Friday, March 19, 2010

Jumaat~Penghulu segala Hari. JJBB

Kami terus pergi ke Cyberjaya untuk makan tengahari sebaik selesai dialysis... Hajatnya mencuba Restoren Nasi Daun Pisang... sewaktu kami mencuba Bapakkaya dan S Penang... restoren Nasi Daun Pisang ini sedang giat di ubahsuai... Tiapkali kami kemari, kami berharaplah sangat restoren ini sudah siap tetapi taklah siap-siap. Meneka waktu persiapan dan pengubahsuaian mungkin dah selesai.... kami terus menuju ke sana. Tepat sekali, semalam adalah hari pertama pembukaan Restoren Nasi Daun Pisang ini.

Ianya terletak selang 2 buah bangunan kedai daripada Bapakkaya dan S Penang...

Setelah mencari-cari logo halal dan bertanyakan daripada pengusaha yang mengesahkan HALAL juadah yang dijual... kamipun melabuhkan punggung... terus order nasi dan dua lembar daun pisang pun di bentangkan dihadapan kami... Lauk sayur-sayuran dan gorengan cili di hidangkan bersama nasi yang di curahkan dengan berbagai jenis kari dan kari dhall. Kita hanya menunggu saja pelayan tersebut menghidangkan satu persatu...

Kami dah lama mencari Nasi Daun Pisang yang HALAL. Hari ini tertunailah hajat...

Ditambah pula dengan lauk sampingan ikan tenggiri masak kari dan ayam masak kari...

Rasanya macam banyak nak menghabiskan...

Ada pula yang makan tak habis... siapalah tu... tadi nak macam-macam...

Selesai makan, maka bergegaslah pula kami ke Balai Bomba yang berdekatan untuk solat Jumaat. Kali ini kami masuk terus depan pintu kerana akak seriau nak tunggu di bahagian belakang kereta-kereta yang di letakkan di tepi-tepi jalan. Bila masuk dalam begini, rasa selamat jer.. Hati pun tak berkata-kata....

Ini bahagian depan kereta kami..

Bahagian belakang kereta....Rasa selamat jer bila letak kereta begini....
(psstttt Dr IS, Van tu takder lah....Dia ponteng solat kot....)

Selesai solat, suami pun hantar akak pulang kerumah. Akak yang asalnya dah berjanji dengan Rodzana hendak berjumpa kerana memang dah lama berhajat nak duduk berbual-bual dengannya.. terus keluar semula dan menjemput beliau di rumahnya. Hajatnya ingin ke Kopitiam di Bangi sahaja.. tapi tiba-tiba Zana bagi cadangan untuk ke Alamanda. Terus ke Alamanda.

Sambil berjalan-jalan.. kami berbual-bual dan akhirnya berhenti di Baskin Robbin. Masing-masing makan aiskerim sorang satu dan duduklah sambung berbual... Tiba-tiba akak yang dari awal teringin nak makan Air Batu Campur... mengajak turun ke Food Court. Rupanya di Food Court ada 2 kiosk yang baharu. Satu menjual 'desert' dan satu lagi menjual jenis kebab dan burger...

Kira meriah juga tempat ini.

Zana menyukai ini...

Akak memang teringinkan ini...

Borak-borak hingga sekian lama, perut pun lapar... Zana order 'reuben' dan di potong dua... Kira kenyanglah juga...

Zana,..
seronok betul keluar dan duduk bual-bual cenggitu... lainkali kita buat lagi yer... kita cuba di restoren yg depan tu pulak.. Black Canyon...

6 comments:

  1. salam akak,

    heeeeeeeee
    seme sedap2
    teringin gak rasanya
    heeeeeeee


    selamat malam kak

    xoxo

    ReplyDelete
  2. birU,
    selamat malam... memang akak pun dah ngantuk dan penat... jom kita sambung makan dalam mimpi...

    ReplyDelete
  3. ngehngehngeh...
    macam tau-tau je kita nak tanya!!!!!!!!!
    senangkan restoren tu...
    kurang nak basuh pinggan-pinggan... :)

    ReplyDelete
  4. Akak .. nih versi JJHH* ehh?

    Siapa lagi yg boleh kita harapkan selain diwi sendiwi untuk hiburkan hati sendiwi kan kan?

    *hiburkan hati

    ReplyDelete
  5. Hajah,
    You memang adventurous dalam makan-makan ye? Suka cuba itu ini. Tapi nasi daun pisang tu not for me, tak boleh terima bila nasi dah di simbah kuah dan kari banyak-banyak. ABC saya suka. Mengancam!

    ReplyDelete
  6. Dr IS,
    Akak sendiwi dah jadi pemerhati mencari lori kecil tu sebab kerapkali jumpa. Smlm mungkin dia solat jumaat kat kg dia kot...
    ( Akak syak daun pisang ni pun dia re-cycle.. satu hari nanti nak intai tengok...)

    Kak som,
    ini memang versi JJHH.. sama mcm u tiga beradik... Shendiwi bawak hati utk diwi shendiwi.... tapi i lagi suka versi Mashak shendiwi sampai shendawa shendiwi... hahahahahah....

    Kak Hajah Nora,
    Suami yang lebih suka mencuba... kita mengikut jer.. lama-lama jadi suka...
    ABC tu memang sedappppp... berbaloi cari dari Bangi ke Alamanda... Berbaloi-baloi... rasanya sedap sangat sebab ada air gula rasa macam sarsi... lain dari yg biasa cuma rasa gula melaka dan sirap.. ini tambah perasa sarsi....
    Saya minum banyak semalam sampai terancam...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...