Tuesday, December 29, 2009

Resepi Ayam masak Ros.

Tadi masa akak buat entry juadah buka puasa, tak pulak akak letakkan resepinya... adalah beberapa pertanyaan bagaimana kekdah nak membuatnya...

Okay..

1 ekor Ayam - potong 16
10 biji buah tomato masak..
1 inci kunyit hidup - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
3 batang serai - di ketok
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di hiris halus
3 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
100 gm /5 sb butter cair
santan sepeket ( RM1.50)
4 sb cili kisar
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
Asam gelugor/keping

Cara membuatnya:

Ayam di perapkan bersama kunyit hidup/halia/garam dan bawang putih. Ketepikan.
Bawang besar yang dihiris di goreng dalam minyak yg agak banyak. Selepas di toskan, ambil minyak sedikit untuk di tumiskan cili kisar. Bila cili dah masak, ketepikan.

Dalam periuk berasingan panaskan butter. Masukkan bawang putih yang dihiris halus. Masukkan serai yang di ketok. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Masukkan ayam yang di perap.

Tutupkan periuk. Biar ayam itu separuh masak. Sambil tu kacau-kacau ayam biar tak melekat kat periuk.

Masukkan santan pekat. Masukkan juga cili yang di tumis tadi.
Masukkan buah tomato yang di potong 8. Masukkan asam keping juga. Tutup periuk.

Masukkan bawang besar yang di goreng awal tadi...

Rasa. Tambahkan garam

Enak di makan bersama-sama roti peranchis dan nasi minyak.


Inilah bahananya tak pernah masuk dalam buku resepi... Asyik mengingat. Untung guna komputer... boleh turun naik ikut suka...
Selamat mencuba.... :-)

12 comments:

  1. Ha ha ha, tima kasih Rahmah, petang tadi kak nani dah baca lah enry tuh, tapi kecewa sebab tak de resepi. Emm...ingatkan Rahmah tak nak kongsi ngan kita orang, so tak de lah bertanya dan tinggal pesan. Segan lah akak nak korek2 dari Rahmah. Sekarang boleh lah akak mencuba nya.

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    jika ada saya bagitau lauk tapi lupa nak letak resepi... janganlah segan nak tanya...( Ala.. kak nani ni macam tak biasa...).
    Saya kadang-kadang lupa nak bagi resepi.. kadang tu fikir jugak, orang nak ke cuba resepi ni..
    Tapi kan kak nani, resepi nasi maghlubah tu, sampai hari ni pun saya tak tahu cara nak membuatnya... kata SIL itu resepi keluarga mereka... :-)

    ReplyDelete
  3. eh...bleh cuba ni kak...
    tq share resepi :D

    ReplyDelete
  4. Bestnya lauk.. Tp nak diet le...
    Bdn dah gemuk sgt rasanya...

    ReplyDelete
  5. Terimakasih KAK MAH... teringin gak nak try, sbb akan-anak suka ayam.. Makan dgn nasi lemak pun sedap gak ni,kan?

    ReplyDelete
  6. Nyum nyum nyum.. baca resepi pun dah macam terasa2 kat lidah ni.... :)

    ReplyDelete
  7. Salam hajah,
    Saya dah salin resepi ayam ros hajah. Cadangan nak cuba. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
  8. mimi,
    begitulah.. akak ada, akak share...
    minta2 sedap juga pada selera mimi...

    rozi,
    time tak diet, boleh cuba...
    makan dgn roti bakar pun sedap...

    azie,
    sama2 kasih...
    makan dgn nasi lemak, tak sesuai kot...
    (ala azie, saja nak umpan akak dgn nasi lemak...)

    kakcik,
    minta2 sedaplah pd tekak kakcik....

    kak nora,
    cubalah.. kalau sedap, alhamdulillah....

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhh..
    nyum nyum
    biru dah lama tak masak2
    hukhuk..
    duk sorang2 ni, cam mood nak masak tak ada,
    jangan hilang semua skill dah la
    heeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  10. birU,
    setakat nak makan sorang, akak pun tak rajin mak masak... kalau ada permintaan khas, akak masak...
    dulupun masa anak dara, akak suka masak... bila masak, ajak kawan datang makan... suka hati nak masak... :-)

    ReplyDelete
  11. Hikhikhik...!
    umpan ku tidak mengenaaaaa... wuaaa!

    ReplyDelete
  12. azie,
    akak dah kena turunkan berat badan...
    no more nasi lemak...
    baru sat ni doktor nephro buat round kat sini....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...