Sunday, February 28, 2010

Derma Darah.


Setelah akak merasai dan mendapat bantuan daripada Tabung Darah sewaktu sedang tenat sakit, akak cepat tersentuh apabila ada berita mengenai Menderma Darah. Akak sendiri merasakan bagaimana bila kandungan darah(Hb) dalam badan tidak mencukupi. Akak merasa sangat letih., tak upaya nak berjalan... nafas tersekat-sekat... Waktu itu kandungan darah dalam badan hanyalah bawah 5.2gm/dl. Sebelum mengalami kegagalan buah pinggang akak tak pernah tahu kepentingannya menderma darah.

Setiap kali akak diarahkan oleh doktor pakar agar mendapatkan bantuan darah dari tabung darah, setiapkali itu juga akak bersyukur dan mendoakan kepada setiap penderma darah yang telah mendermakan darah mereka tanpa mengira untuk siapa. Murni sungguh hati mereka bilamana mereka membuat keputusan untuk menderma darah demi menyelamatkan pesakit yang memerlukannya.

Untuk maklumat lanjut, ada akak copy dan paste penerangan ini dari Wikipedia.


Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Dengan menyinarkan cahayamelalui larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap (khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin dapat ditentukan.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-

  1. Baru lahir : 17-22 gm/dl
  2. Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
  4. Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  5. Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  6. Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  7. Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  8. Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).

Paras hemoglobin yang tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi palsu yang hilang apabila kandungan air bertambah. Sebab lain adalah penyakit paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan penyalahgunaan hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan meningkatkan prestasi dalam acara sukan masing-masing.

[sunting]Untuk semua yang pernah menderma, hanya kata-kata ribuan terima kaseh yang tidak terhingga dari akak buat anda semua. Hanya Allah snw sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik dan budi anda semua.

Inilah rumah kita.

Sejauh mana kita pergi
setinggi mana pangkat kita
sebanyak mana harta benda
Kesini jualah tempat berakhirnya kita.

Sepandai mana bicara kita
sepetah mana pun tutur kata
soalan yang akan di soal nanti
berdasarkan amal ibadat yang kita bawa bersama

Semuga matiku dalam husnul Khatimah
Semuga rohku diterima dengan baiknya
semuga dikasihani dan diterima oleh Allah snw

Saturday, February 27, 2010

XTVT hari sabtu.

Bangun solat subuh, terus tak boleh nak sambung tiduq. Semalam dah janji nak pergi Pasar Tani di Mardi Serdang. Suami pun dah siap mandi dan berpakaian... takdapatlah nak tukar rancangan untuk sambung tidur.
Balik dari Pasar tani, terus singgah sarapan pagi dengan roti canai... yang bestnya suami tanya nak makan roti canai melayu?.. akak setuju. Bila sampai kedai yang dimaksudkan, akak nampak tukang tebar roti canai bangla... kedai memang kedai melayu. Akak komplenlah...

Akak : Yang cakap roti canai melayu... tukang masak roti canai bangla...

Suami : Abang cakap memang kedai melayu... tapi dalam kurungan (tukang masak bangla)... dalam kurungan mana boleh baca....

Akak : ( Nak ketawa pun ada.... ) sabaukan ajer...

Selesai sarapan, kami pulang hantar ikan dan sayur... Budak2 dah siap berpakaian. Terus kami meneruskan rancangan kami ke Muzium Alam Semulajadi... Suami memang dah tahu kedudukan Muzium tersebut di Precint 14. Dalam Precint Diplomatik... Mudah nak dicari. Parking bawah bangunan muzium. Selesa. Orang pun belum ramai lagi... mudah nak parking.

Pelawat hanya perlu mendaftar tanpa perlu bayaran masuk.

4 orang anak gadis yang teruja melawat Muzium ~ Pameran Mamalia.

Bergambar bersama tulang ikan Paus...

Panjang sangat tulang ni... dapat masuk separuh tulang jer..

