Saturday, October 31, 2009

Lauk hari ini.



Bangun pagi tadi terus buka blog. Sambil jalan-jalan, akak singgah di satu blog ini. Memang menarik isi ceritanya dan masakan yang dipaparkan. Untuk sarapan akak buatlah nasi goreng cili hijau.

Bila dah masak sarapan, datang pula rajinnya nak masak untuk lunch. Melihatkan ada tomato, bendir, daun kesom dan ikan pari, akak pun masaka kuah lada. Ini adalah lauk kegemaran arwah makcik Ramlah. Nampak petola, soon dan tahu kering akak buat sup petola. Sambal belacan dan rebus sayur pucuk ubi.


Dong Yi Shun 2

Dong Yi Shun Kota Damansara.

Pakar membuat mee.

Pintu Utama Restoren.

Omelette prawn.

Perasa tambahan yang disediakan.

Baked dim sum.



Beef La Mee

ItalicCrispy Duck.

Tofu dan broccoli

Malam tadi seperti malam-malam sabtu yang lepas-lepas adalah malam Jalan-jalan cari makan. Kami dah merancang untuk ke Dong Yi Shun selepas percubaan kami yang pertama kalinya di The Summit gagal.

Setelah meninjau lokasi kedudukan Dong Yi Shun di Kota Damansara melalui Google Map, akak rasa agak mudah untuk mencarinya berpandukan pengalaman pernah pergi makan nasi beriani udang di kawasan yang sama.

Setelah bersolat maghrib, kamipun keluar rumah. Sebelum itu puas di soalsiasat oleh keempat-empat 'pegawai penguatkuasa keluarga' mengenai arah tujuan kami. Puas kami berdalih kerana kami baru ingin mencuba jika sedap, kami bolehlah pergi makan beramai-ramai kemudian nanti.

Kami bagaimanapun berjaya melepasi pegawai pertama,kedua dan ketiga tetapi pegawai yang keempat agak keras soal siasatnya. Tidak mudah beliau mahu melepaskan kami.

Aisyah: ibu abah nak pergi mana? boleh aisyah ikut?

Ibu: Ibu nak keluar kejap jumpa kawan... kawan ibu tak kasi budak-budak ikut...

Aisyah: Huhuhhh... bagilah asiyah ikut..

Abah: Budak-budak tak boleh ikut...

Kami pun terus keluar membuka pintu grill dan ingin menguncinya kembali.

Aisyah: AIsyah nak salam...(sambil menghulurkan tangannya).

Masuk aje kedalam kereta terus bergerak menuju jalan reko. Terdapat kesesakan kerana ada kerja-kerja mengorek sedang dijalan. Cuba pula mengikut persiaran bangi dan keluar di tol kajang. Melalui lebuhraya kajang-sg besi, kami mengambil jalan pintas ke Kesas Highway. Dari Kesas Highway ke Persimpangan Sunway dan terus ke Lebuhraya Damansara Puchong. Kesesakan sempena malam sabtu sudah dijangka tapi kenderaan masih bergerak walaupun perlahan-lahan.

Tiba di One Utama, kami cuba memasuki persiaran serian,tapi terlepas hingga penchala link. Kesesakan akibat dari 6 lorong kepada 3 lorong membuatkan kemderaan tersekat agak lama juga. Akak dah risau sebab takut restoren akan tutp pukul 1000 malam. Ada terdapat restoren yang setelah jam 930malam sudah tidak mengambil pesanan.

Setelah membuat pusingan U, kami mencuba kembali balik ke arah One Utama tapi di persimpangan tersebut telah tersalah lorong. Terus ke One Utama yangmana sepatutnya buat pusingan U sekali lagi. Dari One Utama cuba mencari jalan yang menembus ke Persiaran Serian, tetapi tak ada. Kena pusing semula keluar dari kawasan One Utama terus ke Jalan Damansara dan masuk ke Persiaran Serian. Akhirnya dapatlah jumpa jalan 'bertuah' itu.

Setibanya di kawasan Kota Damansara, kami menyusuri lorong-lorong dan terdapat banyak sungguh kedai makan, antaranya Nasi Lemak Antarabangsa, Kayu the original, Kedondonng dan berbagai nama lagi.

Mengikut pelan di google akak dapat mengagak lokasi Dong Yi Shun. Akhirnya 940malam, kami pun tiba di Dong Yi Shun.

