Monday, October 12, 2009

Dialysis.

Jarum belah bawah, darah keluar dari badan dan jarum atas darah yang dah bersih masuk semula dalam badan terus ke jantung.

Tepi sebelah kanan mesin ni ada macam botol. Inilah dialyser.. buah pinggang tiruan kami yang menyucikan darah kami.


Khas buat Tie dan ASW.....

Bila akak check semula entry akak ada banyak lagi persoalan yang akak tak sempat jawap mengenai dialysis.

1) Soalan ASW mengenai jumlah 500ml adakah termasuk tembikai dan sup.
Ya....
Pernah akak cuba nak makan mee hoon sup dan tembikai.... Kedua-duanya dah kena campur dalam kiraan 500ml tu. Kalau makan mee hoon sup dengan supnya dah 100ml.... makan pulak tembikai 2 potong... (airnya mahu dapat 150ml). Senang-senang dah 250ml. Nak habiskan satu hari lagi baki boleh minum air cuma 250ml aje. Aduh... nak menyampaikan ke malam. Siksanya. Itu yang akak tibai aje... (geram dah...)

2) Soalan Tie mengenai apa yang di tarik?
Semasa darah di cuci, kan lengan akak di cucuk dengan 2 jarum. Satu jarum untuk keluarkan darah dari badan kemudian masuk dalam mesin di cuci dengan dialyser iaitu buah pinggang tiruan. Kalau tengok gambar mesin, kat tepi tu ada bentuk cilinder. Dalam cilinder dialyser darah akan di cuci dan air yang terdapat dalam darah di asingkan dalam dialyser tu. Ada saluran air keluar dari mesin. Lepas tu di lengan akak ada satu lagi jarum memasukkan darah yang dah di cuci semula dalam badan. Selama 4 jam, jika mesin berputar laju lagi bersih proses menyucikan darah tersebut.
Tapi ada pesakit yang tak tahan bila mesin tu laju pusingannya. Jika dalam masa 4 jam kita buat proses cucian 4 kilo air, ada pesakit akan mengalami pening dan ada juga pesakit yang tahan. Tapi tak baik untuk jantung.

Akak letakkan semula gambar mesin tu...


13 comments:

  1. Terima kasih akak. Tie amat2 hargai penerangan tu. Barulah faham. Selama ini Tie cuma dengar orang kata cuci darah.

    Tie dapat rasai bagaimana susahnya akak dan teman2 yang mempunyai masalah kesihatan ini mengharungi saat2 begini. Tengok pun dah rasa sakit. Akak betul2 tabah, ya.. Kalau orang yang mudah putus asa tentu dah give-up untuk hidup. Moga2 Allah terus berikan akak kekuatan itu.

    ReplyDelete
  2. Kalaulah begitu, aduhai, saya juga terasa siksanya.

    Nampaknya akak kena lah biasakan dgn ayat `sekadar nak jamah atau sekadar nak rasa' !!!

    ReplyDelete
  3. Salam Adik...

    mesin tu kat rumah Adik ya? Sekurang-kurangnya Adik tak perlu buat temujanji untuk dapatkan rawatan. Dah berapa lama Adik jalani rawatan ni?

    Kakcik sekarang mengalami sakit belakang sampai kaki. Tapi bila kakcik teringatkan Adik yang perlu menjalani rawatan dialisis dan juga berbagai pantang perlu diikut, apa sangatlah sakit kakcik ini...

    ReplyDelete
  4. Salam pagi selasa,
    Tie,
    Mula akak diberitau kena dialysis, rasa macam mimpi. Akak berharap dalam hati, ini cuma sementara. Lepas ni, (sebulan lepas tu) baiklah semula buahpinggang akak. Tapi sekarang dah setahun dah akak cuci darah dan akak pelan-pelan menerima akak kena cuci sampai akhir hayat.
    Kekuatan mental dan sokongan keluarga banyak membantu kami pesakit buah pinggang.

    ASW,
    " Sekadar nak jamah atau sekadar nak rasa ", masih belum dapat saya telan sepenuhnya. Masih berdegil nak makan sampai kenyang. Hehehe.....

