Tuesday, February 9, 2010

Dah takder kijer.


Sebagaimana yang selalu akak laporkan, setiap hari Jumaat akak akan menemankan suami pergi solat Jumaat. Sejak kami dah jumpa restoren Seri Penang dan Bapakkaya di Cyberjaya... maka boleh dikatakan sudah 4 kali Jumaat akak menjadi penunggu dalam kereta sewaktu suami melaksanakan solat jumaat.

Sambil duduk sensorang tu, akak mana boleh duduk diam. Ambil gambar lah saja kerja nya...
Ini adalah hasil kerja tangan memicit punet kamewa hp aikon.

Kalau dah lambat, maka kena letak kereta di tepi jalan...(Nampak kereta dah berlapis-lapis..)


Akak perhatikan setiapkali kami letak kereta di sini, mesti ada van putih tu... Alhamdulillah..mamat tu tak lupa tunaikan solat jumaat.
Lihat cermin, belakang kereta akak pun dah banyak kereta. Selalunya akak sentiasa terbayang-bayang kot-kot kereta yang lalu lalang akan ter..tak sengaja terlanggar kereta akak yang di letakkan di tepi jalan setelah parking berlapis-lapis ketengah jalan. Tapi bila lihat ada kereta lain di belakang, rasa seriau tu hilang jugak. Tapi terbayang lagi, kalau lori yang besar langgar kereta yang di belakang sekali, sure kereta akak kena jugak. Inilah yang bermain-main dalam otak kepala akak. ( Tak pernah tak terpikir setiapkali parking kat sini...)

Ada dua saja pintu nak masuk ke dalam Surau Bomba ni. Tapi hari biasa, pintu ni tidak di buka kecuali hari Jumaat saja.


10 comments:

  1. senang hati huby akak
    sentiasa besama walau dimana sahaja berada
    heeeeeeee


    semoga kekal dan bahagia selamanya
    amin

    ReplyDelete
  2. birU,
    terima kaseh...
    Amin ya Rabbal Alamin....

    ReplyDelete
  3. AKAK > bila bersendirian begitu, mesti kita akan terfikir sesuatu.. serius dan tidak serius.. masa depan dan pelbagai perkara “kalau”..

    Apapun, seronok tu, menghayati suasana di parking kereta.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. kiranya akak ni jadi penunggu setia gitew....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tak ada kerja bolehlah rehat, tak gitu? inshaAllah, lain kali akak rahmah zikir, hilang rasa risau parking kat situ.

    ReplyDelete
  6. azie,
    bila sensorang.. memang banyak difikirkan...
    yang 'kalau' itu yg paling difikirkan... kalaulah.. dilanggar dari belakang.. inilah hari terakhir....
    takut memikirkan... seronok hilang...

    ziela,
    penunggu pintu gerbang balai bomba akak sudahnya...

    eleena,
    memang... akak berzikir dan mengucap sekali. Takut kot2 inilah detik terakhir dalam hidup... siap terfikir/terbayang.. pagi tadi kat dialysis... baru lepas makan...
    nanti adalah pemberita tanya keluarga " Adakah kelainan arwah beberapa hari ini?.. macam tanda-tanda sebelum kejadian ini?..."

    ReplyDelete
  7. huihhh..kalau kita, kita tak bewani nak letak kete bawu kita kat situ, jangan kata telanggor, tecalor pun kita sewiau...aw..aw..lagipun kat situ nampak panas sangat, kesian kete bawu kitaaaaaa.....

    ReplyDelete
  8. Akak, ekon keweta (bawu) ON memanjang gamaknya ya? If not, sure you dalam keta tu rasa bagai kena kukus..

    p/s: apalah soklan I tu, kan? hehe.

    ReplyDelete
  9. Kak som,
    i dapat rasa soklan u...
    tidak... kereta yang i parking tepi jalan tu bukannya keta mercedes..masa tu mercedes belum sampai lagi.... :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...