Memang puas mencarinya. Percubaan pertama, restoren tersebut telah berhenti operasi di The Summit. Percubaan kedua, sampai sesat-sesat barat..

Masuk aje kedalam restoren, kami agak hairan kerana restorennya kecil sangat. Ada satu meja sedang diduduki oleh 6 orang wanita (office mate kot) dan satu meja lagi 2 orang lelaki. Setelah mendapat tempat duduk kami terus menanti menu dan pelayan.

Sangka kami, pelayannya dah tidak akan mengambil menu, tapi syukurlah.. masih menerima pesanan.

Akak pun keluarkanlah list yang dibuat siang tadi berdasarkan pesanan yang telah dibuat oleh Fa sekeluarga yang pernah menjamu selera di restoren tersebut. Bila lihat menu, menarik pula. Buat pilihan sama dengan pesanan Fa dan ada yang pilih sendiri.

Brocoli dan tofu, juadah pertama tiba. Wah! perut memang dah berkeroncong, apalagi.. terus saja suap ke mulut. Crispy Duck menyusul... Ngap...masuk mulut. Kemudian Baked dumpling...cantik hiasannya. Beef la Mee pun tiba dan prawn omelette.

Setelah kenyang perut, suami akak pun berjalan-jalan ke arah belakang restoren. Rupa-rupanya dibahagian sebelah juga adalah sebahagian dari restoren tersebut. Kami yang masuk ikut pintu berlainan. Pintu utama adalah dibahagian sebelah. Andeh dan pak Andeh...

Masuk dalam kereta dalam perjalanan pulang, suami akak bertanya apakah kami akan datang lagi. Akak mengatakan tidak.

Suami: Hmm selera minang...

Friday, October 30, 2009

Pengakuan jujur Aisyah.


Perbualan ini akak sengaja tanyakan kepada aisyah.

Akak: Aisyah, boleh tak ibu minta buah pinggang aisyah bagi kat ibu?

Aisyah: Kenapa?

Akak: Buahpinggang ibu dah rosak, ibu nak kena tukar baru.

Ain: Aisyah.... ianya menyakitkan....

Aisyah berubah airmukanya. Pandang akak dengan pandangan yang cemas.

Akak: Boleh tak? nanti doktor potong belakang aisyah dan ambil buahpinggang aisyah bagi kat ibu.

Aisyah: nanti ibu mati?

Akak: yer.....

Aisyah: hummm.... tapi aisyah punya kecil sangat...

Akak: okay.. boleh...size dia sama nanti...

Aisyah fikir lama untuk menjawap kembali...

Aisyah: kenapalah mbak tak pakai talipinggang?
(tiba-tiba itulah alasan yang boleh aisyah fikirkan... fikirnya ssemudah itu dan buah pinggang dan tali pinggang punya kaitan.....)

Akak alih soalan yang sama kepada Ain.

Ain: adakah ianya menyakitkan?

Akak: yer...

Ain: tak boleh..... (semudah itu)

Akak tidak bertujuan apa-apa sekadar ingin mengetahui pendapat mereka. Jawapan ikhlas mereka memang melucukan.


Thursday, October 29, 2009

Sarapan pagi ini

Jelly raspberry... macam sedap aje...

Tarrraa...... pertama kali buat murtabak maggi.... not bad....


Bangun tidur terus bukak laptop. Ingat nak menebeng kat pintu kakcik tapi... puaslah mengetuk, tak bukak-bkak pun pintu. (Kakcik takda sebenarnya...OTW ke Serawak...)
Jadinya akak berjalan-jalanlah ketempat lain....
Tiba-tiba ada seorang blogger tu buat mertabak maggi.

Akak terus turun pegi dapur, tengok cuma ada satu bungkus maggi kari. Telor ada 4 biji.
Dalam blog tu, takda pulak resepi nak buat macamana murtabak maggi. Agak2 ajelah...

Rebus maggi, keluarkan lepastu masukkan perisanya. Gaul rata dan masukkan cili padi hiris.
Pecahkan telur 2 biji, pukul sampai kembang kemudian tuang atas maggi. Panaskan minyak dan tuangkan aje...
Jadi bila nampak garing, balikkan...
Menjadi pulak tu...cumanya lain kali masukkan hirisan bawang besar banyak2...

Sebagai pencuci mulut, akak buat jelli rasberry + ribena.

