Thursday, February 25, 2010

Kisah petang semalam.

Sewaktu suami menghantar akak pulang tengahari semalam, suami beritahu petang ni dia balik ambil akak lepas kerja untuk pergi beli barang-barang bulanan di Tesco Saujana Impian. Akak pun okay saja...Maklumlah tengah ABC.. tak risau apa pun...

Petang pukul 4.00 akak tertengok cerita HBO ' Shanglish'.. lakonan pelakon yahudi yg akak tak minat tapi dia pandai berlakon hinggakan akak terpaku melihat lakonannya... ikut hati sebaik tengok muka dia, akak nak tukar je channel lain tapi jalan cerita sangatlah menarik. Cerita berkisar bagaimana pendatang sepanyol masuk Amerika dan bekerja sebagai maid kepada satu keluarga yang agak kucar kacir. Pasangan yang si isteri ada affair dgn lelaki lain, maknya yang ketagih alkohol, anak dara sulung yang chubby, suami yang pandai masak tapi isteri buat tak peduli... memang bestlah... seumpama kita di ajak masuk sama melihat kehidupan keluarga ini.

Akak kan cik tinam... sukalah mengikuti cerita ini sampai habis. Akhirnya pukul 5.00, temujanji akak dengan Dr Greene dan Dr Carter... terlepas.... Pukul 6.00 suami call katanya baru keluar hospital. Dia faham sangat perangai akak... saja dia tunggu sampai pukul 6.00 sebab akak mesti terpaku tengok ER... Itulah suami akak yang amat memahami isteri dia yang setengah sewel ni...

Aisyah yang melihat akak dah bersiap-siap pun bertanya kemana akak nak pergi. Akak pun menyuruh dia mandi dan tukar baju. Dia bersetuju nak ikut kerana fikirnya akak jalan-jalan sebentar saja.

Tiba di Tesco, Aisyah dah terlena tidur dan puaslah nak mengejutkannya. Dia mahu pulang kerana ketiadaan kakak-kakak kesayangannya membuatkan dia tak seronok. Tapi akak memujuknya agar ikut bersama-sama membeli barang-barang bulanan.

Rasanya dah lama akak mencuba hendak menghentikan penggunaan 'pampers' untuk Aisyah. Tapi kekadang, 'terlepas' jugak Aisyah malam-malam. Suami mencadangkan Aisyah di pakaikan lampin ini semula. Ingat akak anak-anak yg dahulu, sebaik dah berhenti pakai lampin... tiap-tiap malam akak akan kejutkan mereka dan dukung mereka masuk tandas... bila dah buat selalu, mereka pun dah tak perlu memakai 'lampin'. Tapi keadaan sekarang berbeza. Akak dah tua dan tak larat nak dukung Aisyah macam kakak2nya dahulu. Untuk tidak sama-sama kebanjiran... teruskan sajalah pakai 'lampin'.


Selesai beli barang dan solat maghrib, suami mengajak pergi makan malam. Dah dua kali dia menyebut 'Prosperity Burger'... akak pun bersetuju untuk ke Mc Donald di Saujana Impian. Aisyah pun suka dengan Cheese Burger... Akak hanya makan Filet o Fish...
Aisyah terasa sunyi bermain sendirian tanpa kakaknya Ain.



13 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    wah.. pagi ni, kita sama2 buat cerita pasal petang semalam, ya? :)

    (awat tak keloi kakcik selepas buat catatan tadi?) ;-)

    ReplyDelete
  2. wah.. Aisyah masih pakai lampin ye? Biasalah tu.. anak bongsu.. :)

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    wah... kakcik tempat pertama...
    mana owang yg baru beli kasut reebok tu?...
    Yooohooooo.....
    Terpaksa... mak aisyah dah tua, tak larat nak melayan macam dulu....

    ReplyDelete
  4. hahaha.. orang yang pakai kasut reebok sambil pandu livina tengah sibuk tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Akak, I pun nak cewita kisah pagi n ptg semalam tapi masih mencari kekuatan dalaman dulu, haha.

    Jgn terlepas pandang pakaikan Aisyah lampin dia tu (kang jiran sebelah menyebelah turut banjir sama *wink*)

    ReplyDelete
  6. Rahmah...

    anak saya Yaya pun dah tak mau ikut saya lagi...dia lebih suka duduk rumah dengan kakak2 nya atau keluar bersama kakak2 nya...kami pulak yang sunyi sekarang..dah lah tido pun tak mau ngan kita ,melain kan demam saja....hahaha

    ReplyDelete
  7. kakcik,
    betullah.. dia tengah pengsan setempat kot..heheheh sedap mengumpat owang tengganu tu...

    kak som,
    jgn u tak tau...
    malam baru ni, bingkas i bangun sebab i pun dah basah.. abahnya pun lencun dia kerjakan...
    itu yg serik sangat kami. Tak larat nak mandi malam dah....
    Kak som, untuk kekuatan dalaman.. kenalah u gunakan segala ilmu dalaman.. tarik nafas dalam-dalam.... Hembus.......

    kak ezza,
    si aisyah ni pulak, sampai sekarang sekatil ngan kami. Itu yg kami pun banjir kalaulah dia terlepas...
    kadang2 kami suka jalan berdua tapi kadang-kadang nak terasa semula macam baru beranak satu... itu yg bawa aisyah jer.. tp dia pulak suka beramai-ramai ngan kakak-kakaknya...

    ReplyDelete
  8. Salam Mah,

    itulah putaran hidup ni kan Mah? dulu masa anak2 kecik2 nampak mcm tak menang tgn, sekejap jer dah besar, rasa sunyi plak..hmm....luv u QJ.

    ReplyDelete
  9. Salam kembali buat QJ,
    dulu, bujang... lepas tu berkahwin.. lepas tu punya anak... lepas tu... (kesana...)

    ReplyDelete
  10. aloloooo...
    aicha pakai 'lampin' lagi ke? ngeee..

    ely yg kat umah br 2 thn lebih tu pon ai pokpekpokpek suh dia jgn pakai pampers lg. dia takmo sbb geli nemen dia tersentuh panties ;P
    so, terpaksa la pakaikan jugak. kakak2 dia sume masok 2 thn je mmg dh tak pakai. Ely ni je lambat. Saje je tu..anak bongsu :P

    ReplyDelete
  11. Wahhh... seronok jer tengok AISYAH tu dibawa berjalan..

    Rumit juga kalu nak uruskan anak2 yang “terlepas” di tilam malam hari, kan?

    Apapun memang kena latih juga tu...

    ReplyDelete
  12. Yoohooooo..... :D
    1. Aicah macih pakai pampers ye...anak2 fa dulu belajar tak pakai pampers kat taska. kita memang tak sempat nak train depa. Maklom le, sibuk mencari rejeki (konon2 selamat le dengan alasan tu..)

    2. Awatnya sampai semua jadi lenjun tu? Laaa..Aicah tidur sekali? Ttttapi...tappppiiii...why? why? aicah kat tengah ka, kat tepi ka? heheheh...

    ReplyDelete
  13. Ai,
    sindrom anak bongsu semuanya dapat pada Aisyah...
    gigi rosak, hisap puting, pakai pampers sampai 5 tahun... hmmm... lepas ni dah tak beranak lagi...
    ngeh..ngeh...ngeh...

    Azie,
    memang rumit... lencun mandi air mawar dibuatnya.

    Fa,
    1. Ya, aicah perlu pakai pamper ketika tidur...

    2. Aicah masih teman sekatil kami. Tak kisahlah.. ditepi ke.. tengah ke... dia tetap teman sekatil yg setia menemani. hehehehehhe

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...