    Kakcik,
    Saya takda mesin dialysis kat rumah. Susah bagi orang perseorangan untuk mempunyai mesin kat rumah. Even Datuk Sabaruddin chik dulu pun beli mesin letak kat HKL. Dia beli mesin dan kerusi khas untuk dia tak campur dengan orang lain. Sekarang dia dah buat transplant, mesin tu dia sedekah kat HKL. Penjagaan mesin tu perlu pegawai yang mahir dlm soal pembersihan.
    Kalau tak cuci bersih akan mengakibatkan jangkitan kuman dan boleh bawa maut.
    Sakit belakang sampai kaki tu, elok kakcik bawa periksa pakar tulang. Ada kemungkinan penat berdiri, dan adakalanya sebab lain. Jangan biarkan.

    ReplyDelete
  5. Kakcik dah pergi jumpa pakar tulang dan pakar saraf. Tapi macam ni la juga. Dah buat MRI Scan, CT Scan, X-Ray. Semuanya kata ok. Entahlah Adik, berurut pun kakcik dah rasa takut. Takut lebih menyakitkan.. :(

    ReplyDelete
  6. Kakcik,
    Adik ipar saya pakar tulang tapi bahagian Sport Injury. Jika kakcik dah buat semua ujian, tapi doktor dah kata takda apa-apa... kakcik kena banyak relax. Kena banyak BEREHAT. Tak boleh angkat BERAT.
    Jangan berurut kerana ada tukang urut cenderung nak urut berlebih-lebihan. Misalnya di cuba gelengkan kepala kita dan jika nak jadi malang boleh tanggal tulang tengkuk dengan spine... kita boleh lumpuh.
    ( Banyak jadi kes pesakit jadi terus lumpuh bila urut macam tu ).
    Kakcik banyak rehat. Kena minta MC masak dan mengemas dari encik suami.

    ReplyDelete
  7. Adik ipar Adik tu kat spital mana?
    (hehehe.. mcm nak amik kesempatan buat temujanji la pulak!)

    kakcik jumpa dgn pakar kat spital pantai dan juga Pusat Pakar Al-Islam (dulu KBMC)..

    mungkin juga kena banyak rehat. Cik Abe pun dok kata lagu tu.. tapi, dah kakcik satu2nya wanita melayu terakhir kat rumah tu... mana nak rehatnya :(

    ReplyDelete
  8. Kakcik,
    Memang betul. Kakciklah perempuan melayu terakhir kat rumah kakcik serupalah juga dengan suami saya lelaki melayu terakhir di rumah kami. (Hee..hee. lawaklah bunyinya).
    Beza kakcik dengan saya sebab rumah banyak perempuan, banyak bantuan tiba... (Tapi tukang sepah pun ramai).
    Adik ipar saya Dr Mohd Asri sekarang bekerja di Prince Court Hospital dekat Bukit Bintang. Di Sunway Hospital pun dia cover juga.

    ReplyDelete
  9. Salam kak,
    Ai jumpa link akak ni kat blog Auntie (kak nani). isk..camni le kalau berdialisis ye. Ai ni pon ada masalah kidney. igA. Sistem imun badan ni yg rosakkan kidney..tp ai ni doc ckp in the end of the day (apalah maksod tu), kene buat transplant...huhuhu

    ReplyDelete
  10. Salam...sy jadi takut baca entry ni...sy pown pesakit buah pinggang..Tahap akhir..da nak kena cuci..tp masih belum cuci lg...Atleast ada blog ni dptla sy infor..cuma x taw menu tuk pesakit ni..

    ReplyDelete
  11. anon...
    salam kenal....
    menu untuk pesakit u boleh gugel cari.. lagi banyak info yg tersedia...
    pesakit buah pinggang yang mengikuti peraturan dan pantang larang adalah lebih baik chancesnya dari pesakit yang di 'diagnos' dengan cancer... Kita masih mempunyai peluang...Insya'allah..

    ReplyDelete
  12. Tima kasih akak... sedihnyer kan bila dapat sakit ni... mula2 kena, sy rasa kenapa sy... sy masih muda, sy ingin membina sebuah keluarga, sy nak bahagia, nak merancang masa depan...rasa2 mcm da ptus harapan.. Tp lama kelamaan sy boleh terima keadaan ni, sy redha..dan akan teruskan kehidupan ni..InsyaAllah

    ReplyDelete
  13. Anon...
    ingin sekali akak nak berkenal dengan you. banyak yang boleh kita kongsi...
    sila bagi nama dan e-mail address pada
    rahmahkahar@hotmail.com
    bila-bila akak sedia menjawap pertanyaan u...
    selamat berkenalan...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...