Boleh tahankan berkat meninjau-ninjau blog orang...

Wednesday, October 28, 2009

Lauk hari ni.

Sup sawi ni, akak tiru kakcik punya lauk....tapi tak letak fishball sebab malas nak pergi kedai.

Sambal udang dengan belimbing.... kena dengan nasi impit tentu lagi sedap....


Kak Jamilah datang dialysis dengan membawa pucuk ubi dan buah belimbing... Biasalah.. kak jamilah ni supplier akak sebab dia yang selalu ingat nak bagi pucuk ubi dan belimbing kat akak walaupun tuanpunya belimbing tu kak Soyah...(akak pun kenal nama ajer.. jumpa pun tak pernah..)

Katanya hari minggu baru ni, anaknya buat pembersihan laman rumah.. habis di tetasnya pokok-pokok ubi. Bila dah kumpulkan pucuk muda, sayang pulak nak dibuang. Kak Jamilah kumpulkan, bagi kat akak isnin lalu. Separuh dari pucuk ubi tu akak minta bibik buat masak lemak kuning dan ada separuh lagi. Hari ni akak masak sambal udang dengan belimbing buluh. Memang bila tiba raya, kat rumah Bik Azai selalu buat sambal udang pucuk tahu dicampur belimbing. Memang sedap... Tapikan, selalu bila raya, puas kami mencari belimbing... selalu dapat sikit sangat. Terkulat-kulat nak makan. Sebiji belimbing belah empat lagi.

Bila kak Jamilah beri sebeban kat akak, haa... puas. Letak belimbing banyak-banyak memang sedap. Voilla.


Sikap manusia.

Cuba bayangkan orang yang mengata itu tulus dan baik seperti aunty ni....Kan manis....


Tersentap juga akak bila dapat tahu dari kawan, ada kawan dah kutuk akak...kaw..kaw punyer....
depan kita, manis mulutnya... belakang kita...ditikamnya kita. Apalah depa ni... kalau dah namanya kerja, buat ajelah kerja tu.

Tapi biasalah... bila dah ada tukang sampai, itu yang bahaya. Sebab kalau situkang sampai tak menyampaikan, kita pun tak tahu. Tapi bila kita dah tahu, kita tersentak pula.

Selalunya bila kita dapat tahu kita akan marah kan... tapi kali ini, akak kena pikir panjang...jangan melompat...jangan nipis sangat telinga tu... relak.. tarik nafas dalam-dalam... lepaskan.

Bila jumpa orang yang berkenaan buat macam takda apa-apa. Bukannya berkudis pun dia kata. Dan betulke apa yang tukang sampaikan tu kata?...

Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam.... Hmmmmmmmm lepaskan.


Alhamdulillah-akhirnya dapat tidur.




Pertama-tama sekali akak mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana akak berpeluang lagi merasa nikmatnya dapat tidur setelah 4 malam tercelik jaga sepanjang malam.

Setelah berbincang dengan ketua jabatan nephro, suami akak yakin dengan mengambil ubat tidur ini tidak akan memudaratkan akak. Akak mula mengambil selepas sarapan tetapi hanya berjaya tidur selama 2jam sahaja.

Malam tadi sebelum tidur, akak ambil lagi sebiji dan alhamdulillah dapat tidur sampai pagi walaupun pada pukul 320pagi akak terjaga tapi alhamdulillah dapat teruskan tidur sampai pukul 530pagi.

Tuesday, October 27, 2009

Dapat tidur 2jam

930pagi-boss balik dari hospital bawa sarapan dan ubat tidor.
1000pagi-selesai sarapan dan makan ubat, terus tidor...
1005pagi-mata dah ngantuk. tarik selimut, tidor.
2 jam sahaja... ZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZ
1210tghari-mata dah celik
cuba-cuba lagi nak tidor balik... dah dengar bunyi drilling rumah sebelah...
100tghari-azan zohor....
140tghari-buka laptop...

Hmmmmm... takkanlah 2jam saja?...boleh bengonglah macam ni tak tidor. Check B/P, sure masih tinggi....@#$%^&*()@#$%^&*(()))+

Hari ke 4, tak tidur.


Mungkin kena cari rocking chair baru boleh tidur kot.

