Monday, December 7, 2009

Lunch Hari ini.


Selesai dialysis hari ini, kami berdua pergi ke Puchong. Disana terdapat Papparich. Akak selalu membaca didalam blog yang lain yang ABC air batu campurnye memang sedap. Maka kami berdua pun segera menuju ke Puchong untuk menikmatinya.

Kebetulan waktu kami tiba memang sedang waktu makan tengahari, maka ramailah pelanggan yang sedang menjamu selera. Setelah mendapat tempat duduk, pelayan pun datang membawa menu dan sekeping kertas dan pensil. Pilihan dibuat, kemudian kertas pesanan pun bertukar tangan.
Tidaklama kemudian, ABC pun sampai.. cepat-cepat akak ambil gambarnya sebelum bukit aiskewim di ranapkan oleh sudu-sudu yang dah tak sabar-sabar nak menyedoknya. Voilla...
terasa keaslian gula melakanye. Tiada warna warni yang entah apa-apa tah.. (baru2 ni akak terkena ABC terlalu kuat warnanye... rasa kimia pun melekat pada lidah... eewww....)
Aiskewimnye yang terasa macam lemak berkwim.. pekat... memang kena sekali dengan ABC tu.

Hidangan yang akak pesan pun tiba... Memang dah jangka rasanye. Sedap dan rasa tak puas/cukup makan mee nyer.

Suami akak memesan nasi ayam kukus. Sedap nasinya lembut dan cukup rasanye. Memang benarlah bagai yang digambarkan oleh blogger tersebut. Papparich... kami akan menyerang lagi...


13 comments:

  1. Bagi le alamat & landmarknay. Kalau kami ke sana boleh serang sekali

    ReplyDelete
  2. Zool,
    Papparich ni ada beberapa cawangan. Ada di Taman Seri Rampai, Puchong dan Subang Jaya. Zool google.. zool akan dapat alamat yang berdekatan sesuai dengan kesesuaian zool. Misalnya, kalau zool ke IJN.. zool boleh pergi yang di Taman Seri Rampai dekat wangsa maju...
    sekarang ni, semua cari kat google...

    ReplyDelete
  3. ishhh..ni yang maleh bila bukak blog ada gambor2 makanan minuman ni. Bukannya dekat kalo nak pegi merasa. Bila akak nak pegi serang lagi? Boleh la Fa tolong2 bantu buat2 apa yang patut! hehehe

    ReplyDelete
  4. Fa,
    kali ni, bila fa datang Bangi, kita pergi gader2 dgn kakcik, kak som dan lain2... kita serang kedai pulok. Ok..?

    ReplyDelete
  5. At last yer... Rahmah dpt juga pegi Papparich tuh, tak tahu lah kat Puchong, tapi kat Seri Rampai memang penuh kena tunggu nak dpt seat..menyampah pun yer tapi bila dpt mknan yg kita order, sejuk balik perasaan menyampah tuh..he he he

    ReplyDelete
  6. Tengok gambo pun terasa kesedapannya! :)

    ReplyDelete
  7. salam akak,

    wahhhhhhhhhhh sedapnya makan, hehhe
    akak makan ada pantang2 tak?
    kita org salu risau kat mak,
    tak kasi mak makan itu ini
    sian kat dia
    heeeeeeee
    tapi niat kita baik
    tak nak bagi mak sakit kan

    ReplyDelete
  8. Paparich dekat aje kat rumah tapi tak pernah terai sbb kat situ parkingnya, yaaaa 'azab. Sekian terima kasih *wink*

    ReplyDelete
  9. kak nani,
    sebab saya baca peeja punya blog lah yg buatkan saya nak cuba sesangat papparich. Tp kat bangi takda. Cari kat Google, ada kat puchong... dapatlah cuba. Saya pembaca senyap blog peeja..heheheh...(kirim salam pd peeja per..)

    kakcik,
    bila dah sihat... kita pergi sama-sama yer..sekarang kakcik kena byk rehat... :)

    BirU,
    Ok.. akak memang banyak kena pantang..
    tak boleh yang potassium tinggi mcm santan, air kelapa. BirU nanti buka entry akak yg lama-lama ada akak senaraikan satu persatu.
    Bila makanan yg tinggi phosphate, suruh mak birU makan pil phosphate binder (pil yg doktor suruh campur makan dengan nasi...).
    Bahayanye bila terlebih makan makanan yg ada potassium ialah.. jangkamasa yg panjang akan rosakkan jantung. Buah orange,pisang, jenis limau.... mengandungi banyak potassium.

    kak som,
    kalau begitu, kak som parking lah awal-awal (awal pagi ke... lepas tgh malam ke.... lepas tu kak som balik rumah jalan kaki,tunggu sampai papparich bukak... bila bukak kak som pergilah papparich tu dan wallla... dapat parking depan papparich...Aichah sure kata 'Hebat...'.)

    ReplyDelete
  10. ai,
    nanti kita gi sama-sama, boleh?...

    ReplyDelete
  11. Akak, terlanjur dah dpt parking depan kedai, I tdo ajelah kat situ. Penatlah nak ulang alik jalan kaki. Kan?

    ReplyDelete
  12. kak som,
    akak cadangkan setakat letak kereta ajer kat situ... dah nak tidor bagai,... ikut u ler... (sambil menggaru kepala yg mula gatal sebab uban...)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...