Selalu akak baca blog sowang wanita melayu keliru....( dia yang kata... akak tak kata...).. kekadang dia masak mee sanggol untuk TB dia. Akak ni memang tak pernah masak mee sanggol selain dari mee hoon dan mee kuning... ( Bab ni memang jakun sikit...)
Kalau sekali tengok, memanglah tak rasa apa-apa. Dah masuk 3, 4 kali ditunjukkan dalam blog dia... bukan dia aje yang keliwu... akak pun boleh keliwu. " Eh... sedap sangat ke mee sanggol ni?...".
Maka dengan semangat yang kental dan jitu, akak pergilah ke Pasar dalam taman di seksyen 4. Kebetulan pergi mengadap cikgu Aisyah untuk memberitahu Menteri Pendidikan telah bersetuju dengan pandangan akak bahawa Aisyah tidak lagi perlu ke sekolah. Antara sebab-sebab yang telah akak kemukakan dalam kertas cadangan :
1. Kepayahan beliau untuk bangun pepagi buta sepi'ee...
2. Kesunyian ibunya bila tiba hari selasa dan khamis sewaktu Aisyah pergi sekolah.
3. Umur pelan hari pelan meningkat... kecomelannya biarlah akak saja yang melayannya.
4. Belum bersedia hendak berpisah lama dengan Aisyah.
Setelah pulang dari kedai, maka akak pun masak mee sanggol tersebut. Dengan rencah rinci yang difikirkan sesuai, akak pun mulalah memasak mee sup sanggol. Akak buatkan sekali cili padi perahan limau dan kicap. Sedap....
Pssttt: Kak som.... buatlah idea masakan yang best-best lagi....
Ya Allah!! dah le otak tgh set nk hirup sup blk karang. bleh plak dia tayang mee sop sanggul keliwu tu. ish!
ReplyDeleteohooo..menteri pendidikan dah luluskan ye kak? :P
eh, lupa plak nk pesan ;P
ReplyDeleteJANGAN HIRUP SUP TU BEBANYAK K.
lebiu (^_^)
Ai,
ReplyDeleteselera kita sama hari ni. Tapi akak makan meenyer saja.. sup akak tak akan hirup sebab akak simpan untuk minum air.... sowwy banyak2 tak dapat nak share dgn Ai...
menteri pendidikan dah luluskan...
mee sanggul ni macamana rupe nya rahmah...akak ni pun jakun banyak,,,
ReplyDeleteadoii aisyah....menteri pendidikan pun kena campur tangan...hehehe
kak ezza,
ReplyDeletesaya pun baru mencuba. Kat kedai tu aa bermcam-macam jenis mee sanggul... nak try satu persatu...
menteri pendidikan ni penyayang dan mudah kesian ngan anak murid...:-)
AKAK.... mak mertua saya pernah masak Mee Sanggol ni sebagai bubur manis.. ala pengat... pelik tapi depa kata sedap, saya belum peluang nak rasa...
ReplyDeleteazie,
ReplyDeleteakak ni payah sikit nak makan manis-manis..
tapi nak cuba gak lah.. mana tahu sedap lak...
Tie tak pernah makan atau masak mee sanggol tu. Nanti laa.. nak cuba, gak!
ReplyDeleteEh.. Aishah tu dah sekolah ke ? Tahun berapa ?
Boleh ke tak sekolah ? Abis tu, akak kena jadi cikgu dia laa..? Hehe.. banyak soal pulak mokcik nih!
Syukurlah buah fikiran owang keliwu digunapakai oleh menteri pendidikan yg penyayang itu.
ReplyDeleteAkak, you minta idea masakan yang best2 dari I? OMG! Soklan tu lebih sesuai untuk QJ. Akak dont be keliwu okay??? kheh3.
tie,
ReplyDeletecubalah... sedap daripada mee kuning yg berasa ubat tu...
Aisyah baru tadika..tapi ibunya tak sampai hati nak mengejutkan dia dari tidurnya yang lena... maka Aisyah akan mula sekolah tahun depan....
kak som,
ReplyDeleteQJ masak yang besar-besar resepinyer...
guna pathar... segala...
i tak biase... i terkeliwu....
i lebih suker mengikut owang yang keliwu...
hajah,
ReplyDeleteMee batang pun ada tau!
kak nora,
ReplyDeletekat mana pulak nak merasanyer?...
kat melaka ada tak masakan minang/padang?...
Hajah,
ReplyDeleteMee batang: mee kering yang panjang, macam spaghetti. Nak masak kena rebuskan dulu dalam air panas. Orang ke Melaka, cari masak asam. Nasi padang tak popular. Di Melaka Raya ada kedai makan Indo sederet dengan Maybank.
Masa arwah mak kak Zai ada selalu buat bubur mee sanggul sedap rasa dia, cubalah.
ReplyDeletePsssttt Akak!! Adik mula tadika masa umur dia baru 3 thn lbh.. Keji kan I ni perambat anak pi skolah semuda tu? Tp percayalah Akak, time tu TK masih bekerja dgn gomen 8-4..
ReplyDeleteTapikan, I sukalah dgn subab musabab u bg kat cikgu Aishah tu.. Sgt2 boleh diterima akal I yg waras tp kekdg senget ni..
Selamat menggomol (Aishah, k? yg lain I tak campur!!)
kak nora,
ReplyDeleteterima kaseh kongsi info... :-)
kak zai,
masih ingat resepi bubur mee sanggul?
Ja,
awalnya utk dah antaq adik... tapi berbaloi... adik bijak...
i hanya berani gomol aisyah....(yg lain tak i bgtau di sini....)
suka suka
ReplyDeleteakak penah makan mee calong tak?
resepi org ganu tuh
heeeeeeeeeeeee
birU,
ReplyDeletepernah dengar.. tak pernah rasa....
nanti nak cuba lah...
Masa tu tak terfikir nak belajar masak masih remaja.Sekarang terasa rugi bila mak dah tak ada.
ReplyDelete