Saturday, February 27, 2010

XTVT hari sabtu.

Bangun solat subuh, terus tak boleh nak sambung tiduq. Semalam dah janji nak pergi Pasar Tani di Mardi Serdang. Suami pun dah siap mandi dan berpakaian... takdapatlah nak tukar rancangan untuk sambung tidur.
Balik dari Pasar tani, terus singgah sarapan pagi dengan roti canai... yang bestnya suami tanya nak makan roti canai melayu?.. akak setuju. Bila sampai kedai yang dimaksudkan, akak nampak tukang tebar roti canai bangla... kedai memang kedai melayu. Akak komplenlah...

Akak : Yang cakap roti canai melayu... tukang masak roti canai bangla...

Suami : Abang cakap memang kedai melayu... tapi dalam kurungan (tukang masak bangla)... dalam kurungan mana boleh baca....

Akak : ( Nak ketawa pun ada.... ) sabaukan ajer...

Selesai sarapan, kami pulang hantar ikan dan sayur... Budak2 dah siap berpakaian. Terus kami meneruskan rancangan kami ke Muzium Alam Semulajadi... Suami memang dah tahu kedudukan Muzium tersebut di Precint 14. Dalam Precint Diplomatik... Mudah nak dicari. Parking bawah bangunan muzium. Selesa. Orang pun belum ramai lagi... mudah nak parking.

Pelawat hanya perlu mendaftar tanpa perlu bayaran masuk.

4 orang anak gadis yang teruja melawat Muzium ~ Pameran Mamalia.

Bergambar bersama tulang ikan Paus...

Panjang sangat tulang ni... dapat masuk separuh tulang jer..

Budak ni memang cepat terbengot.... kena tegur sikit dah merajuk... rasa nak suruh Harimau tu gigit pipi dia...

Bila yang sorang terbengot, yang ini bukan main ceria.... Badan dia jer yang dibengotkannya...

Bergambar bersama kawan seperjuangan....

Selesai melihat-lihat pameran Mamalia, kami pun berangsor ke Taman Cabaran. Ada 2 Bangunan Aktiviti Lasak di sediakan. Sukan mendaki dan sukan layar. Qeeb memang dahlama bercita-cita nak mencuba sukan mendaki... Sewaktu kami sampai di sini, memang dia terkejut sungguh. Gembira betul dia... Pucuk di cita....

Selesai bertanyakan cara-cara untuk menggunakan kemudahan di situ, kami pun mendaftar dan melihat tempat mendaki. Untuk percubaan, kami disediakan ruang di tingkat atas. Bagi yang dah expert... bolehlah lakukan di bahagian yang paling mencabar. Ianya terdiri dengan berbagai-bagai peringkat kepayahan dan ketinggian. Kira puas hatilah...

Qeeb terus saja mencuba. Diikuti oleh Aisyah, Ain dan Zahrah. Akak pun teringin jugak... dah lama dendam nak cuba...

Aisyah mencuba dan disambut oleh kakaknya.
Panic jugak Aisyah sewaktu kakaknya lambat menarik tangannya.

Selesai 2/3 kali memanjat.... Qeeb dan Ain melepek kepenatan..... Boleh Fengsan.....

Aisyah masih mencuba... walaupun bersendirian tanpa di tunggu kakaknya...

Qeeb dan Ain mencuba cabaran yang agak tinggi...

Ibu depa pun teruja sama.... Tewingat masa kecik dulu selalu panjat pokok kuini yg ditanam khas oleh arwah mak. Pokok rambutan dan pokok jambu batu pun jadi mangsa...

Puas memanjat... terasalah lapar dan dahaga... Masing-masing dah tak larat nak memanjat lagi. Dalam perjalanan pulang, suami mengajak singgah di Alamanda... tapi rasanya kalau singgah Mc Donald di Bangi pun dah cukup. Maka kesanalah tujuan kami.

Suami memesan minuman, burger, fries dan aiskerim untuk semua....
Kelaparan....

Perut dah di isi....

Anak 'walrus'


13 comments:

  1. Waduh.. seronoknya berjalan anak-beranak. Kakcik hari ini bbrp kali keluar dengan ES. Last ke Expo barangan halal di Masjid Negara. Sebelah petang melawat bapak bersama adik..

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    shekali-shekali kena masuk agenda jugak jalan2 ngan anak2... nanti depa besar.. depa tuntut....
    hehehehheheeh

    ReplyDelete
  3. 'Walrus' tu mesti kreatip, betul tak?