Budak ni memang cepat terbengot.... kena tegur sikit dah merajuk... rasa nak suruh Harimau tu gigit pipi dia...

Bila yang sorang terbengot, yang ini bukan main ceria.... Badan dia jer yang dibengotkannya...

Bergambar bersama kawan seperjuangan....

Selesai melihat-lihat pameran Mamalia, kami pun berangsor ke Taman Cabaran. Ada 2 Bangunan Aktiviti Lasak di sediakan. Sukan mendaki dan sukan layar. Qeeb memang dahlama bercita-cita nak mencuba sukan mendaki... Sewaktu kami sampai di sini, memang dia terkejut sungguh. Gembira betul dia... Pucuk di cita....

Selesai bertanyakan cara-cara untuk menggunakan kemudahan di situ, kami pun mendaftar dan melihat tempat mendaki. Untuk percubaan, kami disediakan ruang di tingkat atas. Bagi yang dah expert... bolehlah lakukan di bahagian yang paling mencabar. Ianya terdiri dengan berbagai-bagai peringkat kepayahan dan ketinggian. Kira puas hatilah...

Qeeb terus saja mencuba. Diikuti oleh Aisyah, Ain dan Zahrah. Akak pun teringin jugak... dah lama dendam nak cuba...

Aisyah mencuba dan disambut oleh kakaknya.
Panic jugak Aisyah sewaktu kakaknya lambat menarik tangannya.

Selesai 2/3 kali memanjat.... Qeeb dan Ain melepek kepenatan..... Boleh Fengsan.....

Aisyah masih mencuba... walaupun bersendirian tanpa di tunggu kakaknya...

Qeeb dan Ain mencuba cabaran yang agak tinggi...

Ibu depa pun teruja sama.... Tewingat masa kecik dulu selalu panjat pokok kuini yg ditanam khas oleh arwah mak. Pokok rambutan dan pokok jambu batu pun jadi mangsa...

Puas memanjat... terasalah lapar dan dahaga... Masing-masing dah tak larat nak memanjat lagi. Dalam perjalanan pulang, suami mengajak singgah di Alamanda... tapi rasanya kalau singgah Mc Donald di Bangi pun dah cukup. Maka kesanalah tujuan kami.

Suami memesan minuman, burger, fries dan aiskerim untuk semua....
Kelaparan....

Perut dah di isi....

Anak 'walrus'


Friday, February 26, 2010

Lunch Tengahari tadi...


Selesai dialysis, kami pergi ke JM Beriani. Sudah tentunya ramai kengkawan tahu yang akak ni akan mencuba kat satu2 tempat tu sampailah muak. Kalau tempat tu memang dah tak sedap/suka dari mula cuba... tidaklah kami datang lagi. JM ini termasuk dalam restoren yang kami suka dan sesuai dengan rasa.

Akak mencuba mee bandung johornya... kurenglah... tapi sedaplah jugak.

Suami memilih Beriyani Kambing.

Sempena Maulidur Rasul, kami diberikan pulut kuning dan rendang daging dan limpa. Sedap. Tapi kami dah kekenyangan dengan buah-buahan potong, jeli buah-buahan dan air kelapa jelly.


Dah minta izin... boipren baru...


Puan Loo... dan Puan Diana... SN yg di sayangi pesakit... sungguh bertanggungjawap...Teringat masa akak dah hampir tak bernafas, SN Diana kena tunggu dri pukul 200 pagi menyiapkan mesin hingga pukul 500pg, malangnya mesin dialysis tak sesuai digunakan kerana B/P akak terlalu rendah.. SN Diana, akak kenang sampai akhir hayat....

Puan Loo, SN Diana dan Puan Chan....


Untuk meneman akak selama 4 jam sewaktu membuat rawatan dialysis... akak dibekalkan dengan Encik Vaio yang membawa akak belayar jauh hingga kemana sahaja tanpa rungutan. Untuk sambungan hayat Encik Vaio, akak telah terpaksa.... meminta izin dari 2 orang yang terlibat iaitu suami akak dan isteri uncle Loo.

