Monday, October 26, 2009

Kisah hari ini.

Dah stress... nak tidor tak boleh....


Pulang dari dialysis tadi, akak dah rasa penat sangat. B/P pula tinggi walaupun berat akak dah okay dan tarik air pun tidak memeningkan. Seperti biasa, akak dijemput suami di Unit Dialysis dan kami sama-sama berjalan ke kereta.

Dalam perjalanan ke kereta, akak terasa letih sangat. Cepat-cepat akak masuk kereta dan duduk. Terasa dalam hati nak dapat rawatan ke, minta suami periksakan ke, tapi akak rasa tak apalah dulu. Kami pun pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, suami akak mencadangkan kami beli lauk dan nasi dan makan dirumah saja tapi setelah sampai di Restoren A Hassan, akak terasa macam nak ulang lagi makan macam minggu lepas. Maka kamipun masuk kedalam restoren dan mengambil makanan. Akak ambil lauk serupa macam minggu lepas. Tapi sebaik akak menjamah makanan, terasa tak sedap. Akak tak dapat menghabiskan nasi dan lauk.

Selesai saja suami akak makan, kamipun terus pulang kerumah. AKak dah terasa terlalu letih. Hajat dihati hanya ingin baring dan tidur. Akak minum 100ml air milo suam dengan harapan agar boleh tidur.
Tapi bila dah selesai mandi dan solat zohor, akak cuba lah untuk tidur, tidak boleh. Suami akak mengambil keputusan membatalkan urusannya petang ini dan menemankan akak dirumah. Hinggakan akak terasa sama macam dulu-dulu ketika akak memaksa anak-anak akak tidur petang. Akak cuba tidur dari pukul 230petang sehinggalah waktu maghrib, masih tak boleh tidur.

Apa yang akak rasakan disini ialah, akak dah harus menukar selera daripada minum air nescafe dan sarsi kepada minum air milo O suam. Dah tak boleh minum sesuka hati lagi.......
Tak boleh jadi bila dah 3 malam tak tidur... akak yang tak stress pun dah jadi stress.

12 comments:

  1. Sebenarnya dari tadi lagi Kakcik dah risaukan Adik. Tertanya-tanya kenapa Adik tak 'online'. Nak call, terfikir mungkin Adik tidur. Sekurang2nya kakcik lega bila tahu apa yang terjadi. Cuma kakcik agak bimbang dengan keadaan kesihatan Adik. Mujurlah ada doktor di sisi. Kakcik doakan masalah Adik akan segera berlalu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    terima kaseh banyak-banyak kerana walaupun kita belum lagi berjumpa, kita dah boleh mesra. memang saya ditegah online kerana disuruh tidur, tapi memang dah mata tak mahu tidur, macamana.
    Saya pun berharap agar masalah tidur saya akan segera diatasi.
    terima kaseh kakcik.

    ReplyDelete
  3. rahmah

    saya pulak kalau minum nescafe ni asyik nak terkencing jer...

    saya ni dari dulu asik dapat kencing kotor..ada satu masa saya tak dapat brjalan sebab buah pinggang masuk kuman....badan saya ni pin banyak air agak nya sebab saya i kuat minum air...

    awak jaga lah makan minum ya..anak kecik kecik lagi
    kalau tak dapat tidur tu baca baca je buku agama atau buku yang tebal sebab kalu baca buku agama ni selalu cepat mengantuk...setan suka bergayut kat mata ni kalau buku macam tu...hahahaha...jangan ikut cara saya ni tau

    ReplyDelete
  4. kak ezza,
    terima kaseh atas pesanan 'anak kecik-kecik lagi'... itu yang saya kena ingat mulai sekarang.
    Masalahnya setan pun dah kalah dengan tak boleh tidur saya sebab bila saya cuba tidur ppukul 530, 545pagi saya dah celik sebab setan tak dapat nak gayut pun...kalau dulu, time itulah setan bagi saya mimpi seolahnya saya dah selesai solat subuh walhalnya saya dah terbabas sampai syuruk...

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Tak tahulah. Bukankah minuman ovaltine, milo, hit chocolate buat kita aktif. Energy drink seperti untuk orang sukan. Cuba minum susu semata, plain milk.

    ReplyDelete
  6. kak nora,
    pesakit buah pinggang sebaik-baiknya kena elak daripada mengambil dairy product. Susu, keju memang tidak digalakkan. Sebab dairy product tinggi protein dan potassium. Potassium menjadi musuh bagi mereka yang dah rosak buahpinggangnya kerana tak boleh nak proses keluar. Bila potassium berkumpul dalam badan, boleh membunuh.
    wallahualam. yang pasti kami kena elak dari mengambil jenis tenusu.

    ReplyDelete
  7. kak nora,
    sebabkan dah 3 hari tak tidur, saya pun dah salah bagi info.
    Susu takda potassium. tapi pesakit buahpinggang tak boleh ambil jenis susu.
    nanti saya cari maklumat kenapa...

    ReplyDelete
  8. akak,
    saya juga difahamkan milo is not very good especially for children. kadang2 it is very difficult kita nak pilih makanan atau minuman yg betul2 baik sebab zaman dah berubah, semuanya dah bercampur dgn bahan2 yg tak sihat.

    bimbang saya bila baca keadaan akak. mungkin juga akak kena kurangkan makan diluar. sebab nya penggunaan MSG nya boleh tahan....

    tak boleh bayangkan macam mana keadaan tak boleh tidur ni...memang stress :(

    ReplyDelete
  9. Fa,
    akak akan cari di internet maklumat yang berkaitan dgn milo.
    memang payah sekarang nak cari makanan sihat tanpa MSG.
    akak sedang merasa tak boleh tidur, memang menyiksakan. Ergggggghhhhhhh................
    macamana nak ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZ???????

    ReplyDelete
  10. Gud morning Akak, at 4+am I mengadap laptop maknanya terlebih tdo atau xcukup tdo? Hehe, I bangun ni sebab nak makan ubat teruslah melencong. Sebelum tu pekena putu mayam (alas perut).
    Nak tanya 2 Q. 1. Restoran Hassan branch mana yg selalu you pergi? 2. Mcmana mula2 tau you sakit buah pinggang?
    P/S: Sarsi/Nescafe merupakan my minuman (intake yg berhemah). Salam, tq n take care.

    ReplyDelete
  11. Mudah-mudahan Adik dapat tidur malam tadi....

    ReplyDelete
  12. Som,
    1. Restoren a.hassan ayam kampong yang selalu kami pergi ialah di Seksyen 7, BBBangi.
    2. Mula2 badan rasa lemah, kaki bengkak. Bila buat pemeriksaan Hb very low 5.2..(buahpinggang dah mula tak produce darah) Check darah creatine tinggi...scan buah pinggang, nampak mengecut...
    Dalam 1 tahun, baru dapat confirm buahpinggang lemah setelah melalui berbagai-bagai ujian.
    {Puncanya sebab ada darahtinggi dan diabetes.)

    Kakcik,
    saya masih tak boleh tidur...pagi ni tinggi BP, suami saya pergi hospital ambil ubat tidur...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...