Wednesday, October 7, 2009

Bengkak peha

Tenkiu Ida... aunty simpan sampai akhir hayat...



Sedang menikmati hidangan tengahari, akak terasa sakit sangat kat pangkal peha. Tapi, makan berselera... nasi tambah juga almaklumlah makan tengahari. Lepas suami akak selesai makan, kami naik tangga sama-sama. Lepas diperiksa, kelihatan pangkal peha akak membengkak akibat turun naik tangga. Salah akak sendiri... sebab sejak semalam tak rasa sakit... melasak turun naik tangga, siap memasak dan buat aiskrim malaysia lagi untuk anak-anak. Akibatya luka pada tempat cucuk semalam jadi darah beku... patutnya, duduk diam-diam macam orang sakit.

Suami akak mulanya kena tekan kuat2 kat bengkak tu.... dah salah akak.. tahankan aje. Tak berani nak mengadu sakit. Memang sakit. Katanya kalau pesakit biasa, memang dah kena hamput... (marah) sebab kena bawa hospital. Tapi kes akak, dia boleh tolong di rumah. Lepas kena tekan dengan tangan... kena tekan dengan buku-buku tebal... bermula dari pukul 245 petang sehingga pukul 1100 malam. Bayangkan... dok terbaring macam tu punya lama sehingga terima tetamu pun terbaring. Tamu naik atas, kami borak-borak... enjoy... tapi tamu jaga adab ziarah, kejap aje... sedih dan terharu sebab ini tamu special. Masa sehat, kalau kami jumpa tak pernahnya sekejap... sure lama berborak-borak...

Ida Adora.... tergamam aunty ida bagi AUD50.00... Aunty simpan untuk kenangan sampai akhir hayat...
Kak aini, cikgu, fiona, kak shima... tenkiu.. tenkiu... datang ziarah... Untuk pesakit memang kedatangan sahabat tersayang beri sinar pada pesakit....




6 comments:

  1. salam AKAK...

    Rumah Akak kat mana ya? Pandainya suami akak masak, terliur kakcik!

    Hati2 Akak, jaga kesihatan. Tahulah ada pakar kat rumah tu, tapi dia pun ramai pesakit kan? :)

    ReplyDelete
  2. berehat la....kesian kat cik abang you tu...

    ReplyDelete
  3. aduh kak...sakit tu kena tekan2 tempat sakit..
    sib baik hsbd akak reti tolongnya :)

    hope cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  4. Kakcik,
    Rumah saya kat bangi aje.. yang masak tu, saya...
    Betul kata kakcik kena jaga juga tapi saya ni bab kesihatan macam ada jinx.. kalau orang lain, tak sampai jadi macam ni. Tapi, sbb saya ada jinx... saya mesti akan terkena.

    Kak ezza,
    sejak dari penghujung 2007 hingga hari ni, memang one after another sakit saya. Mulanya sedih jugak.. tapi bila fikir dalam-dalam... Allah tak lupakan saya walaupun saya banyak berdosa...

    Mi,...
    memang sakit tapi tak boleh komplen... kalau adik beradik, mehu minta berhenti tekan kat tempat bengkak tu. Tapi syukurlah, alhamdulillah... hari ini akak dah buat ultrasound kat tempat bengkak, takda pendarahan dalaman dan jumlah darah Hb tidak kurang.

    ReplyDelete
  5. Harap Ibu n Abah tabah menghadapi dugaan.Kalau boleh banyakkan rehat, kat rumah kan ada pembantu buat aje kerja yang ringan2.

    ReplyDelete
  6. Salam kak zai,
    Terima kaseh atas kata semangat. OK.. Bila dah sakit baru nak dudukdiam sikit.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...