Friday, February 12, 2010

Dah tak tau nak makan aper...


Petang semalam, akak cuma berbuka dengan sepinggan penuh cucuq udang.. kenyang rasanya dan tidaklah menjamah nasi...
pagi ni, terasa lapaq sesangat...
mintak bibik sebelah belikan rendang AYAM di kantin..
Kami dialysis di Hospital Serdang memang tiap-tiap kali dialysis
di sediakan makanan.
Pagi ini nasi goreng...
( berselang seli dgn Kway teow goreng dan mee hoon goreng..)
bersama-sama sepotong ayam goreng
secawan air teh o.. dan sebiji epal... (mewah kan?.....)
tapi,
untuk kesihatan..
semuanya dimasak tanpa garam...
tekak yang dah di ajar beranika makanan dan rasa
mana boleh telan...
maka
tak derlah makan makanan yang di sediakan,,,
hinggalah pagi ini..
teringat nak beli rendang untuk dimakan
bersama-sama nasi goreng ini.....
Ssssseeeeedddapppppp.....
Burp... Alhamdulillah


14 comments:

  1. ish ish ish...

    tak dak makna la depa dok sedia makanan tak bergagham tu.. pesakit dok pi beli yang len la pulak... ;-)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    pesakit ini jer yg lorat...
    owang lain boleh makan...

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    pagi tadi saya buat cucur roti cicah kari ikan (lebihan semalam)sebagai sarapan.

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora,
    sedappppppp.....
    esok buka puasa nak buat kari gak...

    ReplyDelete
  5. apa kata akak bawak bekal je...
    macam kakcik tu ha, belum subuh dah
    ketang ketung ketang ketung kat dapoq.

    ReplyDelete
  6. Fa ni macam tahu2 je kakcik ketang ketung kat dapoq sebelum subuh! (sebenonya dah bbrp hari meng'ebsen'kan diri dari ketang ketung tu....)

    ReplyDelete
  7. fa,
    nanti akak pun kena kentang kentung...
    insya'allah...

    kakcik,
    absen pun shekali2..
    bukan selalu....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, belum tertutup selera makan. Yang tanpa garam tu untuk kebaikan tu..

    AKAK, seronok baca kisah manis, pahit masin AKAK dialysis, dah tak rasa macam suasana orang dirawat lak...:)

    ReplyDelete
  9. Kerap kali singgah di blog ni menyebabkan saya lapar... kenapa ye???

    ReplyDelete
  10. Salam Rahmah..
    akak pun dh berapa hari tak makan nasi, cuaca panas sgt lah kan? tak larat nak makan yg berat2.. jaga kesihatan wei - luv QJ.

    ReplyDelete
  11. azie,
    Alhamdulillah...akak dah takut kalau kena lagi tak selera makan. tak mahu lagi menderita lapar tapi takda selera nak makan. tapi, kali ini.. berselera semanjang-manjang hari.. bahaya jugak tu... berat dah melebihi had yg diberikan....
    itu yg kena puasa bila hari tak dialysis...
    akak memang nak catitkan segala catitan rawatan akak untuk kawan-kawan dan akak memang berharap ada kawan-kawan yg sudi berkongsi petua...

    zool,
    akak pernah merasakan tak boleh nak makan, sekarang ni akak dah terlebih makan... saja suka baca ulasan blogger lain yg cuba makan di mana-mana... ini sekadar bagi petunjuk kat kawan-kawan kalau2 nak cari tempat makan.... :-)

    QJ,
    saya belum ada lagi dalam kamus ~ takda selera nak makan nasi... kalaulah nasi, selera saya sentiasa terbuka....
    tapi saya sedang menikmati sehingga satu ketika nanti... selera tak mau makan datang....
    TQ, QJ....

    ReplyDelete
  12. I skg dah rasa sedap plak mkn yg kurang garam.. Sekadar rasa skit2 pun dah cukup.. Memula dolu, anak2 n TK mcm protes gak, tp skg depa dah ok..

    ReplyDelete
  13. adoiii kak rahmah, torture saya kalu makanan tak ada garam!!! itu pun mak saya dah kata saya selalu masak tawar, kurang garam.

    ReplyDelete
  14. ja,
    alhamdulillah...
    demi untuk menjaga kesihatan kita, memang bagus jika kita dah boleh biasa dengan makanan yang kurang garam....
    maka dengan itu,
    akak pun nak tirulah... ekceli memang baik untuk kami pesakit buahpinggang.. saja pesakit sorang ni dok ketegak...
    kalau ada kawan yang sanggup dan boleh lakukan.. kenapa tidak akak?... Insya'Allah...

    Eleena,
    macam ja cakap di atas tu, mula2 payah jugak.. lama-lama bila dah biasa, ok.
    Nak cubalah...
    banyak komplikasi dengan banyak penyakit berkait dgn garam ni...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...