Saturday, October 31, 2009

Dong Yi Shun 2

Dong Yi Shun Kota Damansara.

Pakar membuat mee.

Pintu Utama Restoren.

Omelette prawn.

Perasa tambahan yang disediakan.

Baked dim sum.



Beef La Mee

ItalicCrispy Duck.

Tofu dan broccoli

Malam tadi seperti malam-malam sabtu yang lepas-lepas adalah malam Jalan-jalan cari makan. Kami dah merancang untuk ke Dong Yi Shun selepas percubaan kami yang pertama kalinya di The Summit gagal.

Setelah meninjau lokasi kedudukan Dong Yi Shun di Kota Damansara melalui Google Map, akak rasa agak mudah untuk mencarinya berpandukan pengalaman pernah pergi makan nasi beriani udang di kawasan yang sama.

Setelah bersolat maghrib, kamipun keluar rumah. Sebelum itu puas di soalsiasat oleh keempat-empat 'pegawai penguatkuasa keluarga' mengenai arah tujuan kami. Puas kami berdalih kerana kami baru ingin mencuba jika sedap, kami bolehlah pergi makan beramai-ramai kemudian nanti.

Kami bagaimanapun berjaya melepasi pegawai pertama,kedua dan ketiga tetapi pegawai yang keempat agak keras soal siasatnya. Tidak mudah beliau mahu melepaskan kami.

Aisyah: ibu abah nak pergi mana? boleh aisyah ikut?

Ibu: Ibu nak keluar kejap jumpa kawan... kawan ibu tak kasi budak-budak ikut...

Aisyah: Huhuhhh... bagilah asiyah ikut..

Abah: Budak-budak tak boleh ikut...

Kami pun terus keluar membuka pintu grill dan ingin menguncinya kembali.

Aisyah: AIsyah nak salam...(sambil menghulurkan tangannya).

Masuk aje kedalam kereta terus bergerak menuju jalan reko. Terdapat kesesakan kerana ada kerja-kerja mengorek sedang dijalan. Cuba pula mengikut persiaran bangi dan keluar di tol kajang. Melalui lebuhraya kajang-sg besi, kami mengambil jalan pintas ke Kesas Highway. Dari Kesas Highway ke Persimpangan Sunway dan terus ke Lebuhraya Damansara Puchong. Kesesakan sempena malam sabtu sudah dijangka tapi kenderaan masih bergerak walaupun perlahan-lahan.

Tiba di One Utama, kami cuba memasuki persiaran serian,tapi terlepas hingga penchala link. Kesesakan akibat dari 6 lorong kepada 3 lorong membuatkan kemderaan tersekat agak lama juga. Akak dah risau sebab takut restoren akan tutp pukul 1000 malam. Ada terdapat restoren yang setelah jam 930malam sudah tidak mengambil pesanan.

Setelah membuat pusingan U, kami mencuba kembali balik ke arah One Utama tapi di persimpangan tersebut telah tersalah lorong. Terus ke One Utama yangmana sepatutnya buat pusingan U sekali lagi. Dari One Utama cuba mencari jalan yang menembus ke Persiaran Serian, tetapi tak ada. Kena pusing semula keluar dari kawasan One Utama terus ke Jalan Damansara dan masuk ke Persiaran Serian. Akhirnya dapatlah jumpa jalan 'bertuah' itu.

Setibanya di kawasan Kota Damansara, kami menyusuri lorong-lorong dan terdapat banyak sungguh kedai makan, antaranya Nasi Lemak Antarabangsa, Kayu the original, Kedondonng dan berbagai nama lagi.

Mengikut pelan di google akak dapat mengagak lokasi Dong Yi Shun. Akhirnya 940malam, kami pun tiba di Dong Yi Shun.

Memang puas mencarinya. Percubaan pertama, restoren tersebut telah berhenti operasi di The Summit. Percubaan kedua, sampai sesat-sesat barat..

Masuk aje kedalam restoren, kami agak hairan kerana restorennya kecil sangat. Ada satu meja sedang diduduki oleh 6 orang wanita (office mate kot) dan satu meja lagi 2 orang lelaki. Setelah mendapat tempat duduk kami terus menanti menu dan pelayan.

Sangka kami, pelayannya dah tidak akan mengambil menu, tapi syukurlah.. masih menerima pesanan.

Akak pun keluarkanlah list yang dibuat siang tadi berdasarkan pesanan yang telah dibuat oleh Fa sekeluarga yang pernah menjamu selera di restoren tersebut. Bila lihat menu, menarik pula. Buat pilihan sama dengan pesanan Fa dan ada yang pilih sendiri.

Brocoli dan tofu, juadah pertama tiba. Wah! perut memang dah berkeroncong, apalagi.. terus saja suap ke mulut. Crispy Duck menyusul... Ngap...masuk mulut. Kemudian Baked dumpling...cantik hiasannya. Beef la Mee pun tiba dan prawn omelette.

Setelah kenyang perut, suami akak pun berjalan-jalan ke arah belakang restoren. Rupa-rupanya dibahagian sebelah juga adalah sebahagian dari restoren tersebut. Kami yang masuk ikut pintu berlainan. Pintu utama adalah dibahagian sebelah. Andeh dan pak Andeh...

Masuk dalam kereta dalam perjalanan pulang, suami akak bertanya apakah kami akan datang lagi. Akak mengatakan tidak.

Suami: Hmm selera minang...

6 comments:

  1. Salam. Berjaya juga ke restoran tu ye? Masa diorang kat Summit, sempatlah pergi sekali. Dapat idea masak kari dan nasi goreng lada hijau dari 'restoran QJ' ke? Heehee.. Kalau ya, panjang ceritanya tang nasi goreng tu.. Laalaalaa...

    ReplyDelete
  2. salam kak som,
    Setelah bermacam halangan, dapatlah juga ke dong yi shun... selera kak som macamana? Boleh terima?
    Idea nasi goreng lada hijau memang dari restoren QJ, saya kesana pun menerpa dari umah kak som jugak...hehehehehhe...nanti cerita dlm entry kak som yer...

    ReplyDelete
  3. kak rahmah, if nak try restoran chinese mualaf yg ok gak ada kat kelana jaya, nama dia restoran mohd chan abdullah, kat dataran glomac, belakang bank al rajhi. restoran dia kecik je but food dia ok gak. try air kedondong dia. memang lebih best dari yg kita minum kat kedai banting ari tu hehe. saya pun dah gi restoran dong yi ni masa dia ada kat summit. masakan ada kambing n yg ada chili oil dia sedap oo. -aida

    ReplyDelete
  4. aida,
    nanti kita jjcm sama-sama ok?

    ReplyDelete
  5. Akak, hal nasi goreng tu dah pun diangin2kan kat my blog dan juga kat QJ's tapi tak ingat yg mana satu almaklum satu post ada berbagai2 cerita (kaki lencunglah katakan (I lah orangnya).

    My selera apa2 pun boleh asalkan tak berminyak 'berleming2'.

    ReplyDelete
  6. som,
    okay...nanti akak baca semula.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...