Tuesday, October 13, 2009

Pergi beraya-buah jambu batu.

Ada pulak kuih tart unggu.... macam-macam

Kuih makmur, Ella buat sendiri... sedap...

4 tahun baru dapat merasa jambu Ella.

Kalau tak bungkus, berulat.


Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan PMR. Oleh sebab kesibukan suami akak yang selalunya tugasnya menghantar anak ke sekolah kerana sambutan Hari Jantung Sedunia di Hospital Serdang, akak pun pergi menghantar kedua-dua anak akak yang bersekolah pagi.

Oleh kerana hari ini hari terakhir peperiksaan dan waktu habisnya dalam pukul 940 pagi, akak pun mengambil keputusan untuk mengambilnya. Dari sekolah, Zahrah seperti biasa akan menaiki kereta makcik Ella dan selalunya makcik Ella akan menghantar Zahrah ke rumah. Tetapi olehkerana akak belum beraya lagi di rumah makcik Ella, akak berjanji dengan Ella untuk singgah di rumahnya untuk beraya.

Sambil menunggu waktu untuk mengambil Ain yang balik sekolah pukul 100 tengahari, kami duduk berbual-bual. Macam-macam cerita kerana kami memang dah lama tak jumpa. Sambil di hidangkan dengan kuih raya hasil buatannya sendiri iaitu kuih makmor dan kuih yang dibeli iaitu kuih tart blueberry. Sedap.

Semasa ingin pulang, akak selalu suka tengok buah jambu batu kepunyaannya yang jarang berbuah. Dah 4 tahun akak mengenali beliau, buah jambunya tak pernahlah berbuah. Katanya dah merajuk. Dah macam-macam cara dia cuba, masih tak berbuah. Pokoknya merendang 2 pokok.

Dalam mencari-cari, Ella ternampak ada sebiji yang sudah agak besar. Dia mempelawa akak mengambilnya, mulanya akak malu kucing tapi akhirnya akak suruh dia petik juga.

Ella : Kalau biasanya, besar lagi buah ni...

Akak : Tak pa... nak tunggu besar.. 4 tahun lagi.

Akak memang berminat dengan pokok jambu batu ni. Banyak kenangan masa kecil. Akak ada cuba menanam kat rumah... Alahai... tak besar-besar. Tanahnya tak sesuai kot...
Sesiapa ada petua nak bagi buah jambu berbuah?

9 comments:

  1. Salam Adik..

    orang kata kalau nak bagi pokok berbuah, acah2 nak tebang. Nanti berbunga dan berbuah la dia. Boleh la cuba buat, betul ke tak - wallahuaklam. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    arwah mak saya dulupun kata serupa. Tetak-tetak pangkal pokok tapi masa malam bulan mengambang. Sapa lah rajin nak keluar malam-malam tetak pokok.
    Kalau pokok langsung tak naik-naik macamana? Leetot aje sejak beli 2 tahun dulu, serupa macam tu la sekarang ni.???

    ReplyDelete
  3. kakcik,
    leetot tu, kemetot...saya taip tak pakai cermin mata. Inilah orangnya dah rabun, lagak nampak.

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, kakcik ni kalau tak pakai mata kedua ni, entah apa-apalah yang kakcik taip. :)

    Pokok kemetot tu kena alihkan kot... cari tanah yang lebih subur.

    Rasa kakcik tak payah tunggu malam bulan mengambang. Petang2 sambil siram2 pokok pun boleh buat.

    ReplyDelete
  5. kakcik,
    untung kakcik ada bagi panduan, kalau tak... mengendaplah saya malam bulan mengambang kat rumah ella.
    Pokok yang tak berbuah tu, dia punya. Pokok yang kemetot tak besar2 tu saya yang punya...

    ReplyDelete
  6. Salam Akak,
    Saya suka kuih makmur....bila masuk mulut terasa aman (dan makmur!)Juice jambu batu pun best!

    ReplyDelete
  7. Kak Nora,
    Kalau kuih makmur masuk mulut kena diam aje... itu yang aman je. Nak jadi ribut bila bercakap... mahunya tersedak..

    ReplyDelete
  8. Salam

    Dulu depan rumah kak Zai ada pokok jambu air lebat sangat buahnya tapi tak tahu dimana silapnya buahnya banyak gugur lepastu berulat pula.Akhirnya my hubby tebang,hanya tinggal pokok mangga kalau berbuah banyak sangat merasalah satu taman.

    ReplyDelete
  9. salam kak zai,
    jambu air memang sedap cicah kicap manis.. yummm..
    Ni kalau berbuah mangga, hantarlah kat taman sini...( He..he..he).

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...