Thursday, March 4, 2010

Hari ini.


Makaroni bermandikan sos portobello dan beef peperoni..

Spagetti Aglio Olio


Hari ini berpunca dari semalam... selesai dialysis akak dapati B/P akak makin tinggi. Ini menandakan air dalam badan akak memang banyak... Bila B/P tinggi, pengaliran darah di tempat kena cucuk menjadi sukar nak berhenti.

Hingga hari ini, luka kena cucuk masih lagi mengeluarkan darah. Sehinggakan semalam sewaktu bertemu dengan kawan kolej Marina dan Normi... baju Marina telah terkena darah dari tangan akak yang keluar tanpa akak sedari.. Untunglah Marina kawan/sahabat lama. Dia tersenyum saja bila akak menyatakan bajunya ada kesan darah....

Pagi ini, akak mulanya membuat rancangan untuk keluar sarapan dengan Ella dan Marina. Tapi akak terpaksa batalkan kerana sehingga malam tadi B/P akak makin meninggi. Temujanji akak dengan Zana (orang alai) juga sekali lagi terpaksa akak batalkan. Akak kena banyak merehatkan diri agar B/P akak menjadi sedia kala disamping kena makan ubat darah tinggi lebih dari biasa. Akak terpaksa berbuka awal pagi tadi untuk makan sejenis lagi ubat darah tinggi bagi membantu menurunkan B/P.

Bagi pembaca yang masih sihat, amalkan penjagaan kesihatan dengan teliti. Jika dah mula ada penyakit, kita akan menjadi lebih terdedah dengan berbagai-bagai penyakit serius... Bukan untuk menakut-nakutkan sekadar memperingati sahabat dari seorang sahabat.

Untuk menjamu selera anak-anak akak buat sesuatu yang mudah dan sedap tapi mengenyangkan.
Spahagetti olio oglio dan macaroni sos portobello dan beef pepperonni.

8 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    semoga tekanan darah Dik Mah segera normal semula. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. semoga akak kembali seperti biasa..banyak2 kan berehat yer kak

    ReplyDelete
  3. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    best best
    lapo jer
    ekekkeke

    ReplyDelete
  4. Akak, BP naik mungkin ada kena mengena dgn lauk nangka n daging kot? Semoga cepat sembuh; banyakkan berehat k?

    ReplyDelete
  5. heparin terlebih ke Akak?
    wahh...dah 10 hibu lebuh hits dia!!!

    ReplyDelete
  6. kakcik,
    insya'allah.. saya perlu jaga pengambilan air.. tak tahanlah musim panas ni...

    zila,
    terima kaseh...

    birU,
    tekak minang akak tak boleh terima... tp kesian kat anak2 dah lama mintak..

    kak som,
    bukan sebab lauk tu... sebab i dah terlebih minum air....

    IS,
    i mencuri air kat umah i shendiri...
    (salah ker?...)
    heparin kira biasa macam biasa-biasa...
    hmmmmm... adoi... tolonglah saya dgn air ni....

    ReplyDelete
  7. Sedih jer bila ikuti perkembangan kesihatan AKAK ni. Kejap naik kejap turun..

    Selamat berehat KAK...

    ReplyDelete
  8. azie,
    terima kaseh....
    memang nak kena rehat jer minggu ni... :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...