Hari ini selesai dialysis, akak terus bergegas ke Alamanda untuk bertemu dengan kawan lama yang sangat-sangat akak rindui. Kami dah kawan lama sejak kami berusia 5 tahun. Kedua ibubapanya datang menyewa di rumah sewa kami di Kampong Baru. Arwah ayahnya bekerja sebagai seorang anggota polis manakala arwah ibunya adalah seorang suri rumah. Seorang suri rumah yang cukup pandai memasak dan boleh mengendalikan majlis sebagai tukang masak.
Bila Nong ( Puan Noraishah ) berpindah ke Air Hitam, Johor kerana ayahnya berhenti wajib (pencen) dari perkhidmatan polis maka hubungan kami menjadi hubungan jarak jauh. Sering menghantar surat dan kad ucapan hari lahir dan hari raya. Surat dari Nong memang menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu lebih-lebih lagi apabila musim cuti sekolah. Kadangkala sewaktu Nong melawat kakaknya yang tinggal di Kuala Lumpur, tidak pernah nong lupa untuk bermalam di rumah akak. Persahabatan kami memang terus kekal sehingga hari ini.
Zuraida pernah mengikut akak bercuti ke rumah Nong di Air Hitam, Johor. Kami menghabiskan cuti selama seminggu dan seluruh keluarga dan sahabat-sahabat Nong di Air Hitam juga turut dikenalkan. Pengalaman tinggal di kampong benar-benar menyeronokkan buat kami yang lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Pertemuan kami pada hari ini setelah bertahun-tahun tak berjumpa membuatkan kami sungguh seronok berbual-bual, bergurau dan mengingatkan kisah - kisah lama.
( Gambar di atas adalah Zuraida, anak sulung Nong iaitu Nabila, anak bungsu Nong Sabrina dan anak ke tiga Nong Kamilia dan akak..)
Kami dapat merasakan bahawa persahabatan yang sekianlama dipupuk menjadi begitu berharga bila meningkat tahun demi tahun...
Bila akak dirawat di CCU baru-baru ini, kedua-dua mereka kerap datang ziarah. Rasa seronok sangat.
Kami makan di Penang Village tempat kesukaan Zuraida. Jika semasa akak tinggal di Penang, bila akak berkunjung ke Taman Tun Dr Ismail ( rumah kakak kepada Zuraida iaitu Kak Ani ), kami sering menjamu selera di Penang Village. Masakan ala-ala Penangnya menepati citarasa kami.
Untuk permulaan, kami memesan Pie Tie... ini satu kemestian bila berkunjung di sini.
Jangkamasa 4 jam bertemu tidak mencukupi buat kami. Akak menghantar Zuraida pulang ke pejabatnya di MsD ( Malaysian society of the Deaf ). Zuraida adalah salah seorang pengasas Persatuan Orang Pekak Wilayah Persekutuan. Beliau selalu membuat terjemahan Bahasa Isyarat di dalam rancangan Berita pukul 8.00malam.
your a pal and a confidant
I love being your friends
bestkan jumpa member lama...
ReplyDeletemcm2 cite kuar..:)
mimi,
ReplyDeletebetul tu... cerita tu pulak hanya kita aje yang ingat... seronok ingat semula...
Alhamdulillah....
ReplyDeleteSeronoknya dapat bertemu dan makan-makan dengan sahabat-sahabat lama...
Err... Pie Tie tu sedap ke ?
Tie,
ReplyDeleteAkak juga bersyukur kehadrat Allah kerana masih berpeluang berhubung dengan sahabat-sahabat lama. Mudah-mudahan kami akan bersama-sama sehinggalah anak-anak dah besar dan bercucu-cicit. Insya'Allah.
Pie Tie tu... memang sedap. Intinya macam inti popiah juga... cumanya cara dihidangkan dalam mangkuk dibuat dari tepung yang digoreng dan dimakan bersama cili sos... rasanya sama seperti popiah goreng dan sambal cuka cili.....
nak mee suah! nak mee suah!
ReplyDeletewaaa...seronoknya bersembang2 dgn kengkawan lama sambil menjamu selera! Kita ni bukan kawan lama kan, tapi kawan baru kan, pun kena jumpa kan, pun kena pegi makan2 kan? kan? kan?
Fa,
ReplyDeletekawan lama... kawan baru... semua anugerah Allah snw yang akak betul-betul 'treasured'. Akak tetap akan keluar dan makan2 sebab akak memang suka makan...
kadang-kadang kawan baru, mesranya mengalahkan kawan lama yang diam tak berhubung... :-)
Salam Adik...
ReplyDeleteAdik memang nampak kurus.. dah pakai saiz M ya? Ni yang kakcik jelezzzz niiii :)
Mmg sonok dpt jumpa kawan2 lama...bagi masa 8 jam jumpa pon x cukup.
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeletetapikan.. sejak akhir2 ni selera makan sedap aja... taklama lagi naik balik lah berat saya macam dulu...
tapi.. setakat ni, seluar anak dara saya pun boleh muat... memang seronok....
Ai,
sehari semalam pun tak cukup kalau dah namanya JUMPA KAWAN LAMA... bayangkan berpuluh tahun punya cerita....
( Nanti, kita dah sama-sama tua nanti pun macam tu...)