Wednesday, February 24, 2010

Makan tengahari ini.


Setelah berkali-kali kami makan di Seri Penang hingga dah naik jelak... hari ini kami mencuba makan di restoren sekitar Bandar Baru Bangi. JM Beriani House adalah salah satu restoren yang pernah kami mencuba dahulu dan kini kami mencuba sekali lagi. Syukurlah makanan yang kami pesan amatlah sedap rasanya.

Akak belum terasa di tekak nak makan beriani maka tidaklah memesan nasi beriani. Oleh kerana ada pilihan mee udang dan mee bandung, akak mencuba mee udang. Kiranya sesuai dengan tekak akak yang teramatlah lorat ni. Bolehlah datang makan lagi.


Suami pula memang suka makan nasi beriani. Beliau mencuba Nasi Beriyani Ayam. Berasnya memang nampak berkualiti dan sedap rasanya.

Untuk minuman kami memilih Kalamansi dan asam boi bersama dengan Jelly Kelapa. Puas hati.

Nampaknya selepas ini, memang ke mari sahajalah pula tempat tumpuan kami selagi si-tekak minang ni tak meragam nak yang lain pulak..... :-)

17 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    kakcik pernah makan nasi beraini di JM Beriani cawangan Tesco Ampang. Bagi tekak kakcik, taklah sesedap nasi beriani Insaf. (JM tu stand for Juariah Mansor ke?? hehehe.. tak.. tak...Jamilah Mustafa la..)

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    mana nak sedap yg kakcik makan kat tesco...
    cuba kakchik tengok betul2 kakcik pesan nasi apa... mai saya spell kan...
    Nasi bera-ini... bukan beriani... sebab tu tak sedapppp.... hahahahahahahahahahahah......
    Sowwy kakcik.... nanti jumpa saya mintak maap banyak2....

    ReplyDelete
  3. Salam Mah,

    selalu lalu kat JM beriyani ni tp tak pernah terlintas nak menerai, will try too soon...
    thanx for the info...luv QJ.

    psst kakcik...
    beriyani kat insaf mmg terbukti sedap (kat tekak I lah), tp jgn senang2 nak layan kehendak depa tu masa kita makan,sbb bil nak bayar nanti mmg betul2 insaf, hahahaaa.... luv u kakcik QJ.

    ReplyDelete
  4. Salam hajah rahmah,
    Ada Nasi Beriani Gam di Tesco Melaka. Batu Pahat mari!

    ReplyDelete
  5. QJ,
    Suami saya pernah cuba sekali di JM Tesco Shah Alam, sedap sangat katanya. Sekali tu dia cuba di Bangi... depa hidangkan sejuk... tak sedap. Tapi tadi, depa hidangkan panas-panas.... berselera....
    Mungkin bila banyak cawangan, macam2 rasa... entahlah... saya tak berani nak guarantee tp cubalah....
    Kalau kat Insaf tu, memang dah lama terkenal... sama macam kat Hameediyah di Lebuh Campbell, Penang. Memang melayan......

    ReplyDelete
  6. Kak Hajah Nora,
    Beriani ni berbagai-bagai resepi.. tapi yang paling sedap pada tekak saya ialah Beriani Mat Shah di Batu Pahat berhadapan dengan Hospital Pakar (Apatah...)yg pasti swasta.
    Punyalah ringan nasinya... Kena rempah ratusnya... sanggup, kami masa tinggal di Melaka.. pergi Batu Pahat semata-mata nak lunch kat sini. Tapi, bila balik melaka nanti.. kami akan cuba pula Nasi Beriani Gam di Tesco Melaka... Insya'Allah. TQ....

    ReplyDelete
  7. Ari tu masa balik dari janda Baik, kami makan kat tesco Shah Alam...JM berini..memang la sedap .....nasi dia ringan...dia kukus rasa nya...

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. dah lama tekak AZIE tinginkan Nasi Beriani ni... hmmm rasanya tang Tesco Ampang tu ada restoren JM Beriani nih.. sapa nak ikut? jommmmmm!

    ReplyDelete
  9. Salam Mah,

    tumpang lalu sini sat, nak bg tau, payahnya nak masuk ruang komen ibusinga...naper eh,

    sekian terimakasih.
    luv u QJ.

