Wednesday, October 14, 2009

Macamana boleh kenal dengan suami. 2

Okay.. sebab ada yang berminat nak dengar kisah ni, maka akak sambung cerita lah.... terima kaseh.. sebab sudi dengar cerita lapuk ni...

Maka, pada tahun 1992 merasalah akak menjejakkan kaki di bumi Anbia, Mekah. Kami sampai subuh di Jeddah, duduk tunggu bas ke Mekah waktu malamnya...
Akak jemaah dari Kuala Lumpur dapat sebilik dengan semua jemaah Kuala Lumpur. Kawan rapat masa kursus haji iaitu Noor dapat bersama ibu dan ibu saudaranya bersama-sama jemaah melaka.

Kak Munirah, Kak Anumma, Arwah kak ani, Mak Dah, Mak Nah, mazihan , akak dan noridah ditempatkan satu bilik. 42 hari kami sebilik, kemesraan kekal hingga pulang. Dalam pada itu, akak sering mengunjungi noor yang tinggal sebilik bersama jemaah dari melaka. Akak gemar beramah mesra dengan noor kerana beliau membawa bersama ibunya dan ibu bapa saudara yang mudah mesra. Dapatlah tumpang kasih bersama ibu noor. Rupanya kedatangan akak ke bilik mereka menjadi perhatian seorang teman sebilik mereka iaitu kak zai. Katanya dia sering memerhatikan akak berbual-bual dengan noor dan ibunya.

Semasa kami mahu berpindah dari Mekah ke Madinah, akak ditegur buat pertama kalinya oleh kak zai. Akak membalasnya dengan baik dan kami berbual-bual. Tiba-tiba kak zai berkata,

kak zai: Kak zai nak cakap sesuatu dengan rahmah...(dengan muka serius).

akak: (Dlm hati) Apalah aku dah buat salah ni?.......

kak zai: takpalah... nanti kak zai cakap. Dan berlalu pergi.

Daripada noor, akak diberitahu bahawa kak zai ingin mencari calun isteri untuk anak saudaranya.

Noor: untung awak ye... kenal saya terus dapat jodoh....

akak: (dlm hati) tak tentu jadi, dah kata macam tu.

Semasa kami di Madinah, kak zai sempat menyampaikan hasratnya. Akak agak terkejut walaupun noor pernah beritahu tapi tak sangka serius macam tu. Kan ini soal besar, bukan main-main. Seorang doktor lagi, bukan calang-calang.

Pernah terjadi sewaktu akak sedang berdoa di Raudhah bersama arwah kak Ani, tiba-tiba di hadapan akak ialah Kak Zai. Sebaik dia melihat akak, terus dia beri akak berdiri depan Raudhah dan di ajarnya doa

kak zai: Rahmah doa... namanya abdul Kahar... bapanya abdul Ghafar.. jangan salah baca...

Akak tersenyum memandang arwah kak Ani dan Arwah Kak ani senyum mengangguk. Dia juga setuju jika akak berdoa untuk jodoh.

Pulang dari solat, dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, kak Ani ajak akak beli jubah dan beberapa barangan untuk di bawa pulang. Tiba-tiba akak ternampak perhiasaan butang baju melayu dan tasbih yang cantik sekali dalam kotak baldu.

kak ani: Baik Rahmah beli, mana tahu untuk hantaran nanti....

Akak: Alaa... pepandai aje kak ani ni... orang nak beli untuk abang orang la...

Sewaktu kami menunggu penerbangan pulang di Jeddah, kak zai mengingatkan akak nanti akak akan diketemukannya dengan anak saudaranya. Tapi sebaik kami tiba di Subang Airport, terus akak melarikan diri darinya dan sebaik ternampak kak saudara akak kak ani, terus akak menanti di sudut terlindung sementara abang akak membawa kenderaan. Sebaik sampai kenderaan akak terus pergi meninggalkan Subang Airport.

Hari esoknya, kak zai terus menalipon akak. Diberinya nombor talipon klinik anak saudaranya bertugas. Akak tak pernah menaliponnya kerana dia pun tak talipon kita. Malu lah nak terhegeh-hegeh pulak.

Hinggalah pada suatu hari kak zai menjemput akak datang makan tengahari di rumahnya di Melaka. Akak pada mulanya malu kerana kak zai memang nak mengenalkan akak dengan anak saudaranya yang pulang makan tengahari. Akak datang juga walaupun akak sengaja lambat dari waktu yang dijanjikan. Biarkan anak saudaranya selesai makan dan pergi kerja semula, baru akak sampai.

Bersama-sama seorang kakak angkat iaitu kak Ida dan Aidil anaknya, kamipun menuju ke Melaka. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Walaupun akak belum pernah ke rumah kak zai tapi dengan panduan yang diberikan oleh kak zai, mudahlah akak mencarinya. Tiba di jalan besar menuju rumah kak zai terdapat kedai runcit. Rupanya tuan punya kedai itu adalah kakak ipar kak zai. Beliau menunjukkan rumah kak zai.

Kak zai agak terkejut melihatkan akak tiba juga di rumahnya. Tapi beliau sedikit hampa kerana akak tak sempat bertemu dengan anak saudaranya. Setelah kami di jamu makan, akak di cadangkannya supaya pergi bertemu dengan anak saudaranya di klinik tempat beliau bertugas.

Akak tidak pula teringin berjumpa kerana malu dan kami terus pulang ke Kuala Lumpur.

