Sebaik habis dialysis, akak ke Enzo Cafe untuk mengisi perut. Kemudian, akak terus ke ICL - Invasive Coronary Lab..... tempat kerja suami - di sinilah tempatnya pesakit jantung mendapat rawatan Angiogram (masuk pewarna dalam salur darah ke jantung untuk melihat salur darah yang tersumbat) dan Angioplasty... (masuk belon dan spring...). Sedang makan, ternampak doktor hensem lalu dengan rupanya yang sungguh tension. Banyak perkara yang sedang difikirkannya. Taklah akak memanggil ke apa.. memang niat nak sekali ambil gambarnya yang hensem itu..(sebelum ini memang ada satu entry mengenai hubungan akak dgn doktor hensem ini...) Takpalah fikir hati... mungkin ada kesempatan lain pula....
Selesai menumpang solat zohor di ICL, akak pergi mendaftar untuk sesi klinik petang ini. Setiap 3 bulan sekali akak ada temujanji dengan Pakar Nefrologi. Disinilah perbincangan mengenai regim mengubati dan nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor pakar. Kali ini, akak dapat pujian sikit mengenai phosphate level yg dah menurun. Hanya ada masalah darah tinggi sebab pengambilan air yang lebih.... Hahahahaha... ( Teringin nak ketawa depan doktor pakar tu... hmmmmm... ketawa jugak tadi depan dia masa dia menyuruh akak melihat rekod tekanan darah tinggi akak yang semakin tinggi...dan dia menyuruh akak tunjukkan rekod tersebut pada suami....) Hahahahahahahahahahhahahahahahhahaahahahahahahha ( Ada yang bertanya kenapa akak ketawa... bukannya apa.. doktor bagitau BP akak tinggi sebab akak minum air lebih.. yang lawaknya akak yang minum akak tahulah akak dah minum air lebih tak bagitau pun akak dah tau...)
Sekali lagi akak menumpang solat asar di ICL. Untung sister belum balik lagi... sekali lagi akak meminjam telekongnya... Selesai kerja suami dan selesai solat, kami pun beransur ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi anak kepada kawan akak yang sedang sakit. Ketika ibunya melahirkannya 22 tahun dahulu pun akak turut menziarahinya di Hospital Universiti. Keluarga ini di uji betul dengan penyakit anak bujang teruna sulung mereka. Setelah mendapat pejelasan dari bapanya dan nurse... suami pun berpuas hati.
Selesai menziarahi anak kawan akak tu, kami pun pergi ke Alamanda untuk mengisi perut. Akak teringat masa hari Jumaat lepas sewaktu akak jalan-jalan dengan Rodzana, kami ada bercerita mengenai Restoren Black Canyon ini. Hari ini kami cuba. Hmmmmm... sesuai...
Si tekak minang ni tah apa-apa tah.... dah tak tahu nak makan apa... bolehke mintak nasi goreng ikan masin ... hello.... apasal ni?....
Bila tengok menu semula, menyesal pulak ambil nasi goreng ikan masin... kalau setakat nak makan nasi goreng ikan masin... bibik kat umah pun pandai goreng... Hmmmm..... kepenatan kot... dah tak boleh nak fikir.... Ambil je lar... tak habis pun.....
Sebelum masuk Isyak, kami dah siap sampai rumah..... Alhamdulillah. Klinik pun dapat pergi.. menziarahi anak kawan yang sakit pun sempat lagi.... All in one day......
Hmmm.. sedap gak nasi goreng ikan masin.. kakcik tengah kemaruk nak makan ni.. :)
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeleteselera tengah sedap yer.... selamat menjamu selewa....
Tu yang best baca, semua AKAK mampu buat, dlm setengah hari, dan juga dlm sehari... Bukan perlu berkejar pun. Relax jerrr.. tp macam2 dapat buat. Best jerrr...
ReplyDeleteTabik spring kat AKAK, dalam ada sakit, tapi bergerak tak macam orang sakit pun. Sangat positif..!
haharharhar! gelak baca ayat "makcik tua" tu. Dengar dek cik abang tu, sedih dia kanggg...hikhikhik!
azie,
ReplyDeletekebetulan tadi jumpa patients pangkat anak... akak dah menggelar diri makcik masa berbual2... itu yg sedar diri dah tua. Akak tak menolak dipanggil makcik sebab akak dah rasa puas segala2nya.....(puas menikmati hidup...)
bukannya ada orang nak usik pun... makcik tua... orang tak perashan pun....
ReplyDeleteorang tak perashan 'makcik tua', tp makcik tua dgn penuh semangat perashan doktor ensem..
ja,
ReplyDeletedoktor hensem tu....
diakan...
mak cik tualah yang pernah ...... dgn dia dulu... (wahsia)
alaaa....cerita lah....
ReplyDeletewahsia2 pulak....
tekak minang and salmon steak=kenot go???
Ha ha ha ha ha ha haaaaaaaaa (tlg akak sambong ketawa) ;P
ReplyDeleteyelah kak, takat nasik grg ikan masin tu soh along masakkan pon boleh. rugi ooo, dah le cik abg yg banje. kalau ai tu, mau pilih menu paling mahal. miahahahahaha
dr singa...
ReplyDeleteekceli doktor hensem tu anak saudara akak...
kami lama tak jumpa.. tiba-tiba jumpa di mid valley...
tau-tau.. dia student kat MUCJ..kdang2 dia ada kat Hospital Serdang...
Ai,
suami akak pun cakap cenggitu... hmmm.. kena belajar dari Ai lah...
Kalau makan kat luar kak Zai nak makan yang special aje,lagi pula kalau orang belanja hahahaaaaa.
ReplyDeletedia pon ckp camtu gak ye? akak mana boleh blajar dari ai. tu sume ANGAN-ANGAN aje. sungguh tau kak, ai ni..bila laki nk banje makan kepsi tu pon dah rasa cam kat syurga!! huhuhu..sadis :(
ReplyDeleteSalam Mah, moga semakin sihat hendaknya. Saya dah pernah try kt restoran tu, boleh la kalau terpaksa...kata darah agak tinggi, order plak nasi goweng ikan mashin, memang sheshuai ek! Apa nk buat kan Mah, selera kita ni memang tajam lagi mengancam. Rezeki jgn ditolak..
ReplyDeletehahahaha..
ReplyDeletekirim salam kat doktor ensem tu kak
lalala
Kak zai,
ReplyDeletekekadang mood saya nak makan kureng... tapi kalau kena tempatnya, tak menolak...
Ai,
Apapun bila suami dah mahu belanja, kira syukurlah kita kan... ada orang lansung tak merasa...
yati,
mood ni kekadang okay.. kekadang salah pilih...
rezeki memang tak tolak... musuh memang tak dicari... :-)
birU,
Insya'allah.. kalau jumpa akak sampaikan...