Sunday, December 27, 2009

Berbuka di rumah SIL.

Hari ini akak, suami dan qeeb berpuasa sempena 10 Muharram. Sepanjang hari kami memang tertidur sahaja. Selesai solat Asar, barulah kami bersiap-siap untuk ke rumah SIL di Jalan Templer, Petaling Jaya. SIL membuat kenduri kesyukuran sempena selamat berkhatan anak lelaki sulungnya Mohd Ayman yang juga dikenali sebagai Tan Hong Ming.

Sesampainya kami di sana lagi 10 minit azan maghrib akan berkumandang. SIL menyediakan juadah untuk berbuka manakala suami akak pergi solat berjamaah di Masjid Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer.

Sementara menantikan ketibaan adik beradik belah suaminya dan belah SIL kami sempat merasa juadah makanan yang disediakan. Juadah istimewa pada malam ini ialah Nasi Maghlubah. Dimakan bersama-sama kofta daging kambing dan ayam yang di masak sekali dengan nasi tersebut. SIL juga menyediakan kuah dan acar buah yang menjadi padanan nasi maghlubah tersebut. Kuih pencuci mulut seperti kueh genggang (lapis) dan karipap juga disediakan sendiri oleh SIL.

Selesai bacaan doa, majlis makan-makan pun bermula. Akak yang tadinya sudah menjamu selera dengan mee goreng (my feberet) merasa agak kekenyangan. Walaubagaimanapun habis juga sepinggan nasi Maghlubah dimakan oleh akak.

Gambar akan akak ambil dari FB SIL.

4 comments:

  1. Salam Kak... nanti tunjukkan pic nasi Maghlubah tu.. Nak tengok. Adakah sama macam nasi yang kat restoren Lebanese tuu... hmmm

    ReplyDelete
  2. nasi dari mana tu kak asalnya?
    cam best pulak nama dia

    ReplyDelete
  3. Emm best nya 'Nasi Maglubah' rajin nya SIL tuh. Lauk kambing pulak tuh..emm..kalau kak nani makan terus tido sebab cholestrol & gula nya amat tinggi. Badan Lesu and longlai

    ReplyDelete
  4. azie,
    blogger dah terlupa senjata... boleh terlupa bawak camewa... nanti minta kat SIL gambar2nya...

    mimi,
    nasi tu rempah dia dari yaman... nak buat payah jugak...

    kak nani,
    SIL memang berkahwin kerabat dari yaman.. suaminya yg dah jadi tradisi masak nasi tu... kofta kambingnya memang sedap...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...