Monday, March 1, 2010

Ambil alih tugas.


Mulai 1hb Mac 2010, akak dan suami sudah mengambil alih tugas menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Walaupun kami akan menjadi teramat sibuk, tapi untuk menyenangkan hati daripada memikirkan hari ini siapa pula yang akan ditinggalkan. Sejak kejadian Ain ditinggalkan di sekolah, hampir setiap hari kami akan menalipon rumah untuk mengetahui siapa yang ditinggalkan.

Kami keluar rumah seawal 6 45 pagi. Hantar Qeeb dahulu, kemudian Ain dan akhir sekali kakak zahrah. Jika dahulu, mereka keluar begitu awal.. pukul 6 30 pagi kenderaan dah sampai, sampai sekolah kakak zahrah pukul 6 40 pagi yangmana keadaan cuaca masih gelap. Kakak zahrah dihantar ikut pintu belakang sekolah dan keadaan pagi yang gelap gulita itu membuatkan akak meminta pemandu kereta itu menghantar di bahagian hadapan sekolah tapi dia tak mahu kerana katanya jauh. Perkara bahaya yang ditakuti oleh kami seolah2 tidak menjadi apa2 bagi pemandu tersebut. Iyalah... bukan darah dagingnya... Alhamdulillah.. sepanjang 2 bulan kakak zahrah diturunkan di bahagian belakang sekolah yang sunyi sepi itu tiada apa2 kejadian buruk terjadi.

Sekarang kami boleh menarik nafas lega apabila anak2 dihantar sendiri oleh kami. Walaupun agak payah, tapi demi keselamatan anak2 sendiri, kami rela. Jangan nanti bila dah terjadi sesuatu baru nak menyesal.



8 comments:

  1. Salam KAK..
    biasanya setiap sekolah ada pengawal keselamatan di pagar (sekurang2nya jika tiada pondok khas)..

    anak saya jika ayah lambat sampai sudah dipesan berada dekat dengan pondok pengawal supaya mengelak tidak dilihat jika terjadi sesuatu..

    Semoga anak-anak AKAK akan selamat dan cemerlang...

    ReplyDelete
  2. Azie,
    sekolah zahrah, pengawal hanya menjaga di pintu hadapan, pintu belakang tiada pengawal... Itu yg akak takuti terjadi apa2 jika zahrah pergi awal kena lalui jalan belakang sekolah...
    Sama2 juga akak doakan buat anak azie... :-)

    ReplyDelete
  3. bior le bersusah2 skit. asalkan selamat bebudak tu kan kak? ai ni mmg bergantung kt driver tu jelah. Sib bek la dpt yg ok. tp tu buat masa skang ni le..x tau le ms akan dtg ni..

    ReplyDelete
  4. Ai,
    betoi tu Ai... Anak kita, maka kita jer yg memikirkan keselamatan depa.. Upah orang memang memudahkan kita tapi kalau berlaku apa2.. kita jugak yg menyesal tak sudah...

    ReplyDelete
  5. AKAK, soh ZAHRAH tu bawak lampu picit kecil buat suluh jalan. Sementara menanti ramai, elok duduk di kantin. Biasanya kantin dah ada orang seawal 5,6 pagi tu, kan?

    ReplyDelete
  6. azie,
    masa zahrah kena jalan sensorang ikut jalan belakang sekolah.. tak terfikir pulak nak suruh dia bawa lampu picit... tapi Alhamdulillah.. sekarang kami hantar sendiri, zahrah turun depan sekolah dan masanya agak dah terang dari dulu... dulu memang sedang gelap macam malam masa dia tiba di sekolah sebab pemandu kereta tu nak kejar trip lain...

    ReplyDelete
  7. KAK... nanti ulang alik hantar anak ke sekolah, pejam celik pejam celik... tahu2 dah ujung tahun.. selesai satu bab..

    lepas sorang lepas sorang..
    pastu rasa cepat jer masa berjalan, budak2 pun makin besar..
    dan
    kita pun makin tua...heheheh..

    ReplyDelete
  8. azie,
    masalahnya belum habis setahun. akak dah rasa tua sangat... tak larat nak bekejar.. ni aisyah belum mula sekolah... adoi... demam mengenangkan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...