    Akak, I setuju dgn kata2 you tentang anak2 bila dah besar depa tuntut. T pernah tanya I "Umi tak menyesal ke kawin dgn Abah?" ... hanya sbb abahnya tak bawak kami jenjalan keliling kota. I jwb "taak" (tapi kadang2 terasa YA juga, heheh)

    ReplyDelete
  4. salam akak..wahhhh..nmpk best sgt bawak anak2 g muzium..rasa ida dah bertahun tk pegi muzium..insyaallah nk bawak hero dua org tu lh..tiga hari cuti ni ida keja..bnyk keja kena siapkan sebelum g course tgh mac ni..

    ReplyDelete
  5. kak som,
    anak 'walrus' tu memang kreatip.. i pun kekadang boleh terkesima. adik kepada anak 'walrus' tu lagi kreatip, tp sebab dah terbengot ngan mak 'walrus'dia, mana nak dia senyum...

    ida,
    kalau suami tak rajin, akak tak jugak suka ke muzium... ikutkan jer... nak bayar balik waktu2 yg akak dah bazir dalam wad CCU...

    ReplyDelete
  6. Kak som,
    (terlepas komen...)
    walaupun TB tak bawak anak2 keliling kota tapi yg itulah abah mereka yg tetap pulang kerumah... sediakan perbelanjaan... tak tendang terajang ummi mereka... pada i tak der aper nak dikesalkan...
    wasa macam fadhilah kamsah lah pulak... :-)

    ReplyDelete
  7. Salam Mah....

    Tumpang lalu jap eh, nak tanya Cs...abah jarang2 bwk jalan eh? naper tak bg tau, I ada petua nk buatkan abah jadi selalu nk bwk jalan... heeheee...

    Mah, mana mak walrus tu? tak nampak pun taring dia? ... ngeee... - luv QJ.

    ReplyDelete
  8. Akak aka FK, timakasih kasi 'modal' untuk berinteraksi (read: tegangkan urat) dgn anak2 bila hormon masing2 terbengot ;-)

    ReplyDelete
  9. QJ,
    selalu suka cakap separuh-separuh.... bagilah petua kat sini biar semua orang boleh dapat menafaatnya.. (kan kak som...)
    Mak walrus dah lama dah asah taring dia sebab mak walrus nak menyamar jadi maknusia biasa... ngeee...

    Kak som,
    puas i cuba menafsirkan sapalah FK tu... biasalah pakar 'motip basi'.. selalu terlupa apa yg pernah dia katakan.... hehehehehheeh...

    ReplyDelete
  10. Salam Mah, nampaknya pg semalam kita ke destinasi yg sama pasar tani MAEPS. Rasanya masa saya dlm kereta mencari parking terpandang suami Mah, agak2 jer tgh tinjau2 gerai ikan basah, betul tak, pakai baju putih.

    Dpt parking, cepat2 turun nak bekejar mencari kalian, kalau betul le orgnya, maklum tak pernah bersua muka..main cam lalu gambar dlm blog jer.

    Nampaknya hajat tak sampai, puas ditinjau ke kiri kanan, lorong ke lorong. Harap2 dpt berjumpa, malangnya bayang pun tak nampak. Suami saya kata, sure awak salah org..salah tegur kang buat malu company jer, kih..kih..

    ReplyDelete
  11. Yati,
    rasanya memang kami lah tu... memang suami saya ber t-shirt putih... Tak der rezeki nak jumper...
    Nak jumpa kat umah pun apa salahnya...
    hubungi no 012-5626469
    (kalau salah pun tak per.. bertambah lagi kawan...)

    ReplyDelete
  12. salam akak,
    cumel jer anak2 akak
    mcm akak gak,
    ekekkek...

    sori lama menghilang
    heeeeeee
    balik kemaman
    lebih 2 minggu
    hantar mak hemoD, 5 kali berturut2
    dah expert pasang2 wayar
    cabut2 jarum kat tangan mak pun
    heeeeeeee
    dah kenal semua2 kwan2 mak
    nurse2
    heeeeeeee..
    aada masa nanti saya wat n3 psal mak
    heeeeee

    tq singgah blog biru
    walau biru terbang jauh
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  13. birU,
    selamat bertemu semula...
    Kiranya birU lai terrer dari akaklah pasang bloodline ke mesin dialysis...
    kalau hospital melaka, kaum/ahli keluarga memang kena pandai pasang bloodline pd mesin dialysis..
    komuniti pesakit dan ahli keluarga pesakit emmang mudah bermesra... sebab jumpa selang sehari... bertahun2...
    salah satu cara mempunyai/menambah kawan/sahabat hehehhehehheheeh

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...