Friday, October 9, 2009

Hari Jumaat.

Inilah SN Cik Ros. Memang pelembut orangnya macam paras rupanya. Pesakit ramai yang sayang padanya.


Seperti biasa, akak pergi untuk dialysis pagi ini. Olehkerana masih mengalami bengkak di pangkal peha, akak harus dialysis dengan 'tight heparin'. Maknanya ubat cair darah diberi hanya sekali sepanjang 4 jam dialysis kerana kuatir bengkak tersebut akan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Selesa jugalah pada mulanya kerana tak perlu memasukkan air setiap 20 minit bagi mengelakkan pembekuan pada 'blood line' dan dialyser. Sahabat baik pula membawa bekal nasi lemak seperti yang akak tempah rabu lalu. Memang sedap nasi lemak yang dibelinya. Memang kena dengan selera akak yang maha lorat ini. Akak menghabiskannya hingga tidak tinggal sebutir nasi pun... (Punyalah sedap...) Sehinggakan sedang asyik makan, mesin dialysis berbunyi kerana kehabisan air pun akak tak sedar. Sebaik SN Ros datang bagitau mesin akak berbunyi, akak masih ralit makan tanpa mempedulikan sekeliling. Dahsyatnya.... Siap tanya lagi, mesin siaplah yang memekak awal-awal pagi. Andeh la..andeh.

Tinggal lagi 1 jam 15 minit untuk selesai dialysis, tiba-tiba mesin dialysis akak terhenti... akak dapat lihat ada darah beku yang menyebabkan mesin terhenti. Segera akak panggil SN Zuraida dan beliau datang membantu. Sebelum beliau membuat keputusan untuk membuka jarum, SN Romela dan SN Ros datang membantu. Memang sudah tersumbat, ujar mereka. Akak perlu di cucuk semula dan sambung proses menyuci darah ataupun selesai untuk hari ini dan akan di sambung esok pula. Mengenangkan memang akak pun mesti datang lagi pada esok hari, akak mengambil keputusan untuk menyambung proses mencuci darah pada esok hari.

Selesai membersihkan segalanya, akak pun menanti suami yang sedang mesyuarat di jabatan kardio. Terasa bosan tanpa komputer teramat sangat. Wi-Fi hanya terdapat di dalam bilik dialysis, manakala di luar bilik dan bahagian lain hospital takda.

Sambil menanti akak duduk di bahagian kaunter sambil menantikan suami akak selesai mesyuarat. Tidak lama kemudian, beliaupun tiba dan akak dibawa bersamanya ke jabatan cardiology dan jabatan diet untuk jamuan hari raya. Di Jamuan Jabatan Dietian, akak berpeluang bertemu Dr Wan Hamilton, Dr Sharifah Munirah dan Puan Faizah. Masing-masing bertanyakan mengenai kesihatan akak.

Selesai jamuan tengahari itu akak menemani suami akak pergi bersembahyang jumaat di Masjid Serdang Lama di Serdang. Selesai solat jumaat, kami pergi ke Batu Caves untuk urusan kereta. Selesai segala urusan, lebih kurang pukul 5 petang kami tiba di rumah.




2 comments:

  1. saya doakan akak sabar dan istiqamah. sakit tak kak masa buat rawatan tu, ada yang kata selalunya lepas dialisis, badan rasa letih dan lesu.

    ReplyDelete
  2. Salam hujung minggu ASW,
    Terima kaseh atas doa itu. Sakit memang sakit kena cucuk jarum kecuali jika pakai perm cath. Jarumnya punyalah besar. Nanti akak tunjukkan gambar satu persatu.
    Lepas dialysis, jika BP rendah,jantung akan berdebar-debar... kita rasa letih sangat kalau jadi begitu. Seeloknya BP kena stabil barulah rasa sedap sikit... (sihat).
    Nanti akak cerita panjang lebar dengan gambarnya sekali.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...