Friday, February 5, 2010

Tetamu Petang Jumaat.


Petang Khamis akak mendapat panggilan telefon dari kawan lama sejak sama-sama di kolej iaitu Gee. Kemudian, Marina pula yang menalipon. Kami pernah berjumpa 2 tahun lepas dan kemudian Marina pula dah bertugas sebagai consultant di Brunei. Lama hilang hubungan hinggalah akak dihubungi oleh Marina semalam.

Sewaktu kami bersama-sama belajar di kolej swasta, akak mula berkenalan dengan mereka berdua. Hanya kami sahaja anak perempuan melayu yang belajar di situ, maka hubungan kami menjadi rapat sekali. Sifat Marina yang mudah mesra dan sikap lurus Gee memang menjadi bahan gurauan dan kunci kemesraan kami. Tiap-tiap hari ada sahajalah yang kami lakukan.

Apabila Gee mula bekerja, hubungan akak dan Marina di teruskan. Kami pernah bekerja di satu syarikat dan bermula dari situ Marina pun melangkah hingga lebih jauh kehadapan sehingga jawatan beliau sekarang adalah CEO untuk satu syarikat yang mengendalikan 'exhibition' seperti Lima dan baru-baru ini mengendalikan pertunjukan untuk Kerajaan Negeri Brunei.

Kami mula bersama semula ketika akak bertemu dengan Gee di KLCC 7 tahun dulu dan apabila nombor talipon antara kami bertiga bertukar tangan, maka hubungan Marina dan Gee berterusan pula. Akak yang ketika itu sudah berpindah ke Pulau Pinang dan jarang dapat bertemu mereka berdua. Hinggalah dua tahun lepas kami sama-sama bertemu di Equatorial Bangi.

Tadi kami bertemu semula dalam kesempatan ini dan semuga persahabatan kekal selamanya...





6 comments:

  1. Bestnya bila dpt jumpa kwn lama.. I dgn my housemate dulu, contact gak skali dua dlm sethn.. Masing2 sibuk dgn hal msg2..

    Tp dgn balak lama pun pengin gak nak jumpa balik.. Sj nak check, berbaloi ke tak kita babai dolu..

    ReplyDelete
  2. Ja,
    jumpa kawan lama yg kita sama-sama muda belia dulu.. memang best. Byk cewita manis/pahit/masam nak diborakkan.
    U pun mcm i. Suka nak tau balak lama tu jadi apa sekarang. Tpkan ja.. kalau i teruskan jugak ngan si balak lama tu, sure i dah kena tinggai... kontang. Sapa nak dah berpenyakit..thua...
    Kita ni kena banyak bersyukur.. si TL and TK jugaklah yang sanggup menyimpan kita. (Simpan.. sedapnya bunyi...)

    ReplyDelete
  3. Amboii Ja..kan ker arini you eniberseri? apa merayap umah owang...pi lar dok layan TK tu...( grr..tak dpt jd pengkomen ke satu!)

    ReplyDelete
  4. Ja, QJ
    Ja,
    u aniberseri?.. Tahniah i ucapkan semuga dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat... di syurga juga semuga bersama-sama juga...(I baru reka doa ini...)
    QJ,
    Cuba berusha dengan lebih gigih lagi...(mcm kita dapat report kad 40 tahun dulu....~ampun kanda som.. i ciplak dari u...)

    ReplyDelete
  5. Akak, ciplak, ciplak juga.. jgn lupa pengerasnya.

    I think I tau kunci merc tu kawan you yg punya kan? kan? or mmg you yg punya pun. Tak kisah saper yg punya, pengerasnya semoga you doakan agar kesihatan I sejahtera selalu (read: doakan I jadi jelita boleh?)

    ReplyDelete
  6. QJ, cuba u tgok tarikhnya.. I merayap ke sini 5hb.. BTW, dlm sethn 364 hari I layan TK, 1 ari je I bolayan, ie ari ni.. puakakaaakkaaa..

    Akak, pasai balak lama tu nnt kita citer secara prebet2 di FB.. auuuwwwww!!

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...