pulang bersama-sama menuju ke Hospital. Tapi sebelum tu kami singgah pula di restoren berdekatan dengan Besraya berdekatan dengan mines. Sarapan pagi dengan roti canai masin dan toseh telor... memang pelik rasanya... (Tak minat nak ambil gambar...)

Selepas menghantar suami ke Hospital, akak pun pulang kerumah mengambil qeeb yang perlu ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun.

Selepas itu, kami berdua pergi ke Hotel Equatorial Bangi. Akak ingin mencuba sauna dan steam bath disana.

Urusan pendaftaran yang mudah sahaja, akak pun terus menggunakan kemudahan yang disediakan. Nampaknya tempat ini akan menjadi tempat tetap untuk akak melakukan sauna dan steam bath dan jakuzzi. Kalau terlebih rajin boleh gunakan gymnasium dan jika sihat sepenuhnya boleh ajak suami main 'squash'. ( Kalau nak tahu, akak bekas juara squash dan tennis masa usia muda-muda dahulu... satu waktu dulu.....)

Masuk saja, akak salin pakaian, kemudian mandi gunakan shower.... kemudian masuk bilik sauna. Tunggu agak lama barulah peluh keluar... agak puas, akak keluar membasahkan badan di shower... lap badan.. masuk semula dalam sauna... Bila bilik stim dah sedia panas... akak shower kembali... masuk bilik stim pula.... 15 minit kemudian akak keluar.. shower dan masuk kembali... Akak buat berulang kali hingga rasa puas dan segar... Akhir sekali akak masuk kedalam kolam jakuzzi... Aduh.... segarnya... boleh terlelap. Qeeb hanya mundar mandir di luar pintu menanti akak selesai. Sesekali dia turut sama memerhatikan akak di kolam jakuzzi. Hmmm... segarnya...

Dalam masa keseorangan begitu, teringat akak peristiwa bulan august sewaktu akak di rawat di CCU, Siapa sangka, Allah sihatkan akak kembali sehingga akak dah boleh pandu sendirian ke sini dan lakukan aktiviti sama seperti waktu sihat. Bersyukur sungguh akak. Lepas 4 bulan akak pernah di ambang maut, hari ini akak terasa sihat dan berpeluang melakukan kegiatan begini sekali lagi. Alhamdulillah ya Allah...

2 comments:

  1. Alhamdulillah Rahmah rasa sihat. Teruskan usaha utk dpt nikmat sihat. Emm..dahsyat nya ahli sukan rupa nyer..kalau sekarang bolih ker lagi bersquah & tennis tuh? Kalau boleh, kan best couple dgn hubby bersukan2...

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    ssshhhh... (jgn percaya sgt temberang saya...) main tennis/squash masa sekolah ajer.. mana masuk pertandingan pun... husband..lg tak minat...dia minat badminton.. tp bila main jer, tergeliat urat... seminggu demam...)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...