Sunday, February 28, 2010

Derma Darah.


Setelah akak merasai dan mendapat bantuan daripada Tabung Darah sewaktu sedang tenat sakit, akak cepat tersentuh apabila ada berita mengenai Menderma Darah. Akak sendiri merasakan bagaimana bila kandungan darah(Hb) dalam badan tidak mencukupi. Akak merasa sangat letih., tak upaya nak berjalan... nafas tersekat-sekat... Waktu itu kandungan darah dalam badan hanyalah bawah 5.2gm/dl. Sebelum mengalami kegagalan buah pinggang akak tak pernah tahu kepentingannya menderma darah.

Setiap kali akak diarahkan oleh doktor pakar agar mendapatkan bantuan darah dari tabung darah, setiapkali itu juga akak bersyukur dan mendoakan kepada setiap penderma darah yang telah mendermakan darah mereka tanpa mengira untuk siapa. Murni sungguh hati mereka bilamana mereka membuat keputusan untuk menderma darah demi menyelamatkan pesakit yang memerlukannya.

Untuk maklumat lanjut, ada akak copy dan paste penerangan ini dari Wikipedia.


Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Dengan menyinarkan cahayamelalui larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap (khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin dapat ditentukan.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-

  1. Baru lahir : 17-22 gm/dl
  2. Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
  4. Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  5. Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  6. Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  7. Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  8. Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).

Paras hemoglobin yang tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi palsu yang hilang apabila kandungan air bertambah. Sebab lain adalah penyakit paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan penyalahgunaan hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan meningkatkan prestasi dalam acara sukan masing-masing.

[sunting]Untuk semua yang pernah menderma, hanya kata-kata ribuan terima kaseh yang tidak terhingga dari akak buat anda semua. Hanya Allah snw sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik dan budi anda semua.

4 comments:

  1. Salam.
    Saya masih belum menjadi penderma walaupun keinginan tu ada. Masih memandang remeh perkara ni disebabkan tidak berlaku keatas diri sendiri ataupun orang tersayang. Itu kelemahan saya. InsyAllah saya akan cuba untuk menjadi penderma. This entry membuatkan saya sedar kepentingan menderma. Thanks a lot!

    ReplyDelete
  2. CM tak pernah derma darah....dulu pernah try nak derma, tapi ada masalah BP. Lepas tu tak pernah cuba...
    Cm pun pernah hadapi masalah tak cukup darah masa bersalin... guna darah dari tabung, then arwah husband kena derma semula untuk gantikan yang tu..

    ReplyDelete
  3. Salam KAK..
    turut mengaminkan segala doa buat insan2 berhati mulia yang sudi menjadi penderma darah..

    Semoga dapat memberikan kebahagiaan dan mengubah kehidupan insan-insan yang memerlukan...

    ReplyDelete
  4. Salam buat Uncle,
    Saya pun pernah tertanya2 kepentingan menderma darah.. tapi bila dah kena pada diri sendiri, barulah tahu bahawa derma darah memang menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.
    Semuga uncle berjaya dalam usaha murni ini.

    CM,
    Jika ada kesihatan yang baik, turutlah menderma. Ramai pesakit memerlukannya.

    Azie,
    Terima kaseh. Jom ikut menderma... :-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...