Wednesday, October 21, 2009

Teman-teman dialysis.


HD unit sewaktu dekat pertukaran shift pesakit. Ada 3 shift. Akak shift pertama, pukul 1130 pagi datanglah pesakit shift kedua... itu yang nampak sibuk sikit.

Suami Puan Chan yang selalunya menghabiskan masa dengan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Ini bibik menjaga uncle kong. Namanya Seri... selalu bantu akak ambilkan selimut, air dialysis. Kalau saat genting, dia tolong belikan kuih pau dan paper.

Cham sedang tidor... zzzzzzzzzzzzzz. Suka mengusik tapi akak ni orang lagi tua dari dia, selalu dia kantol....

Pakcik mohd salleh sedang zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Puan Chan, teman setia suaminya. Sering membantu pesakit lain membeli paper, air dan makanan.
Yang paling kelakar bila dia tanya berapa orang tengok gambar dia nanti dalam blog akak... statement ala-ala Tan Hong Ming..." I dont want the whole world to know....". Gelak betul akak dibuatnya. Tahun ni ulangtahun perkahwinan ke 27 tahun. Mempunyai sepasang anak.

Puan Khoo juga menemani suaminya. Loving couple... suka tengok. 47 tahun anniversari tahun ni. Mempunyai 3 orang anak perempuan.

3 comments:

  1. mmm...mintak2 kita pun sempat lah ber anniversary macam tu kan? Tahun ni our anniversary will be on 16 November !! Baru yang ke 18.... :)

    ReplyDelete
  2. Bila melihat ramai yang senasib.. tak la rasa keseorangan kan Adik? Semuanya kelihatan tabah.. seolah2 apa yang dihadapi bukanlah beban atau masalah...

    ReplyDelete
  3. Fa,
    Semuga kita sama-sama dapat mengisi dalam blog masing-masing sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 50 tahun. Tahun ini yang ke 17 tahun...
    Amin.

    Kakcik,
    Masing-masing dah 5/6 tahun dialysis. Sebab tu saya suka mendengar kisah pengalaman mereka lagipula kami lebih kerap bertemu daripada adik beradik sendiri.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...