12.35malam- mula tutup laptop.
2.35pagi-mata dah celik. Cuba bawa-bawa berzikir tapi masih tak boleh tidur.
3.30pagi- turun bawah buat milo suam. Masih celik mata.
5.45pagi-dengar azan. Solat subuh. Masih celik mata.
6.00pagi- suami bangun check B/P... tinggi. Suami nak ambil cuti hari ni dan nak beri akak makan pil tidur dan dia akan pantau sebab dengan keadaan akak, mungkin tak boleh bangun terus...tapi akak perlu turunkan B/P. Tambah ubat darahtinggi untuk turunkan tekanan darah.
Akak cuba tidur. Tapi masih tak boleh... Bilik dah sejuk, selesa..tapi mata belum mahu tidor...
8.50pagi - akak bangun, buka laptop. Sebab lepas ni, minta-minta dapat tidor....

Insaf akak dengan keadaan diri akak. 4hari ni nikmat tidor dah tiada..
Cuma yang penting turunkan tekanan darah...


Monday, October 26, 2009

Kisah hari ini.

Dah stress... nak tidor tak boleh....


Pulang dari dialysis tadi, akak dah rasa penat sangat. B/P pula tinggi walaupun berat akak dah okay dan tarik air pun tidak memeningkan. Seperti biasa, akak dijemput suami di Unit Dialysis dan kami sama-sama berjalan ke kereta.

Dalam perjalanan ke kereta, akak terasa letih sangat. Cepat-cepat akak masuk kereta dan duduk. Terasa dalam hati nak dapat rawatan ke, minta suami periksakan ke, tapi akak rasa tak apalah dulu. Kami pun pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, suami akak mencadangkan kami beli lauk dan nasi dan makan dirumah saja tapi setelah sampai di Restoren A Hassan, akak terasa macam nak ulang lagi makan macam minggu lepas. Maka kamipun masuk kedalam restoren dan mengambil makanan. Akak ambil lauk serupa macam minggu lepas. Tapi sebaik akak menjamah makanan, terasa tak sedap. Akak tak dapat menghabiskan nasi dan lauk.

Selesai saja suami akak makan, kamipun terus pulang kerumah. AKak dah terasa terlalu letih. Hajat dihati hanya ingin baring dan tidur. Akak minum 100ml air milo suam dengan harapan agar boleh tidur.
Tapi bila dah selesai mandi dan solat zohor, akak cuba lah untuk tidur, tidak boleh. Suami akak mengambil keputusan membatalkan urusannya petang ini dan menemankan akak dirumah. Hinggakan akak terasa sama macam dulu-dulu ketika akak memaksa anak-anak akak tidur petang. Akak cuba tidur dari pukul 230petang sehinggalah waktu maghrib, masih tak boleh tidur.

Apa yang akak rasakan disini ialah, akak dah harus menukar selera daripada minum air nescafe dan sarsi kepada minum air milo O suam. Dah tak boleh minum sesuka hati lagi.......
Tak boleh jadi bila dah 3 malam tak tidur... akak yang tak stress pun dah jadi stress.

Tidur.


Minta2 janganlah sampai jadi begini..... merayap satu rumah dengan sudip sebab tak boleh tidur.

Sejak 3 hari lepas akak tak dapat tidur lansung. Asyik terbangun, bangun. Jaga sampai subuh... Badan jadi letih dan blood pressure pun tinggi. Akak dapat jaga air tapi bila tak dapat tidur maka B/P jadi tinggi.

Dr Annam datang bertandang dan kami berbincang mengenai tidur.
Rumusannya:
1. Akak mungkin tidur dengan perut lapar [sebabnya akak jaga berat dan pengambilan air].
2. Akak suka minum nescafe, sarsi dan teh.
Langkah yang perlu diambil:
1. Kena hentikankan terus pengambilan caffeine.
2. Kena minum milo O panas sebelum tidur. Cuba bakar roti untuk alas perut sebelum tidur.
3. Petang-petang cuba berjalan sekeliling kawasan rumah untuk keluarkan peluh dan penatkan badan.


Alhamdulillah 2.

Pagi ini akak ke diaysis dgn penuh yakin. Akak dah control air sejak hari jumaat lagi... Akak balik hari jumaat dengan berat 53.4kg. Akak berusaha mendisiplinkan diri setelah sekian lama bersikap degil dan culas dan mencuri air. Alhamdulillah...walaupun akak tak datang tarik air sabtu lalu, akak masih berjaya datang pagi ini dengan berat 55.8kg.. berat yang akak kumpul untuk 3 hari hanya 2.8kg. Alhamdulillah......

