Tuesday, December 22, 2009

Dating ngan Kalsom...

Memang bila ada kesempatan akak memang suka berdating sekarang ni. Macam nak ganti masa yang akak terkurung kat hospital lama dulu... Datang hari selasa/Khamis/sabtu/ahad... akak mulalah mengajak kawan-kawan lama/baru berdating...

Hari ni akak berdating dengan kawan lama iaitu Carl som.. ( Sedaplak eja macam tu... Jangan marah ya Carl som ). Kami berjanji nak pergi steam bath. Selalunya akak buat steam bath sowang-sowang... boringlah sowang-sowang... kebetulan minggu ni Carl Som sengaja ambil cuti nak berehat sebelum memulakan kelas tahun hadapan... (kejap dah nak tahun baru...) akak mengajak dia berdating... dia setuju dan kami pun berjumpa di rumah akak sebelum sama-sama ke Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya.

Setiba di sana, terus daftar dan memulakan routine dengan ambil shower dahulu kemudian masuk kedalam bilik steam bath. Hmmm... duduk berborak-borak dari satu cerita hingga satu cerita. Akak dah berkali berbual dengannya tapi ada juga perkara yang akak lupa nak tanya jadinya masa kami duduk mengeluarkan peluh tu, kami pun berbual-bual.... ( Pompuan.. cerita berkisar tentang dot..dot..dot... kenapa dot..dot..dot.. katmana dot dot dot... macammana dot..dot.. dot..) Jadinya macam-macam dot..dot..dotlah kami bertukar-tukar maklumat dot..dot..dot... ( Kalau kat TV, penapis filem akan membuat dialog tu jadi tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit..)
maknanya oranglain tak boleh dengar....

Alih-alih tengok jam dah dekat pukul 300 petang. Ish ish ish.... tak perasan masa berlalu. Sedap nya kami berdot..dot... tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit.... Kami segera mandi dan mengemaskan diri ( solek menyolek....) kemudian naik ke tingkat satu untuk solat. Selesanya surau yang disediakan oleh pihak Hotel. Akak puji betul.... ( Lupa lak nak ambil gambar... tapi akak akan pergi lagi, nanti akak tunjukkan...)

Selesai solat kami pun pergilah makan kerana perut memang betul-betul lapar. Bila kami timbang, memang ada perubahan. 1/2kilo air dalam badan kurang semasa steam bath. Bagus tu untuk akak....

Carl som, thank you... menemankan akak buat steam bath hari ni... U cuti lagi, kita berdating-dating lagi yer.....




10 comments:

  1. Akak, sedang syok2 berstimbath, tengah syok2 berdot3 tiiiiiiit, boleh pulak teringat kat entry'Nak 1K daya'? Hehe, sah diriku dlm ingatanMu, auwwww.

    ReplyDelete
  2. kak som,
    kerana nama mu serupa dengan carl som...(should i tukar juger nama u... carl som??? ( sekali lagi tutup muka ngan tangan pulak... nyaris kot2 kena chepuk lagi...)

    ReplyDelete
  3. Waaahh.. seronok nyer release tension cam tu kan? ehhh nak join.. nak joinn > buat muka tak malu jerrr...

    tiba2 tingat kat KALSOM BEE @ COMBI awek Kassim Selamat...

    ReplyDelete
  4. Waaahh.. seronok nyer release tension cam tu kan? ehhh nak join.. nak joinn > buat muka tak malu jerrr...

    tiba2 tingat kat KALSOM BEE @ COMBI awek Kassim Selamat...

    ReplyDelete
  5. akak ajak fa pegi steambath? Oooo...minggu ni tak boleh laaa..class penuh. Apa? minggu depan? nanti fa check jadual ye...thanks ye kak...hihihihi.....

    ReplyDelete
  6. azie,
    jika ada kelapangan, marilah join akak buat stim bath...

    fa,
    kalau betul nak join buat stim bath dan buang toksin, jom join akak.....
    serius...

    ReplyDelete
  7. Adik...

    kakcik dah tak daya lg nak buat steam bath.. huhuhu... Kalau tidak, sesekali boleh temankan Adik..

    ReplyDelete
  8. kakcik,
    stim bath... rasanya mudah ajer... duduk dan tunggu sampai berpeluh-peluh. jomlah join... byk lemak boleh cair....

    ReplyDelete
  9. Dear Akak.
    Firstly, semoga Puan Rahmah sihat. Seronok mendapat tahu yang Puan Rahmah berGUMBIRA dengan rakan-rakan...."Live Life To The Fullest!"

    ReplyDelete
  10. uncle,
    terima kaseh... akak pun tumpang gembira bila baca entry uncle bergumbira dgn anak2... tapi.. masa berlalu cepat sangat kan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...