Friday, February 19, 2010

Menu petang ni...

Tepat pukul 511pm, akak dah tertumpu di TV menonton ER setiap Isnin-Jumaat.... tanpa gangguan.. anak-anak kena/dah faham.. Memasing memang takkan masuk bilik datang mengacau.. Kalau depa nak tengok sekali 'Dragon' mengeluarkan api dari mulut.... datanglah masuk bilik ketika ni dan buat bising....

Hari ini akak berjaya menonton citer ini dengan rasa suspen yang tidak terhingga....
Kerry Weaver dan seorang student doctor pergi menyelamatkan seorang ibu yang mengandung dan Weaver terpaksa membuat C-section kecemasan demi menyelamatkan nyawa si anak dan si ibu. Dalam keadan cemas apabila sebatang tiang letrik yang putus wayarnya dan tiang yang senget hampir jatuh... Huishh.. berdebar-debar akak...

Dr Greene pula membantu menyelamatkan nyawa seorang adik yangmana abangnya dipersalahkan oleh ibu dan bapa tirinya apabila adiknya lemas di dalam sungai. Akak turut mengalirkan airmata bila si abang memohon ampun dan maaf kepada ibu dan bapa tapi tidak diperdulikan sehinggalah si abang mengatakan 'alangkah elok jika dia yang mati lemas'... Membuatkan akak terfikir.. kita memang mempunyai anak kesayangan. Tentunya jika berlaku pada anak kesayangan kita... tentunya kita akan memarahi anak yg memulakan peristiwa malang tersebut...

Bila lihat adegan ini membuatkan akak dapat memikirkan semula dalam keadaan kelam kabut.. macam-macam akan kita ucapkan... Sebab tu masa episod akhir, akak dengar betul-betul kata-kata nasihat dari Dr Greene. Adakala bila terjadi musibah, ayah ibu akan tercakap sesuatu yang memedihkan hati si anak tapi ketahuilah... hanya ketika itu sahaja... ( Entahlah.. akak memang tak pandai mengatur ayat...)


Selesai cerita ER, akak pun bingkas turun kedapur untuk masakan malam ini... Akak dah teringin sangat nak makan Ikan Tuka Masak Kuah Lada.... selesai masak akak pun ambil 2 keping ikan tuka untuk diratah... puasnya hati... Teringat akak satu ketika dahulu masakan ini adalah masakan kegemaran Arwah Makcik Ramlah... (Al-Fatihah)... Beliau cukup suka ikan tuka dimasak kuah lada.....

Akak mencuba resepi baru membuat air asam daripada Puan Som aka CS dari Al-Kisah... Hmmm sedapnya... belum sempat masuk fridge dah habis dicicah bersama-sama bender... terlupa nak amik gambar bender... siapalah nak singgah/keluar pergi kedai ni nak membeli bender lagi?..... Tak cukuplah pulak...

Kak som... Thank you.... sedapppp......
Lepas ni segala macam boleh direbus dan makan dengan air asam ni... Ikan bakar pun boleh...

11 comments:

  1. salam hajah,
    Masa ER, kakak di taman, eh, laman, sapu 'potpourri' yang bertaburan. Suka juga tengok cerita doktor-doktor ni.

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah nora,
    ER setiap isnin-jumaat 500ptg... Hallmark Channel..
    Mudah-mudahan pukul 500 ptg isnin dapat sama-sama menikmati citer ni...
    (Dr Greene akan pergi meninggalkan kita 2 minggu lg..)

    ReplyDelete
  3. eleh Akak....
    ;P
    gambar Hero dia je....

    ReplyDelete
  4. IS,
    jgn jelezzzzzzzzzzzzzzz............
    kita amik gambar hero kite jer....

    ReplyDelete
  5. Salam Mah,

    I dah laaaama tak tengok citer nih....
    eh, semalam lauk kita sama la.....asam pedas ngan bender....nanti I wat posting baru eh? - luv QJ.

    ReplyDelete
  6. Dik Mah..

    kuah lada tu sama dengan asam pedas ya? :)

    ReplyDelete
  7. Salam ..
    macam mana rupa ikan Tuka tu? Mcm saiz ikan kembung ka, tenggiri ka .. yu ka?

    Psst Akak.. sos cicah tu tak bubuh cili merah/cili padi ke? Tanya nih sbb tak nampak sos warna merah (sbb guna cili merah).

    ReplyDelete
  8. QJ,
    semalam lauk kita shama-shama...
    dulu semalam lauk u shama dgn CS dan Ja...
    Geng.. mana ada beza sangat seleranya ....tp kalau u dah masak pakai patter... we all kalah lah...

    Kakcik,
    Masak kuah lada memang sama dgn asam pedas tapi tambah serbuk kari ajer...

    kak som,
    Tuka tu adalah ikan pari yg kecil. Memang ada musimnya... Isinya halus...lembut... sedap daripada pari... Kalau bakar dan makan dgn ayer asam... wow.. mak mertua terbang pun tak perasan....
    Sos cicah tu kehilangan/ketiadaan cili merah... guna cili padi sepenuhnya... hmmm betul2 kick..sampai terbersin-bersin bila bukak penutup blender...semalam punya kira version berani mati.... :-)

    ReplyDelete
  9. Dulu masa anak kak zai kecil selalu tengok ER. Masa tu umur dia 8 tahun konon nak jadi doktor tapi bila dah umur 21 tahun tukar pula bidangnya ke undang2. Kak Zai selalu juga tengok tapi dah lupa sebab dah lama.Masa tu dia gila kat Dr.Ross hehehe...

    Kalau ikan pari memang sedap masak asam pedas dan bakar tapi kak Zai tak makan ikan ni.

    ReplyDelete
  10. Salam AKAK...
    maaf lama tidak menjengok bertanya khabar..

    masih dalam mood cuti, dan tak reti dok diam plak cuti-cuti ni..

    Semoga AKAK sihat sejahtera dan ceria..

    ReplyDelete
  11. azie,
    selamat bertemu kembali di alam siber...
    selamat menghabiskan cuti.....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...