Sunday, October 4, 2009

Abang Digi.....

Hari ini kami semua memulakan hari dengan memasak juadah untuk menyambut ayah dan mak mertua serta adik beradik suami dan juga kawan-kawan. Memang agak sibuk akak dan bibik di dapur dan suami akak juga terpaksa dihantar ke kedai untuk melengkapkan bahan-bahan yang selalu tak lengkap. Biasalah mak andeh, ada saja yang tertinggal. Bila di suruh tulis buat list, malas nak menulis... inilah jadinya.

Selesai masak-masak akak pun naik ke atas untuk bersiap-siap. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara bibik dari bawah....

" Bu.. Ibu.... Abang Digi telepon..... " Di ulangnya sampai akak menyahut.

Rupanya handphone akak tertinggal di dapur.... bila suami akak menalipon, tertera nama Abang Digi.. kerana suami akak ada 2 number talipon. Maxis dan Digi.

Yang buat kelakar bila dengan bersungguh-sungguh cik bibik cuba memberitahu akak siapa yang talipon. Macamlah dia kenal siapa Abang Digi Tu....

2 comments:

  1. Aduh, bibik enggak jawab panggilannya yaaaa..kalo iya, pasti nya bibik kenal dgn suaranya abang Digi !!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. asw,

    dia sempat jawap... itu yang happy semacam. Dengan suami saya dia tak pernah cakap.tak kenal suara sebab itu gembira sebut abg digi... kalau tahu 'bapaknya' yg telepon..... tak segirang itu.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...