Tuesday, October 20, 2009

Keluar jap.

Tadi, kami keluar sebentar untuk ambil cermin mata Qeeb di Warta. Terlanjur dah kesana akak teringat nak kena ganti bateri 2 buah jam akak yang dah lama pengsan tak boleh gerak. Kalau dulu, akak selalu juga seminggu sekali ke warta. Macam-macam yang akak cari kat situ. Ada food court kat tingkat 3 warta tempat akak, marina dan ella sering makan tengahari. Sejak akak keluar masuk hospital, hampir setahun juga kami dah tak keluar sama lagi.

Selesai ganti bateri jam, kami pergi ambil cermin mata qeeb. Sebelum itu kami pergi menengok-nengok sekolah Sri Ayesha untuk Aisyah. Jika ada rezeki, ingin hantar Aisyah kesana.

Balik dari warta, singgah di seksyen 1. Nampak macam ada pasar malam tapi sebabkan suami nak ke bank, terus ke bank. Ingatkan lepas selesai kat bank boleh pegi pasar malam, tapi suami terus pandu balik.

Sampai rumah dah ... baru teringat.. suami nak gunting rambut, dah lupa.... Kalau dah masuk rumah, tak kuasa nak keluar lagi.

Akak dah beli bahan-bahan buat mee kari. asyik buka blog orang, ada menu mee kari. Teringin la pulak. Dah siap masak, malam baru makan sebab suami akak terasa nak tengok DVD lepas solat maghrib.

Dapat sms, Dr Annam lulus peperiksaan MRCP. Tahniah Annam. Lagi satu lagi bahagian untuk mencapai cita-cita menjadi doktor pakar. Saya tahu you boleh buat punya..... Saya dah dapat bayangkan you berjaya jadi doktor pakar....

4 comments:

  1. Salam Adik...

    hehehe... kakcik pun mulanya semalam ingat nak buat mi kari je. Tapi, rasa dah agak jemu. Sudahnya masak nasi la juga. Mesti sedap mi kari adik tu.. letak kerang ke??

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    semalam lupa pulak beli kerang. yang lain semua cukup, kerang lupa. lepas tu taklah sedap mana....

    ReplyDelete
  3. kami berdua suami isteri mulai esok tak nak makan nasi. badan rasa dah tak selesa sangat. asyik melantakkkkk aje....(oopss...kdg2 je tekeluor perkataan ni...heheheh) hubby pernah cuba dulu, sebulan tak makan nasi. okay sangat2. saya ni baru esok nak mencuba.....takut tak larat je nak menahan.

    ReplyDelete
  4. Fa,..
    Akak sejak kurus lampai ni... sekarang lah baru berselera makan. Suami akak tegur katanya kawal sikit makan...dulu 50kg sekarang 56kg... tapi bila tak makan, dia usaha suruh makan.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...