Kami sebenarnya ditempatkan agak jauh antara satu sama lain. Tapi... olehkerana soket di bahagian akak sudah rosak, akak terpaksa menggunakan soket uncle Loo. Jarak kedudukan kami yang sebelum ini jauh dah semakin rapat dengan izin auntie Loo juga....Begitulah kami di sini.... dah jadi macam saudara... bertolak ansur dalam berbagai perkara.....



Thursday, February 25, 2010

Syukur... Pertemuan selepas 29 tahun.

Hari ini adalah hari cuti dialysis. Akak pula tidak berpuasa seperti minggu sebelumnya. Akak terasa tersangatlah ingin membuat 'dating' dengan sesiapa yang available... Akak hantar mesej pada Zana.. dia bersetuju tapi belum tetapkan masa berjumpa.

Sedang menunggu solat zohor, akak mendapat mesej dari Suhayati teman sekelas sejak tingkatan 4 dan 5. Aduh... hendak pergi rasa jauh.. tak mahu jumpa rasa tak patut... Akak pun minta kebenaran suami untuk keluar bertemu Suhayati di Alamanda Putra Jaya kerana Suhayati baru habis conference di Marriot Putra Jaya. Janji di buat dan akak selesai solat zohor, terus bergegas kesana dengan Qeeb.

Tiba di sana, Suhayati masih belum tiba. Sambil menunggu kedatangannya akak dan Qeeb (itu yang best bawa teman...) singgah makan Aiskerim di Baskin Robbins. Tak lama kemudian Suhayati pun tiba dan kami bertemu depan Mc Donald. Upacara peluk bercium pun berlaku setelah 29 tahun tak bertemu.... (Qeeb terpaku lalu lupa nak amik gambar...-memang nak kena potong gaji...)

Kami memilih untuk makan di Penang Village. Maka selesai memesan makanan, kamipun mulakan berbual kisah-kisah sewaktu dalam kelas. Yang paling buat akak ketawa besar ialah semasa kami sekolah dahulu pemakaian baju kurung tidak diwajibkan jadi akak lebih suka memakai baju seragam biasa. Bila tiba hari jumaat, seisi kelas memakai baju kurung melainkan akak, jadinya Suhayati ditugaskan oleh seisi kelas memujuk akak memakai baju kurung.

Akak mengenangkan tak mahu jadi kera sumbang, akak pun menurut permintaan mereka. Tapi, olehkerana penjualan kain baju kurung dahulu tidak banyak pilihan seperti sekarang.. Jika mahu berbaju kurung kena hantar tempah kedai, tapi akak hanya mempunyai kain baju kurung yang kena ikat sendiri.. Memandangkan akak tak pandai mengikat kain baju kurung, akak mengikat kain dengan rupanya tinggi sampai nampak stokin dan seumpama makcik nak ke sawah tingginya kain. Dengan langkah yang umpama askar berkawad, memang jadi bahan ketawa kawan-kawan sekelas.

Banyak cerita-cerita suka duka yang kami luahkan bersama. Akak tak tahu dia pernah jadi mangsa dera kawan sepasukan yang berdengki dengannya. Kenangan kami memaksa seorang anak India memakai baju kurung semasa hari jumaat pun membuatkan kami ketawa mengenangkannya. Hmmm... bayangkan 29 tahun punya cerita... kan memakan masa yang panjang. Rasa tak puas jumpa. Temujanji akak yang sepatutnya bertemu dengan Zana selepas balik dari Alamanda pun tak dapat akak tunaikan. Lainkali ya zana..... Jangan serik berjanji...

Dari pagi menjelang tengahari, akak rasa 'sepi/sunyi' sangat.. tapi bila dah jumpa yati... Alhamdulillah.... Allah mempertemukan kami semula. Janjinya selepas ini kami cuba nak hidupkan kembali Alumni sekolah kami. Insya'Allah.



