Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah... perjumpaan berjaya.


Seperti yang dijanjikan suami menjemput akak tepat pukul 12 tengahari. Kami terus menuju ke KL Sentral. Tiba di sana pada pukul 1230 tengahari. Tunggu sebentar, tiba pula Wan Muziah yang juga bertolak awal dari rumahnya di Shah Alam. Adalah teman untuk berbual-bual sambil menantikan teman-teman yang lain.

Tepat pukul 1 tengahari, tibalah teman yang ditunggu-tunggu iaitu Aryani yang tiba dari Ipoh.

Bertiga kami berjalan menuju ke Latest Recipe, Le Meridien. Tak lama kemudian Faridah pun tiba. Bersama-sama kami menjamu selera sambil menantikan kedatangan teman-teman yang lain.

Faberet akak sushi, dim sum dan osyster mentah... sedap...

Ruslina dan Roshidah yang datang selepas solat zuhur turut tiba.

Sempat bergambar kenang-kenangan...

Bila yang lain datang kemudiannya, kami berposing lagi...

Tak terkata masing-masing kegembiraan bertemu semula selepas 30 tahun berpisah...

Pertemuan semalam memang berjaya. Kami merancang untuk bertemu lagi dengan teman-teman yang tidak dapat turut serta semalam kerana ketiadaan cuti dan kesibukan tugas memasing pada 2hb April 2010, bertempat di rumah Ramlah di Desa Tun Hussein Onn.

3 comments:

  1. Mesti banyak yang diceritakan bila bertemu rakan2 lama, kan? Macam tak cukup masa..

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    bila jumpa kawan yg dah 30 tahun tak jumpa.. memanglah banyak ceritanya. Tapi semuanya berkisar kisah semasa dalam kelas...
    Rasa memang tak cukup masa.. itu yg kami buat sekali lagi 2hb April...

    Kak Hajah Nora,
    Terima kaseh... sampai malam sebelum perjumpaan tu, saya tak dapat nak lelap kan mata sebab terlalu seronok... setiap jam terjaga... ubat BP pun kena tambah... dahsyat kan penangan kawan lama....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...