Rupanya bila diberitahu tentang kedatangan akak ke Melaka, doktor muda itu pun bersetuju untuk datang berjumpa dengan akak dan keluarga di Kuala Lumpur. Hujung minggu tu bersama-sama dengan Kak Zai, mereka tiba di rumah abang akak.

Setelah berkenalan, maka doktor muda tu rajin menalipon. Bual punya bual, satu hari akak terkejut bila mendapat tahu ibunya adalah guru kelas akak semasa darjah 5 dan dialah anak sulung cikgu Fatimah. Ya Allah,... inilah anak cikgu Fatimah yang pernah akak perhatikan dulu kerana sering datang ke kelas kami bertemu ibunya. Hmmmm.... terasa kecilnya malaysia.

Kami mula kenal bulan Julai, bulan September hantar cincin tanda dan tunang manakala bulan November menikah.

Alhamdulillah. November 1992, jadi isterinya. Semuga jodoh kami berpanjangan dan dapat sama -sama tua bersama. Amin.





17 comments:

  1. Wah....begitu kuat jodoh akak, ya..

    Syukur alhamdulillah.... Seronok pulak baca kisah akak, hehe..

    ReplyDelete
  2. Tie,
    Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Dapat jodoh suami yang baik dan bertanggungjawap. Tambah dengan keadaan akak sakit begini, sabar betul beliau.
    Terima kaseh Tie, sudi baca...

    ReplyDelete
  3. Seronok baca kisah Adik..
    Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. kakcik,
    terima kaseh atas doa tu. terima kaseh juga kerana rajin baca kisah 17 tahun dulu.Kakcik pun ceritalah kisah jumpa suami dulu...
    Tentunya ramai cik tinam luar sana pun nak tahu....

    ReplyDelete
  5. hehe....dari awalnya, kunjung mengunjung la ye....masa tu, jantung tak debak debuk ke? Kalau saya kan, saya pura2 pergi klinik dia, buat2 jadik pesakit. Bila dia tanya, `cik sakit apa?' saya jawab, `sakit....sakit.....entah la doktor!!!!' hahahaha......

    nanti akak baca la pulak kisah saya dalam tajuk `nolstagia' yeeee.....

    ReplyDelete
  6. Eh, baru perasan... Kita kahwin pada tahun yang sama juga laaa... 17 tahun yang lalu. Tie nikah pada 1 september. Akak bila ?

    ReplyDelete
  7. ASW,
    lawak lah awak ni..... pura2 jadi pesakit?...
    Nanti terus dia reject kalau akak jawap macam tu.. Ha..ha,..ha..
    sure akak baca....
    ha..ha..ha... (gelihati akak kalau akak bayangkan ikut saranan asw...)
    (bagilah nama sebenar... payah nak panggil asw..).

    Tie,
    tarikhnya 26 November. Awal tie lagii...

    ReplyDelete
  8. Bila kak rahmah mention kak anumma teringat kisah saya dan idzmi hehehe. satu hari nanti nak blog gakla kisah jodoh saya pulak hehe.Kak rahmah boleh buat memoir nih, kumpul bnyk2 blog ni dan bukukan.Mana tahu bole jual dan juga kenangan utk family sampai anak cucu cicit.

    ReplyDelete
  9. Salam aida,
    pagi dah masuk.... nanti kak rahmah usahakan.

    ReplyDelete
  10. Nama saya Falizah. Tapi ntah kenapa payah sangat org nak sebut. Mungkin glamour sikit kot, hehehe.....ada org sebut, Fazilah, Farizah, terpaksa laaa saya ulang balik..faaaaliiiiizahhhh...hehehe....akak panggil je saya Fa, ye!

    ReplyDelete
  11. Fa,

    barulah tahu nama asw. tenkiu...tenkiu..
    senang nak panggil.
    masa baca entry, fa... ingatkan fatimah(meneka)
    Kan sedap nama tu. Falizah...

    ReplyDelete
  12. letak lah gambor kawin rahmah...

    hmm baru 17 tahun kawin..kita Dec ni dah 27 tahun ler....masing2 dah beruban...hehehehe

    ReplyDelete
  13. kak ezza,
    Alhamdulillah, dah 27 tahun dah kak ezza berumahtangga. Syukur dan semuga berkekalan ke akhir hayat.
    Insya'Allah... dah pandai nanti saya masukkan gambar kawin. Pasal dulu mana ada digital camera...
    Scanner ada tapi belum pandai lah...

    ReplyDelete
  14. Salam

    Seronok kak Zai baca n3 bertemu jodoh Rahmah.Senyum meleret kalau ingat story kak Zai pula, boleh buat n3 akan datang.

    Enterframe sikit...kalau baca n3 Fa @ asw lagi geli hati macam filem Hindustan.

    ReplyDelete
  15. Salam kak zai,

    Fa punya memang kelakar sebab masa dia cerita saya pun suspen... bakal suaminya merenung dan jalan mundar mandir depannya.
    Panggilan jodoh ni macam-macam. Jangan lupa masukkan kisah kak zai pula...

    ReplyDelete
  16. Perghhhh....begitu kuat ya jodoh akak....alhamdullillah....

    Panggilan jodoh I dengan Mr E agak singkat la...tapi yang pasti I yang ngorat Mr E dulu....pastu terus kawen...sampai la sekarang ni dah beranak 3...hihihiihii..ok tak?

    ReplyDelete
  17. 3E,
    Ceritalah satu persatu... lajunya cerita pasal jodoh tu... terus anak 3...
    buat entry baru...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...