Thursday, December 31, 2009

Alhamdulillah.

Kari dhal ayam untuk di makan bersama puri.

Puri...

Vadeh.... va va va....( Sebut sambil goyang-goyang kepala sikit...)


Bangun pagi rasa agak selesa sikit.. tarik nafas.. masih sakit sedikit sahaja lagi..(Tidaklah seperti semalam..) Alhamdulillah. Yang paling akak risaukan taklah berlarutan...

Suami bertanyakan macamana sakitnya... akak jawap okay sebab boleh nak pusing badan kiri dan kanan taklah rasa sakit menyucuk didada ni macam semalam. Kira dah baik lah tu.

Maka, akak pun bangun solat subuh dan kemudian baring-baring sebentar. Buka laptop sebab semalam dapat jalan sedikit/sekejap aje. Buka satu blog ni, tuan rumahnya rajin memasak. Akak teringatlah dengan kacang dhal yang di rendam 2 hari tu. Terus turun dan siapkan bahan-bahannya. Maka, jadilah vadeh versi melayu....

Lepas tu teringat nak buat sarapan puri dan kari dhal ayam. Berlarut-larutan lah hingga membancuh tepung dengan butter dan minyak sapi untuk membuat puri. Hmm... mudahnya nak buat puri. Rahsianya bila kita canai puri lagi nipis, lagi cantik puri selepas digoreng.

Talipon BIL sebab nak hantar puri dan kari dhal kerumahnya. Dia memang mengambil cuti minggu ini untuk menyelesaikan hal sekolah anak-anaknya. ( Aida, kalau rumah kita berdekatan... tentunya kak rahmah hantar jugak puri dan kari dhal...)

Selesai tengahari ni nak jenguk Nursery (tempat jual pokok). Nak beli tanah untuk tanaman akak yang kering tak bertanah macam pokok limau purut dan mangga. Untung-untung tahun depan 2010 akak dapat merasa makan mangga dari pokok yang ditanam SENDIWI. Insya'Allah.

7 comments:

  1. Dah lama tak makan juada ni. Di Batu Gajah ada satu kedai yang menjual roti puri dan roti naan sahaja. Sudah lebih 2 tahun tidak ke sana (ada lagi ke kedainya??).

    ReplyDelete
  2. Habis baca n3 nih, akak nani pun geleng2 kepala sambil berkata....Amak, very nice yr dhall curry, give me some!!

    ReplyDelete
  3. Rendam 2 hari ? Amboi... sempat ke ia bercambah ? he he...

    Tak pernah rasa dan buat roti puri ni.. nak cuba laa..

    ReplyDelete
  4. Salam Adik..

    kakcik cukup suka makan roti puri dengan sambal ikan bilis. Kakcik taklah buat sendiri, ada kawan kakcik kat Kota Damansara yang pandai buat. :) Nak gak rasa adik punya roti puri tu.

    ReplyDelete
  5. Zool,
    Sejak akhir2 ni akak cukup suka mengambil resepi dari blog yg akak tak pernah tahu nak masaknya dulu. Bila tengok senang/mudah sure akak cuba...

    kak nani,
    Va.va..va.. Achi... nanti achi sini datang, saya buat khas untuk achi...kita makan sama-sama... :-)

    tie,
    google saja apa resepi, mesti ada... takpun tie pergi kat sebelak link akak cari Ibu Dini, Haziq dan Alin fotopages dan cari kat tepi tu resepi puri dan kari dhal...

    kakcik,
    kalau awal tadi, boleh ajak kakcik lunch puri kat sini... takpa... call bila-bila saya buatkan khas buat kakcik tersayang... :-)

    ReplyDelete
  6. nak resepi wadeh, dhal, puri leh x?
    Sedap nampaknya....

    ReplyDelete
  7. rozi,
    rozi buka laman blog ibu dini, haziq dan alin - ada di sebelah ni. Cari kat tepi dia macam-macam resepi ada... kalau akak lapang, akak tuliskan semula. Kalau nak segera, click saja di situ....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...