Saturday, October 24, 2009

Hari sabtu.

Arnab Ain bernama David Archuletta.

Arnab Aisyah bernama Lisa.




Banyak plan bertukar di saat akhir.
Rancangannya
1. beli nasik lemak kat seksyen 7, makan kat tapak pasar tani..
2. pergi dialysis sendiri sebab suami ada meeting di Universiti Malaya

Tapi:
Suami rasa esok pun ada meeting di Pusat Jantung, hari ni dia nak habiskan masa beli barang-barang dapur dan barang bulanan.
Akak tak rasa nak pergi dialysis sebab kerap dialysis tak elok untuk jantung. Akak perlu lebih daya ketahanan diri mengawal pengambilan air... Insya'Allah.... Ya Allah.... kuatkanlah semangatku dalam mengawal air....Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Pagi, akak dah terconggok depan penjual nasi lemak seksyen 7, beli 7 bungkus nasi lemak... bawa pulang dan makan di rumah.
Selesai makan, pergi pasar tani di MAEPS serdang. Beli barang-barang basah seperti ikan dan ayam dan sayur dan ikan bilis dan bawang......
Kemudian, sengaja belikan 2 ekor arnab untuk Aisyah yang mengikut kami hari ini...

Pulang dari MAEPS, anak-anak yang lain dah teruja kerana dapat 2 ekor arnab untuk menjadi haiwan peliharaan mereka.

Kami membawa kesemua anak-anak ke Tesco Saujana, Kajang, kerana sejak akak sakit, dahlama kami tak membeli barang bulanan bersama-sama. Jika semasa akak sakit, suami akak pergi beli seorang diri ataupun membawa qeeb dan kakak bersama-samanya.

Selesai membeli barang, ingatkan hendak makan tengahari di Pizza Hut tapi layanan yang lambat dan acuh tak acuh oleh petugas di situ membuatkan kami beredar dan memesan domino pizza melalui talian talipon dan sebaik sampai di rumah, pesanan pizza kami pun tiba. Selesa, makan di rumah sendiri.

4 comments:

  1. Apalah pekerja Pizza Hut tu.. langsung tak pandai menghormati dan mengutamakan pelanggan.. ha... kan dah hilang pelanggan tu...

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    dah banyak kali kami terkena kat pizza hut. kena pula yang jadi pengurus, tak tahu kerja....memang menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Kak Zai bagi suggestion tak payah pergi pizza hut, buat aje sendiri tapi tak lah sesedap pizza yang beli...

    Pernah juga kak Zai nak bela rabbit tapi kat rumah ni dah ada kucing, takut bergaduh.

    ReplyDelete
  4. kak zai,
    memang kami takkan masuk lagi pizza hut sebab dah kena 2 tempat macamni.
    anak2 saya allergic dengan bulu kucing... sebab tu tak bela kucing, dengarnya bulu arnab okay...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...