Wednesday, March 31, 2010

Nak cerita mengenai Angiogram....

Bila akak membuka blog teman-teman.. ada menyebut mengenai 'Angiogram...' ( Dr Singa boleh jelaskan dengan lanjutnya...)

Sepertimana yang semua telah sedia maklum.. suami akak adalah Doktor Pakar Kardiologi. Tugas beliau merangkumi hal-hal berkaitan dengan rawatan jantung yang bukan melibatkan pembedahan. Doktor Pakar Jantung Kardiotorasik adalah doktor yang membedah jantung pesakit menerusi kaedah Bypass ~ Pembedahan Pintasan Jantung. Doktor Pakar Kardiologi pula hanya untuk merawat pesakit melalui kaedah Angioplasty ~ yang mana belon ataupun spring digunakan untuk membesarkan/membuka salur darah yang sudah menyempit. Doktor Pakar Kardiologi juga bertanggungjawap membuat rawatan memasang bateri pada jantung yang dipanggil 'Pace Maker'.

Sebelum pesakit dapat disahkan mengalami penyumbatan di salur darah ke jantung, para doktor kardiologi akan memeriksa pesakit melalui kaedah 'Angiogram'. Sejenis pewarna digunakan untuk dimasukkan ke dalam salur darah melalui pangkal peha dan saluran tersebut terus ke salur darah di jantung. Dengan cara memasukkan pewarna, para doktor akan dapat melihat bahagian salur darah yangmana tersumbat dan dibahagian mana perlukan rawatan memasukkan belon ataupun spring. Ada juga pesakit yang terus di rujukkan pada Doktor Pakar Kardiotorasik bilamana pesakit tersebut memerlukan rawatan pembedahan pintasan jantung.

Di Malaysia, Doktor Pakar Kardiologi yang tersohor adalah Dato' Dr Robaayah Zambahari iaitu Ketua Jabatan Kardiologi, Institut Jantung Negara. Kepakaran beliau dalam bidang ini memang amat di kagumi. Alhamdulillah, semasa akak memerlukan rawatan Angiogram, Dato' Dr Robaayah telah sudi menggunakan kepakaran beliau membuat rawatan keatas akak. Ribuan terima kaseh akak ucapkan.

Gambar ini telah dirakamkan sewaktu Dato' Dr Robaayah menjadi Pakar Jemputan di Hospital Serdang.



( Sewaktu akak menaip entry ini, suami akak sedang bekerja.. jika ada kesalahan.. akak pohonkan maaf terlebih dahulu... tapi setakat yang akak faham.. beginilah cerita mengenai rawatan Angiogram... )

Tuesday, March 30, 2010

HIS and HERS


Vaio yang makin kecil..

Makin nipis....

Mudah nak dibawa kemana-mana...

Ringan betul...

Tapikan... tak lama lagi sure ada owang tu komplen... kecik screen... tak berapa nak nampak....


Monday, March 29, 2010

Jika ini terjadi pada anda...?????

Memang hangat betul hati akak tengahari tadi. Akak ada urusan di sebuah bank. Masa nak ambil nombor, akak beratur di belakang seorang mamat ni. Tiba-tiba bila giliran akak, datang pula mamat sorang ni terus potong garisan terus ambil nombor. Si jaga nombor pulak diam sahaja.

Kemudian akak pun menunggu hampir 19 nombor lagi di hadapan akak. Tunggu dengan sabar. Ambil masa jugaklah. Dalam satu jam juga menanti. Bila tiba giliran hampir satu nombor dengan akak, nombor di tekan dan berbunyi nombor tersebut.

2078, 2078 kemudian senyap sebentar. Tunggulah juga sebentar... di ulang lagi
2078, 2078 tunggu juga sekejap lagi.

Bila dah pasti, dia pun meneruskan menekan nombor dan keluarlah bunyi untuk nombor akak.

2079, 2079 akak pun teruslah bangun menuju kaunter.

Belum sempat nak beritahu urusannya, aleh..aleh.. datanglah mamat sorang ni tersengih-sengih berebut ke kaunter tersebut dan beritahu kerani kaunter tersebut dia tak dengar nombornya tadi.
Okay.. akak pun sabarlah.. tunggulah kejap.

Tunggu punya tunggu, nampak mamat ni dok borak dan siap sengih-sengih lagi dengan kerani kaunter. Kemudian keluar nombor 2080 untuk kaunter sebelahan. Akak pun sabarlah jugak... Mamat ni bukan main lama lagi kat kaunter tu dok borak-borak dengan kerani kaunter.
Kemudian bunyi nombor 2081.. Akak dah tak sabar, terus bangun dan hendak ke kaunter sebelah. Akak beritahu kerani kaunter sebelah tu, akak kena tunggu sebab si mamat tu dah terlepas nombor dia. Kerani kaunter yang menekan nombor akak 2079 pula menjawap,
" sebentar yer.. saya akan panggil sebentar lagi..." Si mamat ni terus bual-bual dan ketawa-ketawa dengan kerani kaunter. Nombor di kaunter sebelah makin bertambah.

Yang buat akak hangat hati ialah, inilah mamat yang tak beratur dan terus ambil nombor dari jaga nombor tu. Lepas tu bila di panggil, dia sibuk bercakap kat talipon sampai tak dengar nombor di panggil. Lepas tu terhegeh-hegeh kata terlepas nombor dan boleh borak-borak pulak membuang masa dengan kerani kaunter. Memang akak hangat betul.

Bila suami datang menjemput di bank, dia pun kehairanan kerana urusan akak belum lagi selesai. Akak dah tak boleh nak cerita sebab dah marah sangat. Bila nombor akak di panggil semula sebaik mamat tu pergi, akak rasa macam nak balik jer. Tapi penatlah nak kena datang balik.

