Tuesday, March 9, 2010

Kisah semalam dan hari ni.

Semalam dialysis. Ada tamu datang menjengah...
MIL dan SIL datang singgah...

MIL ...

SIL...

Sepanjang hari semalam akak duduk mencari kawan lama dan menalipon kawan-kawan lama... Ada yang dapat dan ada yang belum berjawap... Petang akak 'chat' dengan kak zah di Ukraine...
Puas hati betullah dengan kecanggihan teknologi sekarang... bila-bila masa dan dimana-mana jua..( Macam bunyi iklan lah...)

Untuk makan malam, bergegas akak masak selepas solat Isyak.... Akak dah dapat kerajinan ala-ala Kak Som yang masak tak kira waktu... Maka juadah yang akak buat pun meniru ala-ala kak som. Inilah sambal pencicah untuk bender celur...

Bender celurnya dan peria celur... Lauk satu lagi Ikan bawal masak kicap... memang kena.. sedappp.....


Hari ini akak bertemu lagi dengan seorang teman sama sekolah dahulu... Dia rajin datang dari Mindef dan datang berjumpa akak di PKNS Bangi... Thank you Ramlah... Usaha u nak bertemu kawan lama i sanjung tinggi.... Nanti kita jumpa ramai-ramai di rumah u 2hb April ni.... okay?...

.Bila renung lama-lama.... nampak wajah kawan semasa usia kami 13 tahun...


9 comments:

  1. Nampaknya sungguh bermakna hari AKAK hari ini... Seronok kan dapat jumpa kawan sekolah lama..

    ReplyDelete
  2. Azie,
    Alhamdulillah.. seronok...
    nanti bila dah dapat kumpul ramai-ramai lagi seronok... akan keluarlah sejarah lama....

    ReplyDelete
  3. Akak,
    skrng dah mula masak tak kira waktu ya? Pls take it easy, jaga kesihatan tu. Tebing barat perlu dipantau juga, ahaks.

    ReplyDelete
  4. Hajah,
    Rajin mencari rakan-rakan untuk nostalgia zaman sekolah. Apa tema pakaian bila berkumpul nanti?

    ReplyDelete
  5. duduk bersembang sambil minum2 or berBBQ dgn kawan2 lama seronok rasanya..sambil imbas2 balik kenangan manis...huh mungkin nanti tak terasa waktu yg berjalan

    ReplyDelete
  6. sungguh seronok jumpa kawan lama,

    salamm,

    ReplyDelete
  7. Azie,
    memang bermakna.. dan akak cukup sibuk buat call sana sini.. kita kan organiser..

    kak som...
    Ahak..ahak..ahak... thank you... :-)

    kak hajah nora..
    terima kaseh bagi idea.. ini percubaan pertama saya nak organised reunion besar-besaran... hmmm kalau ada tips2 yg lain, kak hjh nora bagitau yer...

    zila..
    memang saat yg ditunggu-tunggu... 30 tahun tak jumpa...

    ReplyDelete
  8. salam akak,

    seriauuu tgk jarum hijau dan biru yg cucuk kat tangan tu kan
    sama la ngan mak saya juga
    satu halus dan satu kasar sikit
    heeeeeee....

    ReplyDelete
  9. tunbegia,..
    salam berkenal...
    terima kaseh singgah dan memang seronok jumpa kawan lama...
    30tahun you......

    birU,
    sakit dicucuk memang tak boleh nak cakap...
    tapi dah terpaksa...
    mak birU satu besar, satu kecik...????
    Kami dua-dua besar sebab mudah darah nak jalan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...