Sebenarnya akak dah merbahayakan diri akak sendiri dengan datang dialysis 4 kali seminggu. Jumlah air yang terkumpul kadang-kadang mencecah 4kg. Walaupun ditarik air pada hari sabtu, akak masih berlebih air. Jantung yang bengkak semasa air lebih dalam badan mengakibatkan jantung kerap bengkak dan akan berhenti mengepam.

Akak pernah diberi kata nasihat oleh SN Diana dan SN Ros... cumanya baru-baru ini akak dapat menilai kata-kata mereka dan berazam untuk mendisiplinkan diri... Alhamdulillah...

Sebaik tiba di Dialysis, terus akak jumpa SN Ros dan memeluknya. Kemudian akak jumpa SN Diana dan terus memeluknya. Terharu wajah mereka bila akak mengucapkan terima kaseh atas kata nasihat yang mereka berikan... Mereka banyak membantu kami pesakit buahpinggang dengan bekerja penuh dedikasi dan bertanggungjawap.

Sunday, October 25, 2009

Lauk akak hari ini.

Teh O bercampur daun pudina.....Voilla... memang sedap

Goreng kacang buncis dengan udang dan lobak asin.

Sambal belacan.
Kari sotong dan terung.

Malam tadi akak kurang tidur. Entah mengapa mata ni tak mahu lelap. Entah apa yang difikirkan...
Pagi ni bangun dengan niat hendak berpuasa... Tapi bila tengahari dah mula berkeroncong.
Bila kedapur ingin membuat air kopi pekat... tapi bibik beritahu daun pudina semalam sudah dibersihkan dan bertanya hendak buat air daun pudina ke...

Panaskan air hingga mendidih, masukkan uncang Teh Lipton dalam teko kemudian masukkan seikat daun pudina dalam teko. Tuangkan air, biarkan sebentar. Masukkan gula secukup rasa kerana jika di kedai Morocco, mereka akan meletakkan gula sebanyak-banyaknya. Sejak akak minum teh daun pudina di Restoren Morrocco, akak menjadi ketagih untuk meminumnya bila ada daun pudina. Tehnya menjadi begitu wangi dan sedap rasanya.

Perut yang berkeroncong membuatkan akak rajin untuk masak hari ini. Suami akak menghadiri Majlis Perasmian Rumah Jantung oleh Menteri Kesihatan di Rumah Jantung Kuala Lumpur. Maka hanya akak dan anak-anak sahaja yang makan tengahari ini.

Kacang buncis akak gorengkan dengan udang bercampur lobak asin. Memang sedap kerana inilah cara masakan arwah emak akak dahulu. Membuka selera.

Saturday, October 24, 2009

Kenangan.

Ini adalah lobak... bukan pucuk lobak..

Bagi yang tak mengenal pucuk turi, inilah pokok turi. Diambil pucuknya untuk dibuat masak lemak pucuk turi. Sedap jika di goreng ikan masin dan sambal belacan.


Teringat kisah akak dan jiran akak semasa tinggal di Melaka dahulu. Masa ni baru kawin... Jiran-jiran akak terdiri daripada makcik saudara dan jiran yang telah berusia.
Salah seorang daripadanya bernama makcik Lobak isteri kepada Pakcik Dollah. Kakak iparnya ialah Bik Kasah.

Akak teringin hendak masak gulai pucuk turi. Pokok Turi itu di miliki oleh Makcik Lobak. Untuk memanggil makcik Lobak sering membuatkan akak ketawa namanya. Dengan semangat yang berkobar-kobar, akak dah bertekad takmahu memanggil namanya 'Lobak'. Akak akan hanya memanggilnya makcik sebagai menghormatinya seorang yang berusia. Kami memang mesra berbual-bual bila bertemu, dan semasa akak berpantang anak sulung, makcik Lobak sering memberikan ikan haruan belaannya untuk akak makan semasa dalam pantang.

Entah bagaimana pada hari yang bertuah tersebut mulut akak telah tersasul sewaktu meminta kebenaran untuk mengambil pucuk turi di tepi rumahnya.

Akak: Makcik.... boleh saya minta pucuk lobak....

Aduhhh...mengapalah hatiku berhati-hati tak mahu sebut Lobak.... mulutku sedap aje minta Pucuk Lobak..... Apalagi, pakat ketawalah Arwah Pakcik Dollah dan kakak iparnya Bik Kasa.