    ReplyDelete
  10. kak ezza,
    suami saya yg pernah try di JM beriani, tesco shah alam pun kata begitu... sedap...

    azie,
    Tesco ampang tu dekat jer kan dgn umah azie?... bila lapang, pergilah cuba...

    abu muaz,
    Alhamdulillah... selagi selera ada... semuanya sedap...

    QJ,
    I rasa u kena tanya kat kaunter depan sana?.. (sambil tunjuk arah depan...) heheheheheheheh

    ReplyDelete
  11. Slm Rahmah, saya lum cuba kt JM beriyani. Kita org Johor cerewet sikit bab mkn n.baryani ni. Sesiapa pernah mkn n.bariani Mat Shah, beriani Power dari B.P mesti tau keenakannya, sampai menjilat jari.
    Masalahnya, org luar yg jual beriani suka-suka guna nama beriani B.P atau Muar utk lakukan hasil jualan diaorg, contoh kt pasar mlm. Kalau sedap tak pe, ni rasa ntah ape-ape, buat malu kita org Johor je tau. Bila kengkawan makan diaorg kata tak sedap. Rosak nama beriani BP.
    Sebab tu bukan mudah saya nak masuk mkn restoran jual beriani, sbb selalu terkena ia tak menepati tekak kita org BP ni.
    Mee bandung pun serupa, kalau kat Bangi ni tak ada satu pun setanding dgn mee bandung asal dari BP atau Muar. Sakit ati betol, kena balik BP dan mkn puas-puas sebab org yang pandai merasa dan kaki komplain ni, tak berapa pandai pulak memasaknya, ngeh..ngeh..bab merasa dan bagi markah memang no 1.

    ReplyDelete
  12. Internet smlm cam sloth ek? My komen nih terfaksa dikemam dari mlm tadi :-(

    Akak, makanan kat JM Ber-ia2-ni boleh tahan sedapnya esp beriani gam TAPI satu jer yang paling I TAK SUKA (dah tak suka, terpaksa guna caps) ie dalcanya atau the so-called dalca.

    Tak nampak satu sayor pun seperti kentang, carrot, kacang panjang dan apa2 yg patut sebagai bahan dalca. Kami dah beri feedback kat JMB yg kat Mydin tu (tokey kawan TB) tapi hingga skrg *sigh*

    ReplyDelete
  13. salam bestnya makanan dlm page nih...bila lapar tak boleh tengok gambar 2 ni lagi lapar jadinya...

    ReplyDelete
  14. Yati...
    Bukan u saja orang BP yg geram dengan sikap penjual yg mengaku beriyani BPlah, mee bandung Muarlah... tapi bila kita rasa memang menyakitkan hati... akak yg hanya kawin dengan orang yg duduk melaka ni pun boleh naik hangin kena tipu macam tu... Peniaga ni ambil nama bukan main lagi.. tak agak-agak mengaku... tapi memang hampas...
    Akak setuju sangat bila yati kata beriani Mat Shah sedap.. (beriani power akak dah cuba..tapi rasanya tak setanding mat shah...) Mau rasanya perg batu pahat tengahari ni....
    U dah rasa Beriani Anja kat seksyen 15? Bagaimana piawaian u?.....

    Kak som,
    I pun semalam rasa dalcanya yg kosong tanpa seurat kacang panjang pun... tapi bukan i punya nasi... i diamkan jer.... bila u menyebut i tewingatlah... dalcanya memang kosong... lepastu takda acar buah macam timun/nenas.. tu. Rasa tak lengkap kan..???

    Anonymous,
    Jgnkan u.. akak yang masukkan gambar-gambar ni, bila tengok semula time puasa, boleh berpinar bijik mata especially nasi lemak kak sham tu....

    ReplyDelete
  15. tekak kite ni tak baper nak gemor nasi beriani dan seangkatannya...bru ni lepak kat rumah sepupu di Puchong katanya nasi ayam sabak kat CJ boleh tahan dan boleh mkn lebih dr seorang(satu hidangan).ingat nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  16. zila,
    akak pun kureng gemor.. kecuali.. kalau briyani mat shah kat batu pahat, johor.
    Ayam sabak kat CJ... katmana tu?...terangkan nanti...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...