Sunday, March 14, 2010

Hari sabtu.. JJCK...

Pagi Sabtu, selesai sarapan pagi... rombongan cik kiah menuju ke Jusco Melaka Central. (Tak pasti juga, apa nama Jusco ini..)( kak hajah nora... tolong betulkan fakta ni...) Ini adalah Jusco kedua di Bandaraya Melaka. Jusco yang pertama terletak di Graha Maju, Bukit Beruang...( kak hajah nora.. sekali lg.. tolong betulkan...) Sewaktu kami tinggal di Melaka tahun 1992, Jusco pertama ini dah ada. Jusco kedua ini baru dibuka awal tahun ini.


Cik Kiah dan ahli rombongannya.. terdiri daripada abahnya, 4 anak-anak daranya, ibunya dan adik iparnya...

Sungguh luas sekali dalam Jusco ini. Akak cukup suka kawasan jualan buah-buahan ini... Luas mata memandang.

Bahagian Food court nya... Tak sempat nak cuba sebab budak2 mintak nak makan kat fast food baru... tak sedap....

Rombongan cik kiah... inikah cik kiah?... hanya cik kiah saja yang tau, mana cik kiah...

Ibunya dah lama berhajat ingin membeli kasut baru. Cari di Schol takder yang berkenan, cari di Clarks pun tak der yang berkenan. Tiba di sini, akak masuklah ke dalam Crocs... Tengok-tengok. Dahlama akak perhatikan jenama ini tapi designnya yang tidak masuk dalam hati. Ehh..ehhh... tiba-tiba akak berkenan dengan satu design serupa dengan kasut lama akak... Cuba pakai... nampak macam kasar dan tebal tapi... bila bawak berjalan.. selesa... rasa best sangat dah jumpa kasut yang dihajati...

Anak bungsu kebetulan tercabut seliparnya..( sajalah tu... agaknya masa akak pegang kasut baru dia dah gigit selipar dia sampai putus...) Dia pun dapatlah sepasang kasut baru...

Keluar jumpa suami tunjukkan kasut baru akak dan anak bungsu. Suami akak kata mana adil anak yang lain pun hendak jugak. Selipar Ain pun putus katanya... Eh... ibu ingat cukuplah ibu dah belanja kena tambah lagi.. abah pun mengeluarkan duit untuk semua anak-anaknya dan SIL pun terima tempiasnya...

Maka.....

Dan ini.....

Tak terkata akak... tapi apalah salahnya.... bukan selalu.. lagipula memasing happy tak terkira...

Kawasan membeli-belah yang baru ini sedang promote sesuatu. Ada paluan kompang... Uhhh.. akak cukup terkesan mendengar paluan kompang. Teringatlah masa buat Wedding Reception di Dewan Perdana Felda 18 tahun dahulu.....

Penat berjalan-jalan dan window shopping... (Lagi sopping-maid akak pernah cakap shopping~sopping).. Anak-anak mengadu dah lapar. Nampak satu restoren Fast Fod, terus depa mahu. ( Sebab tu akak dan suami kalau nak makan special sikit... anak2 tinggal kat rumah... depa hanya suka fast food...). Lihatlah Aisyah cukup enjoy makan burger dan Ayam Goweng...

Kumpulan anak-anak dan SIL...

Selesai makan... jalan-jalan sebentar dan kami pun pulang. Dapat mesej dari Idalara yang kebetulan berada di kampung. Dia juga dalam perjalanan hendak ke Jusco manakala akak waktu itu sudah keluar dari kawasan Jusco....
Takda rejeki Ida....

13 comments:

  1. Salam Akak .. wasanya I cam nak beli satu kasut croc sewupa cam Aisyah punya. :-)

    Kasut tu pun cam tak lekat kat hati I tapi lepas belek2, mmg ada satu yg berkenan sbb dia tak nampak bulky kat kaki I yg cam tongkang nih..