Masa dalam perjalanan ke kereta akak pun ceritalah dengan suami kisah ni. Suami dengar dan cakap jangan marah. Akak cerita akak geram sangat.

Suami : " Rasa macam nak tarik rambut dan menjerit-jerit.. yer.."

Akak : " Iyerlah.. rasa nak marah sangat.."

Suami : " Yang buatlah mengaruk macam tu... depa nampak perempuan mengaruk macam tu terus depa pegang tangan.. haaa nanti depa tekan fistula... depa sure terkejut dan kata iyerlah pompuan ni tak betul sebab dia pakai bateri kat tangan dia....... "

Akak : ( Terus pandang suami...) nak ketawa pun ada, nak geram pun ada.....
Sebab dalam kita dok geram tu dia seolah bagi sokongan lepas tu buat lawak pulak.. kami ketawa sebab cara suami cakap memang lawak.

Ceritanya. Kadang-kadang orang yang kurang cerdik akan buat kerja bodoh macam tu. Tak mahu beratur. Tak dengar nombor di panggil sebab sibuk berbual di talipon. Kerani kaunter pun satu, kalau dah terlepas nombor, janganlah layan dan kalau layan pun nombor yang berikutnya janganlah kena tunggu nombor yang terlepas tu.. kaunter lain teruskanlah kerja. Selesaikan satu persatu ikut giliran. Hmmmmmm gggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrr menyampah nak mengingatkan.

Pernah tak jadi pada anda?...

Jurugambar kami......

Inilah gambar jurugambar keluarga kami yang telah banyak berjasa meluangkan masa untuk mengambil gambar percutian kami. Bila akak tengok gambar2 yang telah akak masukkan dalam entry akak... tiada pula gambar jurugambar ini. Entry ini khas buat jurugambar kami yang banyak jasanya mengambil gambar kerana ibu jurugambar ini telah terlalu bizi dengan aktiviti menyelam dan berenang bak 'paus biru'....












Sunday, March 28, 2010

JJMM ~ Jalan-jalan makan-makan....



Sebaik tiba di hotel petang semalam, memang kami sedang kelaparan. Memang niatnya hendak memesan makanan ke bilik sahaja sebab tujuan kami menginap di sini ialah untuk bermandi-manda sepuas-puasnya. Inilah pertama kalinya dan tempatnya kami boleh bermandi-manda tanpa perlu risau mengenai aurat. Akak dan anak-anak semuanya cukup seronok mandi tanpa perlu memakai tudung. Jadinya untuk menggunakan masa sebaik-baiknya, kami memang bercadang untuk tidak keluar lansung sepanjang menginap di sini.

Suami memesan Curry Chicken Varuva...

Nasi berlaukkan sambal belacan dan acar buah dimakan bersama Kari Ayam.

Nasi dan chicken Varuva.


Kari ayam dan sambal udang... sedap betul...

Sambal Udang yang sangat Pedas tapi sedap sangat...

Pan cakes dan french toast untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak juga....

Omelette juga...

Pan cakes


JJAG ~ Jalan-jalan Ambil Gambar.....

















Pergi ke PD...


Semalam setelah melihat entry Kak Hajah Nora dari BC pada bulan lepas.. suami membawa kami sekeluarga ke Legend Water Homes, Port Dickson. Akak dan suami selama ini cukup kerap membawa anak-anak ke Avillion kerana kedudukan bilik chaletnya di atas air laut tetapi di Legend ini ada satu lagi kelebihan iaitu ia mempunyai kolam renang di dalam bilik hotelnya yang juga terletak di atas laut. Jika bukan kerana entry Kak Hajah Nora bulan lalu, sudah tentu kami masih lagi pergi bercuti di Avillion.

Selesai urusan pendaftaran, kami dibawa ke bilik hotel kami.

Sempat bergambar sebelum berjalan ke bilik hotel.

Perjalanan menuju ke bilik hotel.

Sebab inilah yang akan membuatkan akak dan suami berhenti ke Avillion dan akan memulakan percutian kami di Port Dickson dengan menginap di sini.....
Kolam renang di dalam bilik hotel kami... Bilik chalet ~ yang paling tepat. Persendirian dan tidak berkongsi dengan orang luar. Tak perlu menjaga aurat.
Bahagia sangat. Dah lama akak tak dapat bermandi dan berenang-renang sebebas semalam. Kak Zah... bukan setakat menjadi macam itik... terus bertukar menjadi 'Blue Whale' ....Bahagianya....

Dari kami sekeluarga buat abah mithali.... Terima kaseh abah....

Aisyah juga menjadi juara berendam sejak tiba hingga tengahmalam... sambung pula dari awal pagi hingga ke waktu daftar keluar.... Puas jugak nak dipujuk supaya meninggalkan kolam tersebut.

Hmmmmm... ibulah yang paling seronok meluangkan masa berenang-renang dan menyelam sejak dari mula sampai (sebaik mencecah kaki dalam bilik chalet) hingga nak pulang tadi....

Ain juga turut seronok bermain-main air begitu juga dengan Zahrah dan Qeeb.

Pemandangan chalet dari jauh.

Selamat tinggal Legend.... lepas ini kami akan selalu ke mari ( Insya'Allah ). Avillion hanyalah merupakan satu tempat yang kami pernah pergi untuk bercuti dan berehat. Tapi kini Legend akan menjadi tempat percutian kami yang tetap.

Terima kaseh kepada Kak Hajah Nora.......


Hamster nak makan...