Huuuuu... 29tahun punya sejarah kena diceritakan semula.... Maunyer tak kusyuk mendengar...




Kisah petang semalam.

Sewaktu suami menghantar akak pulang tengahari semalam, suami beritahu petang ni dia balik ambil akak lepas kerja untuk pergi beli barang-barang bulanan di Tesco Saujana Impian. Akak pun okay saja...Maklumlah tengah ABC.. tak risau apa pun...

Petang pukul 4.00 akak tertengok cerita HBO ' Shanglish'.. lakonan pelakon yahudi yg akak tak minat tapi dia pandai berlakon hinggakan akak terpaku melihat lakonannya... ikut hati sebaik tengok muka dia, akak nak tukar je channel lain tapi jalan cerita sangatlah menarik. Cerita berkisar bagaimana pendatang sepanyol masuk Amerika dan bekerja sebagai maid kepada satu keluarga yang agak kucar kacir. Pasangan yang si isteri ada affair dgn lelaki lain, maknya yang ketagih alkohol, anak dara sulung yang chubby, suami yang pandai masak tapi isteri buat tak peduli... memang bestlah... seumpama kita di ajak masuk sama melihat kehidupan keluarga ini.

Akak kan cik tinam... sukalah mengikuti cerita ini sampai habis. Akhirnya pukul 5.00, temujanji akak dengan Dr Greene dan Dr Carter... terlepas.... Pukul 6.00 suami call katanya baru keluar hospital. Dia faham sangat perangai akak... saja dia tunggu sampai pukul 6.00 sebab akak mesti terpaku tengok ER... Itulah suami akak yang amat memahami isteri dia yang setengah sewel ni...

Aisyah yang melihat akak dah bersiap-siap pun bertanya kemana akak nak pergi. Akak pun menyuruh dia mandi dan tukar baju. Dia bersetuju nak ikut kerana fikirnya akak jalan-jalan sebentar saja.

Tiba di Tesco, Aisyah dah terlena tidur dan puaslah nak mengejutkannya. Dia mahu pulang kerana ketiadaan kakak-kakak kesayangannya membuatkan dia tak seronok. Tapi akak memujuknya agar ikut bersama-sama membeli barang-barang bulanan.

Rasanya dah lama akak mencuba hendak menghentikan penggunaan 'pampers' untuk Aisyah. Tapi kekadang, 'terlepas' jugak Aisyah malam-malam. Suami mencadangkan Aisyah di pakaikan lampin ini semula. Ingat akak anak-anak yg dahulu, sebaik dah berhenti pakai lampin... tiap-tiap malam akak akan kejutkan mereka dan dukung mereka masuk tandas... bila dah buat selalu, mereka pun dah tak perlu memakai 'lampin'. Tapi keadaan sekarang berbeza. Akak dah tua dan tak larat nak dukung Aisyah macam kakak2nya dahulu. Untuk tidak sama-sama kebanjiran... teruskan sajalah pakai 'lampin'.


Selesai beli barang dan solat maghrib, suami mengajak pergi makan malam. Dah dua kali dia menyebut 'Prosperity Burger'... akak pun bersetuju untuk ke Mc Donald di Saujana Impian. Aisyah pun suka dengan Cheese Burger... Akak hanya makan Filet o Fish...
Aisyah terasa sunyi bermain sendirian tanpa kakaknya Ain.



Wednesday, February 24, 2010

Makan tengahari ini.


Setelah berkali-kali kami makan di Seri Penang hingga dah naik jelak... hari ini kami mencuba makan di restoren sekitar Bandar Baru Bangi. JM Beriani House adalah salah satu restoren yang pernah kami mencuba dahulu dan kini kami mencuba sekali lagi. Syukurlah makanan yang kami pesan amatlah sedap rasanya.

