Saturday, October 10, 2009

Akhirnya Terlerailah rinduku.

Order lagi satu... percaya tak?

Solosaiiii... tak tinggal sebutir pun.....
Suami akak suka ada lauk.


Nasinya kukus. Sambalnya... merah menyala.


Selesai solat subuh pagi ini, akak mengajak suami pergi makan nasi lemak. Asalnya kami hendak makan nasi lemak di seksyen 7 bangi tetapi memandangkan dah lama tak pekena nasi lemak kukus kg baru,.... suami akak bersetuju bila akak cadangkan kami prgi ke Kg Baru.

Selesai salin baju, kami pun terus menuju ke Kg Baru mengikut Lebuhraya Seremban KL dan kemudian melalui Smart Tunnel dan terus ke Jalan Tun Razak. Tiba di persimpangan Jalan Raja Uda, terus masuk sehingga persimpangan Jalan Daud. Sebelum keluar rumah, akak dah call bagitau nak datang.

Sebaik dapat nasi, tanpa menoleh... akak pun makan. Punyalah sedap... tak boleh lambat-lambat... Nasinya masih berasap lagi.

Kejap aje solosai....

Kak Sham the tokey datang ke meja. Minta lagi sebungkus...

" Yang, masa kami muda-muda dulu... kalau makan banyak member tanya... Bela jin ke?" Suami akak kata.

" Hmmm... banyak angkut jin tadiii... ni yang lapar sangat ni...". Jawap akak selamba.


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...