Makcik Lobak: Kalau pucuk tu, tak dapatlah makcik nak bagi.......

Berulangkali akak meminta maaf. Sasul ini benar-benar memalukan. Tapi, sikap makcik Lobak yang tidak berasa hati dan dia juga seorang yang kuat bergurau, tidaklah menjadi apa-apa....

Hari sabtu.

Arnab Ain bernama David Archuletta.

Arnab Aisyah bernama Lisa.




Banyak plan bertukar di saat akhir.
Rancangannya
1. beli nasik lemak kat seksyen 7, makan kat tapak pasar tani..
2. pergi dialysis sendiri sebab suami ada meeting di Universiti Malaya

Tapi:
Suami rasa esok pun ada meeting di Pusat Jantung, hari ni dia nak habiskan masa beli barang-barang dapur dan barang bulanan.
Akak tak rasa nak pergi dialysis sebab kerap dialysis tak elok untuk jantung. Akak perlu lebih daya ketahanan diri mengawal pengambilan air... Insya'Allah.... Ya Allah.... kuatkanlah semangatku dalam mengawal air....Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Pagi, akak dah terconggok depan penjual nasi lemak seksyen 7, beli 7 bungkus nasi lemak... bawa pulang dan makan di rumah.
Selesai makan, pergi pasar tani di MAEPS serdang. Beli barang-barang basah seperti ikan dan ayam dan sayur dan ikan bilis dan bawang......
Kemudian, sengaja belikan 2 ekor arnab untuk Aisyah yang mengikut kami hari ini...

Pulang dari MAEPS, anak-anak yang lain dah teruja kerana dapat 2 ekor arnab untuk menjadi haiwan peliharaan mereka.

Kami membawa kesemua anak-anak ke Tesco Saujana, Kajang, kerana sejak akak sakit, dahlama kami tak membeli barang bulanan bersama-sama. Jika semasa akak sakit, suami akak pergi beli seorang diri ataupun membawa qeeb dan kakak bersama-samanya.

Selesai membeli barang, ingatkan hendak makan tengahari di Pizza Hut tapi layanan yang lambat dan acuh tak acuh oleh petugas di situ membuatkan kami beredar dan memesan domino pizza melalui talian talipon dan sebaik sampai di rumah, pesanan pizza kami pun tiba. Selesa, makan di rumah sendiri.

Friday, October 23, 2009

Restoren Rebung.


Malam ni, untuk makan malam kami pergi mencuba RESTOREN REBUNG di Jalan Maarof, Bangsar Baru. Akak pernah terbaca ulasan mengenai restoren ini di suratkhabar The Star dan akak teringin mencubanya.

Cuma pada malam ini kami berkesempatan untuk mencubanya. Syukurlah perjalanan pada malam ini sangat lancar tidak seperti semasa kami ingin mencuba nasi lemak kg baru 3 minggu lalu.

Apa yang boleh akak katakan di sini ialah untuk penggemar makanan masakan kampung, memang ada banyak pilihan [sampai tak tahu apa nak makan...]. Ada masak lemak telor itik, masak asam ikan pari, masak lemak rebung, daging salai masak lemak, sambal ikan bilis petai, sambal tempoyak pucuk ubi dan petai, ikan masin, kari kepala ikan. Mee kari, laksa, pecal dan rojak buah pun ada.
Untuk pencuci mulut ada goreng pisang, goreng cucur ikan bilis. Kambing panggang, ikan keli dan ikan cencaru panggang pun turut menjadi hidangan.

Rasa masakannya memang sedap. Berasa.


Kuih tradisional yang di hidangkan..

Pekena ABC...

Cucur bawangnya, sedaplah juga...

Akak meratah lauk.. dah tak tahu nak makan apa lagi...

Kambing Panggang... pilihan suami

Ikan pari masak asam dan bendir, sambal tumis ikan bilis petai, tempoyak daun kayu, rojak buah- pilihan akak

Iktibar buat akak.

Comelnya baby ni, dia pun tidak lepas dari dugaan. Diduga dengan kesakitan.
Wayar yang keluar dari dadanya ialah Perm Cath. Disambung terus ke salur darah jantung. Pada peringkat permulaan akak dialysis, akak dipasangkan Perm Cath sementara menunggu Fistula di tangan boleh digunakan.
Alhamdulillah... kesakitan ini akak yang menanggung bukan anak akak. Tak tergamak jika anak akak pula yang terpaksa menanggung semua ini.


