Sebenarnya semasa akak muda belia, akak berkawan baik dengan sepupunya bernama Marina. Kami satu kolej dan cukup baik sekali. Pernah terjadi bila sama-sama takda duit, dia pergi jumpa bapanya dan dapat RM20.00, marina bagi akak RM10.00 untuk makan. Masa tu entahlah,... kawan rapat sangat kot...
Olehkerana akak terlalu rapat dengan marina, bila dia nak balik ke kampong ke atau jumpa saudaramaranya, akak akan ikut sekali. Dulu, mak noniswara ni berniaga nasi campur pada waktu malam di Jalan Telawi Lima, Bangsar. Dulunya sebelum ada Mc Donald, depan tu ada kawasan parking dan banyak gerai jualan nasi dan pelbagai makanan. Mak Noniswara adalah salah seorang peniaga yang agak berjayalah juga perniagaan nasinya.
Setelah kawasan depan Mc Donald tu nak dibangunkan bangunan rumahkedai, depa pun berhenti berniaga. Dengar-dengar cerita, keluarganya dah duduk di Kelantan pula.
Bila marina mengajak akak pergi ke Kelantan masa cuti, akak tak lepas peluang sebab akak tak pernah ke Kelantan. Kami menaiki kereta dan terus menuju ke rumah Nonis di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Seronok la.. suasana kampong gitu.
Pagi-pagi kami pergi mencari sarapan nasi berlauk... Tengahari kami pergi ke Kota Bharu melawat sanak saudara marina yang tinggal di sana. Kemudian pekena Colek Perut kat Stesen Keretapi .... (Lupa lah Pulak...). Pendek kata berjalan sakan lah akak. Pernah kami ke Sungai Golok, masuk Golok melalui sampan dan naik moto kapchai ke pekan golok untuk menyopping. Dulu, masa muda berani sangat... redah aje. Sekarang kalau ingat.... Heiiii... brutalnya...
Jika kami sempat makan tengahari di rumah Nonis, dia akan memasak ikan patin masak empbut... (bunyinya memang menarik dan lembut). Nampak dia masak memang simple habis tapi pertama kali akak rasa, sedapnya. Makan lauk tu kena ada sambal belacan cili padi... Waduh..waduh.. sejak itu akak baru mengenal ikan patin. Anak saudara akak pun turut suka makan ikan 'Fatin' panggilannya.
Bila Nonis dah mula berlakon dan dah berumahtangga, marina pun dah sibuk bekerja dan berumahtangga, akak pun sibuk dengan kerja dan berumahtangga...... tak jumpa dah...
Tapi baru-baru ni akak ada berjumpa dengan marina sebab dah rindu sangat tak jumpa.
Marina sekarang berjawatan besar dan bekerja di Brunei.
Nonis juga dah jadi isteri orang besar....(Datin)
Akak juga yang berpenyakit besar..... (Tah apalah maksudnya tu... saja nak rhyme)
( kena belajar dengan kacik seroja bab puisi ni....)
Ohya... akak juga yang kena belanja besar untuk berubat....
( Hentam ajelah labuuu......)
kadang yg main campak masak simple tu yg lg sedapkan...mcm anak2 sayala kak...saya masak beriya2 kurang seleranya makan..time masak simple2 licin semuanya eheheh
ReplyDeleteMi,
ReplyDeleteBudak-budak mana pun macam tu gayenya. Kita masak nak rak... depa tak berapa nak makan... masak sikit ciput je, mas itulah depa hulur pinggan nak lagi....
Kakcik dah beberapa kali cuba makan ikan patin (masak tak pernah la pulak!) tapi kakcik tak suka sebab ada bau rumput...
ReplyDeletePuisi tu ikut sedap jari je, Adik.
Kakcik,
ReplyDeleteKalau ikan patin asli (pancing punya) dari sungai pahang, tak akan rasa macam lumpur/rumput. Proses cuci dengan air limau kasturi pun penting juga. Tapi, kalau dah suka....
Abang saya pun kata rasa lumpur/rumput.
Salam Akak,
ReplyDeleteIkan patin banyak lemak tapi saya suka. Tapi mana dia resepi ikan patin Datin N?
Salam kak nora,
ReplyDeleteberminat juga ye... nanti saya sertakan buat semua.