Monday, October 12, 2009

Lauk hari ini.

Masak tempoyak dan ikan bilis.

Sedang Menggelegak pun kena ambil gambar....


Dalam pada balik dialysis dalam keadaan pening tadi sebab doktor dah warning jangan tarik lebih dari 2.5kg tapi memandangkan hutang banyak lagi... akak minta set mesin tarik 3.5kg... Datang tadi berat 55.4kg. Kalau tarik 3.5kg, fikir akak dapatlah balik berat dalam 52.5kg ke....
Hmmm... belumpun mesin tarik 3kg, dah pitam lah pulak. Minta bantuan hentikan mesin dan masukkan air... HMMM... macam tu jugak beratnya. (Dlm hal ni jangan memandai sendiri...)

Balik dihantar oleh suami dan kemudian duduk sebentar. Makan nasi yang dibeli tengahari tadi di kantin hospital... sedaplah jugak....

Lepas tu teringat nak buat agar-agar macam dalam satu resepi kat satu blog. Mak andeh.... lupa pulak nak tulis resepi... Puaslah mencari, tak jumpa-jumpa... akhirnya ada kawan talipon, terus tanya padanya.

Tengahari tadi akak masak lauk sambal tempoyak dan ikan bilis. Minggu lepas akak ada beli ikan patin sungai pahang yang dijual di pasar tani di MAED Serdang (Tempat Maha). Ikan patin akak masakkan asam. Resepi akak dapat dari (sekarang dah datin) Datin Noniswara. Dia memang pandai memasak.

Dapat resepi buat agar-agar dari kawan, akak pun buatlah petang ni buat cik suami yang nak berbuka puasa petang ni. Bual punya bual, pukul 630 petang baru buat... (untung dah masak nasi dan lauk).

8 comments:

  1. Masakkan yg paling saya gemari...tempoyak ikan bilis...tak pandai pulak saya buat..selalu dpt beli masa bln ramadhan di pasar juadah.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan buat marina,
    Mudah aje masak tempoyak tu... semua main campak.
    Ada tempoyak... daun kunyit...(hiris) serai(Ketuk atau hiris) bawang merah 6 ulas, tumbuk + kunyit hidup + cili padi.. (ikut nak pedas mana).
    Masuk dalam periuk campur air 250ml, masakkan hingga pekat...
    Makan dengan nasi panas dan ikan masin. Pekasam ke....

    ReplyDelete
  3. Adoi....

    Sebenarnya Tie suka sangat nak komen di sini tapi selalunya pc Tie terus hang bila dah submit komen. Hari tu berjela2 Tie tulis namun tak juga diterima. Rasa nak nangis laa...

    Tie suka akak tulis pengalaman yang mahal ni. Bila akak tulis tentang had air yang perlu diminum, rasa terharu sangat. Lepas tu kena jaga berat badan... dan pasal mesin tarik tu, Tie tak faham. Apa benda yang ia tarik ?

    Tie tak pernah makan tempoyak ni, tak pandai sebab mak tak buat. Bila tengok gambor tu terliur la pulak. Hehe..

    ReplyDelete
  4. lauk tempoyak tu sangat sedap dipandang...sedap lg kalo masuk tekak hehe....saya suka benar tu kak..tak pun sambal tempoyak daun kayu wah wah wah...lagik menambah nasi x hengat punya huhu

    ReplyDelete
  5. Tie,
    Akak pernah kena, tulis panjang2 pas tu tak leh nak submit.. ghaib entah mana.. Hangin satu badan.
    Pasal mesin tarik, sebenarnya bila masa cuci mesin menyedut/mengasingkan air dari darah yang di cuci... Dlm dialyser tepi mesin tu dia asingkan air dan darah. Darah bersih masuk semula dalam badan.
    Tarik air, bila kita set mesin, dalam empat jam cuci darah berapa banyak dia akan tarik air dalam darah dan buang melalui dialyser (buahpinggang tiruan).
    Nanti akak ambil gambar dialyser.
    Sambal tempoyak ni memang best, Pembuka selera. Kena pula ada ikan masin... wosh... sedap..
    Akak banyak benda nak tunjuk kat tie. Nasi lemak kukus, sambal tempoyak... (datang bangi akak tunaikan janji...)

    Mi,
    lauk tempoyak bukan setakat sedap dipandang,.... marilah ke bangi... akak ada sikit lagi tempoyak.

    ReplyDelete
  6. Oooo...gitu rupanya. Tie memang tak kenal sesiapa yang punya masalah kesihatan seperti akak, kerana tu rasa sangat teruja nak tahu.

    ReplyDelete
  7. Tie,
    Kalau nak tahu ceritanya dan tak jemu mendengarnya akak sedia bercerita panjang lebar.

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan...sambal tempoyak...terliur la pulak...klu org n9 panggil sambal tempoyak daun kayu....ada pucuk ubi sekali..

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...