Semasa akak seusia dengan anak gadis ini, akak menghadapi hidup tanpa menduga diusia begini akak di uji dengan penyakit buah pinggang dan memerlukan dialysis selagi hayat ada. Perm cath di pasang di pangkal leher buat sementara sebelum fistula di tangan menjadi matang selepas pembedahan. Jika pesakit yang rosak Fistula di tangan, untuk mendapatkan rawatan dialysis, pesakit tersebut terpaksa di tebuk di pangkal leher untuk dipasangkan Perm Cath ini.





Harus Beringat.

Pada bulan Ogos 2009, akak pernah intubate dan ventilated. Serupa macam ini.
Akak buat entry ini khas untuk mengingatkan akak jika akak mencuri air lagi...
Maut itu hampir.

Terkejut andeh.

Tengahari tadi, akak tak boleh buka blog...

terkejut... habislah... inilah cinta hati andeh.

Masa tu, sempatlah andeh gunting plaster buat tampal masa dialysis nanti...

andeh talipon kakcik, tanya..

kakcik pun tak boleh access....

andeh talipon kengkawan lama yang tak dengar berita....

tapi andeh tetap tak boleh tidooor....ZZZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Syukur.

Malam tadi, akak rasa funny semacam. Akak dah terasa sesak nafas...

Ambil oxy meter, oxygen 99. okay... lihat nadi 80 BPM... akak ni memang cepat panic... ingatkan dah dekat sesak nafas... Sebelum pasang mesin oxygen portable, akak turun bawah tanya tuan doktor.... doktor sedang enak mengadap makan malam. [convenient betul bila duduk serumah ngan doktor... doktor tengah makan pun kena layan pesakit andeh ni....].

doktor: tadi, minum banyak?

pesakit: [mati hidup balik tak nak mengaku.. curi2 minum]..eeeee macam biasalah.

doktor: muka dan mata dah bengkak...[indicator jika minum lebih air].

pesakit: orang minum macam biasa jeee. [ dah terbukti pun taknak ngaku... andehku..andehku...]

doktor: cakap betul2, rasa macam mana?

pesakit: hmmmm rasa funny... [terus naik atas sebab takut kena tanya].

Sebenarnya akak nak kata dada rasa sesak... nak nafas tak lepas... tapi doktor tengah makan...

pesakit: nanti tolong periksa yeer...

Sempatlak tinggal pesan...

Selesai makan, suami pun naik atas periksa BP... Ambil stetoscope periksa pernafasan... Alhamdulillah okay.

Doktor: Dada okay, tak da air.... BP je tinggi

pesakit: Alhamdulillah.

Doktor: Petang tadi dapat tidur?

pesakit: mana orang pernah tidur petang...

Doktor: Okay, tidur awal...

Rupa-rupanya bila pagi tadi suami akak kata dia pun rasa funny sebab makan masak lomak cili api semalam pedas sangat.... perut jadi sebu... Itulah sebenarnya akak rasa semalam...Sebab akak dah pernah sesak nafas sampai kena intubate/ventilate.... akak cepat panik...Rasa menyesal juga mencuri-curi minum air..... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tak boleh tahan....................
Air tu memanggil-manggil suruh ambil dalam peti sejuk tu.

Thursday, October 22, 2009

Masakan Hari Ini

Goreng kacang botol dengan belacan.

Masak lemak cili api ayam kampong. Adusss... terangkat....


Akak memang suka melihat blog-blog yang mempamerkan juadah masakan. Buatkan akak bersemangat untuk memasak. Tapi perangai akak yang tak boleh nak diubah-ubah ialah asyik-asyik masak lemak...( Mentang-mentanglah Dato Dr Roba'aiyah dah declare arteri akak okay...clear.. takda sumbat...) agak-agaklah arteri orang lain pulak....

Banyak-banyak resepi yang akak paling suka ialah masak lemak ayam kampong cili api dan goreng kacang botol belacan. Cukuplah... Puas cari resepi... balik-balik masak itu sahaja. Andeh lah andeh.... Dia peduli apa arteri orang lain...

Andeh ni nak kena pergi kaunseling la dengan dietian. Andeh ni ada kenal seorang ketua jabatan dietian... Nak minta dia bagi khutbah kat andeh lah.