Akak belum terasa di tekak nak makan beriani maka tidaklah memesan nasi beriani. Oleh kerana ada pilihan mee udang dan mee bandung, akak mencuba mee udang. Kiranya sesuai dengan tekak akak yang teramatlah lorat ni. Bolehlah datang makan lagi.


Suami pula memang suka makan nasi beriani. Beliau mencuba Nasi Beriyani Ayam. Berasnya memang nampak berkualiti dan sedap rasanya.

Untuk minuman kami memilih Kalamansi dan asam boi bersama dengan Jelly Kelapa. Puas hati.

Nampaknya selepas ini, memang ke mari sahajalah pula tempat tumpuan kami selagi si-tekak minang ni tak meragam nak yang lain pulak..... :-)

Kehidupan kami.



Kalau dah tiap selang sehari bertemu... maka hubungan kami di sini menjadi mesra... kita jumpa adik beradik sendiri pun tak sekerap itu....

Nak ceritanya di sini, gambar 2 orang di depan tu adalah kengkawan yg selalu akak jumpa. Yang duduk di kerusi bertudung tu adalah pembantu kepada seorang apek tua. Sri namanya... cukup rajin membantu kami pesakit dialysis. Pergi ambilkan selimut, ambikkan buku rekod, ambilkan mesin B/P, pergi belikan air minuman ataupun makanan.... pendek kata... apek tu yg bayar gaji... kami yang dapat fekdahnya.... sihat rasa....

Yang sorang tu... pernah akak kenalkan sebelum ini... namanya Shamsiah... mempunyai 3 orang cahayamata. Sudah solo dan katanya ' available'.

Tadi, Sham menerima panggilan telefon. Ringtones nya lagu Alleyscat...' Hingga Akhir Nanti '..
Bila dengar lagu2 lama ni,mengimbau balik kenangan masa mude-mude dulu... lagu ni popular masa akak dalam tingkatan 4. Tengah bercinta ala-ala 'monkey'. Terbayang pulak... apalah kabar 'dia' yer?... dah buncit ke?.. sihat ker?... Alhamdulillah lah jodoh akak dengan suami akak ini... sebab suami akak penyayang dan bertanggungjawap....


Tuesday, February 23, 2010

Pandangan yang menyejukkan mata.


SHANGRILA PUTRAJAYA..
Bukanlah akak nak berkempen mengenai hotel ini... pun bukan nak menggalakkan sesiapa datang kesini. Tapi, sebagai memberi pandangan dari akak yang pernah berkali-kali kemari untuk berbuka puasa dan baru sekali bermalam di sini... hotel ini memang sesuai menjadi tempat pilihan untuk beristirehat minda dan fizikal.

Landscaping yang berasaskan tema taman dalam hotel... luar hotel... tepi hotel... memang menyejukkan pandangan mata. Tak perlulah nak masuk hutan untuk menikmati keindahan sebegitu.

Kakcik dan fa,
amacam?... setuju jika kita jadikan sini tempat berehat untuk semalam... takpun kita duduk pada satu hujung minggu untuk hi-tea.... ataupun pada sesapa yang berminat?.... ( Pernah menyuarakan cadangan tapi pernah tak dapat sambutan itu yang bertanya pada Fa dan kakcik saja dahulu... jika mahu ikut turut serta... jom kita beramai-ramai.... )


Dalam ruangan spa yang terdiri dari kolam jakuzzi, steam bath dan sauna.

Kolam jakuzzi yang menambat hati untuk mencuba..

Pemandangan sebahagian dari Putrajaya dari kolam renang.

Inilah pemandangan dalam hotel yang paling memikat hati... kehijauan pokok2 fern...


Lunch semalam.

Semalam lepas dialysis kami pergi Seri Penang sekali lagi. Kami order sesuatu yang berlainan daripada yang biasa kami order. Akak order Claypot Chicken Rice dan suami pula order Belacan Fried Rice.