    ReplyDelete
  2. KS,
    betullah...memula mmg i wasa bulky.. tp pakai.. selesa.... skrg tgh dialysis, pakai setokin tebal, muat.... selesanya...
    anak dara punya pun cantik, size sama, muat kat i, dptlah i pinjam... :-)

    ReplyDelete
  3. ni bukan keluarga cik kiah. ni dh jadi keluarga boya ;P

    ReplyDelete
  4. Salam Mah,
    Kita balik kg B.Pahat minggu lepas,mak mertua dah sound rindu kt anak lanang dia(lelaki bah jawa). Dpt la melepas rindu mkn nasi beriyani M.Shah.
    Teringin sgt nak singgah Melaka dan cuti-cuti msia keliling bandar Melaka tapi sampai ari ni belun terlaksana. Padahal asal balik kg mesti tempuh Melaka,agaknya kena ajak Mah temankan kot.
    Mah, pasal v.kaset antik tu jgn lupa bgtau kalau2 terjumpa tmpt yg boleh buatkan dia jadi cd atau Mah ada sedara mara nak jual player yg masih elok, boleh kita beli ek. kih..kih..
    Nak masak apa ari ni Mah, kita vagetarian ari ni sbb pagi2 ni dah masak sambal bende + terung + belimbing , tempe goreng cecah sambal kicap dan recycle kuah kari semalam,abis cerita kira breakfast la ni..

    ReplyDelete
  5. Ai,
    hmmm... keluarga boya... yer lah tu.... untung bapak dia tak turn boya... :)

    yati,
    terpikir jugak nak pekena briyani mat shah.. tp jauh lah pulak...
    okay, nanti kita sama2 mencari Video cssette player...
    ari ni tak masak sebab nak JJTW..(jln2 tgk wayang..)

    ReplyDelete
  6. Wahh ada kasut CROCS tu yang sama mcm ALONG beli.. kaler PURPLE...! lawoooo

    ReplyDelete
  7. jjck? jln2 cari kasut? hehehhe... sesekali habis semua borong kasut takpe la ye tak. salam jengah2 blog.. have a nice day!

    ReplyDelete
  8. azie,
    ada yg serupa?... tentunya yg cantik kan...

    saya,
    terima kaseh singgah...

    ReplyDelete
  9. hajah,
    JJ yang baru terletak di sebelah Tesco. Melaka Sentral ialah Stesen Bus. JJ yang sulong di hadapan Melaka Mall, Air Kroh. Saya dah brisk walk di JJ baru sambil cuci mata. Saya tak suka food court dia. Crowded dan bising. Suka yang di JJ lama lagi. Teratur.

    ReplyDelete
  10. Kak Hajah Nora,
    Terima kaseh bagi pembetulan info...
    saya ingat2 lupa nama kawasan lapang tempat JJ baru ni... Dulunya kawasan lapang saja seblum ada Tesco dan JJ. Saya masa tinggal di Pokok Mangga, jika hendak ke Pasar Besar Lama, memang lalu ikut sini...

    ReplyDelete
  11. salam akak,

    wahhhhhh
    bestnya..
    cuti2 sekolah kan

    saya dah lama tak g melaka
    mayb akan pergi waktu2 terdekat ni
    bestfren dah pindah sana
    heeeeee...

    nak g
    nak g

    ReplyDelete
  12. kasut cap boya sangat komfi kan...!!!
    tideline kan??
    Akak punya tu...
    dah lama usha2 yang LJ yg ada bow pepel tu...
    nanti nak kedip2 mata kat LoKong laaa....

    ReplyDelete
  13. Seminggu selepas jj meletup kak Zai ada ke Melaka sebab tu tak dapat masuk, kawasan di pagar.

    Masa kak Zai beli crocs untuk anak hubby tak ada,apa lagi pakai kad yang berwarna golden jelah.Sekarang ni jarang orang bawa cash tebal2 bahaya.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...