Cari Tadika

Akak beli tadi memang banyak tapi akak dah makan banyak lah juga..... sedappp...


Pagi ni bangun awal lah pulak. Patutnya sedap-sedaplah sambung tidor lepas subuh tapi mata dok teringat nak menebeng kat satu blog tu. Jadi kemestian pulak.
Sambil dok menggodeh kompter, laparlah pulak perut. Pesan kat bibik buatkan burger dan cucur kodok.... Maka terisilah perut yang makin lapar sebaik masa meningkat....

Kemudian teringat pesan suami semalam suruh recce tadika untuk Aisyah. Aisyah dah terlalu bersungguh-sungguh ingin masuk tadika. Suka mula belajar sendiri alphabet A-Z... dah mengenal pun. Akak memang tak mahu memaksa dia belajar sehinggalah usianya 5 tahun kerana biarlah dia menjadi kanak-kanak sepadan dengan usia 4 tahun takut nanti dia akan menyesali dan mengungkit macam Michael Jackson...(Kecil-kecil dah kena nyanyi...[kerja-cari duit]).

Sampai kat tadika yang berkenaan, berbuallah dengan tuanpunya tadika. Mesra sekali macam dah lama kenal. Kira okaylah orangnya... Aisyah dibiarkan bergaul dengan murid-murid lain. Seronok hingga keberatan nak pulang. Tandanya Aisyah memang sesuai dah untuk masuk tadika.

Pulang dari tadika tersebut, akak ternampak gerai jambu potong. Hmm... berpusing akak jadinya... singgah beli dan bawa pulang. Macam mengidamlah pulak sejak semalam teringin nak makan tapi dah tak banyak gerai menjualnya. Selalunya selang 200meter boleh nampak gerai berpayung menjual jambu potong, tapi semalam macam dah takda musim jambu.

Wednesday, October 21, 2009

Kekaseh Jahanam.

Harian metro hari ini melaporkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah di dera secara fizikal dan seksual oleh kekaseh ibunya yang berbangsa Sudan. Allahuakbar.... nak jadi apalah emak macam ni. Sanggup biarkan anak sendiri ditinggalkan bersama lelaki bukan muhrim.

Akak tak sanggup nak teruskan. Sedih sangat. Bacalah sendiri Harian Metro hari ini.

Untuk Pesakit Buah Pinggang Sahaja.

Akak selalu ditanya oleh sahabat dan saudaramara tentang pantang larang makan. Akak sering buat jenaka dengan menjawap 'pantang jumpa'. Rupanya akak perlu berhati-hati dalam memilih makanan. Barulah hari ini, terbuka hati akak untuk memahami kenapa dan apa yang membuatkan akak harus berpantang. Insya'Allah... akak akan cuba.
"Ya Allah, kuatkan semangatku untuk berpantang."

Dilarang makan dan minum :

Tinggi Potassium.
buah oren, limau bali,
air kelapa, air oren,
air nescafe
kekacang
buah labu. avocado,
Kentang, Kiwi
Peach, Apricots
Buah-buah kering

Tinggi Phosphorous.
Susu
Whole grain/Bran/Barley
Kekacang
Kelapa
Buah Kurma dan Fig dan Kismis
Ikan Salmon/Sardine
Oyster
Organ Dalaman
Air Cola/Sarsi/Pepsi
Daging/Ikan/Telor
Ikan Bilis/Ikan masin

Jika potassium berlebihan di dalam darah, jantung akan berhenti. Sebab Potassium yang berlebihan akan melambatkan pergerakan jantung. Keadaan apabila potassium berlebihan dalam darah di panggil ' Hyper Kalaemia '.

Lunch hari ini.

Kuih keria dan chubadak yang sedap... Hajatnya nak mencari jambu batu, tapi jambu takda melencong beli kuih keria lah pulak. Sedaplah pulak.....

Ayam goreng khas buat suami....

Lauk-lauk akak. Ada udang galah, ada sotong dan ada siput.. juga petai dan sambal. Nyum..nyum...

Lauk suami... tentunya goreng ayam kampong.



Minggu ini suami akak dah tak puasa. Dalam perjalanan pulang kami singgah makan tengahari di A.Hassan Restoren Ayam Kampong. Pernah akak cuba tukar selera ambil lauk lain daripada biasa, tak lalu makan. Hari ini, kesedapan betul... lancar saja.

Hamster nak makan...