Untuk si tekak minang, Claypot Chicken Rice tidak dapat memenuhi selera kerana kemanisan yang ada pada ayam gorengnya. Si tekak minang suka yang pedas-pedas.



Suami rasa sesuai pula pada tekaknya bila mencuba Belacan Fried Rice. Pada akak, suapan pertama memang sedap, tapi suapan yang seterusnya tak boleh dah. Setakat ini kalau Kway Teow Goreng dan Mee Suah Goreng memang boleh diterima.


Monday, February 22, 2010

Dah berjawap...


Ini gambar anak akak yg mana?

A. Siti Fatimah Azzahrah
B. Mar'iyatul Qibtiah
C. Qurrata Ain
D. Aisyah Sakinah

Terima kaseh akak ucapkan kepada semua yang menyertai pertandingan suka-suka ini.... Sebelum akak terlupa nak bagitau jawapannya takut terlelap pulak...
Jawapan nya adalah B.. Mar'iyatul Qibtiah
Pemenangnya ialah Puan CS - Kak som kita wakil dari Al-Kisah
dan seorang lagi yang betul jawapannya ialah Wan Azreena...





Bunga Api....


Dah lama kami tak tengok pertunjukan bunga api...
Malam minggu tu.. ada pertunjukan bunga api
Syukur Alhamdulillah...
Dapat menikmati lagi kecantikan hasil dari bunga api

Anak-anak akak... inilah kali pertama Aisyah melihat pertunjukan bunga api...
bagi Zahrah, Qeeb dan Ain dah pernah melihat ketika kami berkunjung ke Gold Coast
Hari tu sempena sambutan Aztec Day...
Malam sebelumnya ada pertunjukan bunga api
boleh di lihat dari luar beranda bilik hotel kami


Gambar sewaktu hari siang...


Sunday, February 21, 2010

16 tahun dahulu....







Hari ini anak sulung akak menyambut hari lahirnya yang ke 16...
Siti Fatimah Azzahrah diberi nama....
16 tahun dahulu, adalah hari pertama akak bergelar ibu...
Lahir dengan berat 4.2kg... bulu roma yang lebat..
lagi 5 minit Doktor Maimunah nak lakukan c-section...

Kakak dilahirkan pada bulan Ramadhan..
sebulan ibu kena ganti puasa...
sebaik mendengar berita kelahiran kakak
atuk, nenek dan opah
adik beradik abah dan adik beradik ibu dan nenek
mama along, cik dah, cik ani pun turut datang menziarah...
nak lihat cahayamata pertama ibu dan abah...

Sewaktu mula tiba di rumah selepas dilahirkan
Nek bik, nek bik kasa, nek tom, nek lobak, nek zoom dan nek uda
memasing dah berkumpul di rumah ingin melihat kakak
Badan kakak yang besar memudahkan ibu dan pembantu
menjaga dan memandikan kakak
Arwah nenek munah shahar menjadi
nenek angkat pada kakak..
ibu di jaga dan diurut dan juga disiapkan makanan waktu pagi

Begitulah pada hari kelahiran kakak 16 tahun dahulu..

Sewaktu kakak dalam perut juga kakak sudah dibawa ke London, Paris, Amsterdam, Germany..
sambutan menyambut menantu di pihak abah pun diraikan sewaktu kakak dalam perut ibu...
meriah sungguh....

Kakak,
walau apapun yang pernah ibu ucapkan
(biasalah ibu.. ibu kan naga... garang...)
kakak ingatlah
kakaklah anak sulung ibu
anak sulung abah
cucu sulung atok
cucu sulung nenek...
cucu sulung opah...
kakak disayangi oleh semua...
Ibu sentiasa mendoakan
kakak menjadi seorang anak yang berjaya
dalam hidup
menjadi anak yang solehah
dimurahkan rezeki
dan dipertemukan jodoh bersama
suami yang beriman....
Amin Ya Rabbal Alamin....

Hamster nak makan...