Monday, October 19, 2009

Komplen.

Anak akak dah komplen cara akak melayan mereka.
contoh:

Aisyah demam. Merengek menangis kerana badan rasa tak selesa. Reaksi akak.

ibu: ala shayang..shayang demam yer.. ala bucuk bucuk baby cayaaang..... alah baby shayang diee....

Qeeb sakit belakang. Komplen sambil mengurut-ngurut belakangnya yang sakit selepas semalam bermain tarik tali.

Qeeb: Ibu, belakang qeeb sakit.

Ibu: Hmmmm... sakit period ke?...

Qeeb: bukan, sakit belakang, otot kejang.. sebab maen tarik tali semalam.

Ibu: Mmmm.. panadol la ubatnya.... Makan panadol sebijik hilang lah sakit....

Rupanya sikap akak yang acuh tak acuh di perhatikan oleh Qeeb. Dia komplen semalam sewaktu kami makan tengahari. Kebetulan Aisyah ketika itu sedang merengek.

Hai lah anak. Kadang-kadang boleh terduduk kita dengar penilaian mereka.

Tapi begitulah kita ni sebagai emak. Pada anak yang dah dewasa, kita agak kurang beri perhatian kerana kita anggap mereka dah pandai berdikari dan yang masih kecil kita beri lebih perhatian.

5 comments:

  1. Saorang ibu yang sakit..ada lah saperti lilin yg memberi cahaya sekeliling...sedangkan diri terbakar dan cair...

    Mereka mengharapkan lilin yg memberi keterangan tanpa nya mereka dalam kegelapan...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Kak Zai pun macam Rahmah juga,ingatkan bila anak dah besar tak payah nak layan lebih2.

    ReplyDelete
  3. Salam kak nani,
    bila anak sakit, mak pun cuti dari sakit... selalunya abahnya yang jaga kalau anak sakit tapi hari ni abahnya pun sakit.

    salam kak zai,

    betullah... kalau anak tak komplen, kita tak perasan. Anak kedua saya memang suka terus terang. Yang pertama dan ketiga, pendiam.. tak pernah komplen sebab tu saya tak perasan.

    ReplyDelete
  4. Salam Adik..

    sebenarnya, bagi seorang ibu, anak2nya seperti tak pernah dewasa. Rasa risau dan bimbang, takkan pernah hilang dari hati seorang ibu. Cuma, anak2 saja yang tak tahu.. selalu berfikir yang ibu tak kisahkan mereka...

    ReplyDelete
  5. kakcik,
    betullah.. kita ni mak yang akan selamanya sayang dan kasih pada anaknya tapi bila yang dah besar panjang tu taklah kita belai macam si kecil... kasih dan sayang sama je...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...