Kolam ikan paling menyedihkan. Pernah masa sibuk nak raya hari itu, akak cuba nak pergi kolam, tapi tak dapat-dapat. Habis ikan akak 3 kolam mati. 2 hari raya akak dapat jengah sekejap, semua ikan akak dah timbul. Sedehnya hati, tuhan aja yang tahu... Suami akak kata jangan emo sangat... Kalau dah tak mampu menahan sedih, jangan bela... Dia memanglah tak rasa sebab akak bela ikan tu, akak sendiri yang pilih telornya... Akak bela dari sebiji telor... mana akak tak emo...
Tapi semalam, setelah 5 kolam ikan akak dah mati ikan-ikannya..... memang terasa sangat ruginya sebab kebanyakkan ikan yang mati itu adalah akak gunakan semua duit akak dalam simpanan untuk membeli telor-telor ikan. Hajatnya, bila dah ada peraih yang datang ambil ikan-ikan tu, masuk balik duit dalam bank tunggu interest aje... Tapi, habis ikan bergelimpangan.
Syukur Alhamdulillahlah, anak akak yang kedua dapat penemuan baru dalam menghidupkan semula ikan-ikan yang dah terapung itu. Mujurlah akak tak flush aje ikan-ikan tu macam tragedi ikan mati raya hari itu. Qeeb berjaya hidupkan setiap seekor dan akak berjaya mendapatkan peraih yang mahu mengambil ikan-ikan tersebut dengan harga sama dengan harga pasaran.
Akak rasa Qeeb memang layak diberi penjagaan menjaga ikan akak dan zahrah, ain dan aisyah akak akan menamakan nama mereka dalam geran kebun. Mereka boleh berbahagi 3 beradik. Mungkin Aisyah menjaga lembu, Ain menjaga kambing dan Zahrah menjaga kebun buah dan tanaman selepas habis peperiksaan PMR nya. Akak dah tua, tak larat lagi nak kekebun dan kolam ikan untuk menguruskannya. Baik akak tumpukan beribadat dan berzikir dah tua-tua begini....
Salam adik, keluarga Umbai rupanya.Kenallah agaknya dengan keluarga arwah Cg Hjh Selemah Embi. Gigih sungguh adik, walapun sakit, well, life must go on. Semoga terus berjaya sebagai petani moden....
ReplyDeleteWaalaikumussallam.
ReplyDeleteBapa mertua saya bekas guru dahulunya sebelum melanjutkan pelajaran ke UM. Kemudian beliau menjadi Pengarah Felda sampai pencen. Mak mertua saya dahulunya mengajar di Melaka juga. Arwah Cikgu Hjh Selemah, kami tak kenal tapi Arwah Cikgu Seman (yg sering ke pusara isterinya membaca yasin) kami kenal. Ayah mertua Cikgu Ghafar Abd Wahab dan mak mertua Arwah Cikgu Fatimah Omar.
Salam Akak (sebenarnya Adik)..
ReplyDeletemacamana boleh hidupkan kembali ikan tu? Bergeliga Qeeb, ya? InsyaAllah nanti akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan dan 'di sana' juga.
Allah sedang menurunkan ujianNya.. cuma kdgkala kita bukanlah begitu kuat untuk menerima ujian, betul tak?
Kak cik...
ReplyDeleteJanganlah percaya sangat temberang saya kat entry ni... saya cuma bergurau. Ikan yang berjaya qeeb hidupkan adalah ikan dalam facebook. Cerita-cerita diatas hanyalah kebun facebook dan ikan di facebook.
Saya diajar membela ikan di facebook dan berkebun di facebook oleh jururawat Buahpinggang di Pusat Dialysis. Cuma hanya untuk hiburan saje...
Kakcik terkena juga yee...!!! (Saya memang kuat dan suka bergurau..) waima semasa saya sedang dirawat dan memakai topeng oksigen pun saya masih akan bergurau....
Alahai akak, terkena saya. baru nak tanya lebih lebih camne boleh hidupkan balik.
ReplyDeletesalam..yeeeesssss..dah ingat dah...ya allah seronoknya dapat jumpa lagi sekali di alam maya...lepas ni lehlah gi bbb tu...
ReplyDeletesekarang ni kesihatan kamu main merosot ek..macam-macam dugaan yang kamu dapat...semuga tabah menghadapinya...
lepas ni lehlah gi ke hospital serdang..abah ina pun dah ada penyakit jantung..
Hmmm.. hah..ha.. (Macammanalah bunyinya ketawa dalam cyber ni... karang bunyi pelek lah pulak...)
ReplyDeleteZila,...
pagi-pagi akak dah berjaya mengenakan orang. Jika baca macam betul kan... Amacam? ..Akak boleh jadi penulis skrip filem tak?
Ina KL,
Alhamdulillah... dah ingat pun. Padanlah masa saya baca entry awak tu, paras rupa nampak familiar aje. Nanti bagilah semula no rumah, boleh beborak lagi...
hahaha... terkena juga kakcik ek? Memang pandaila adik ni buat lawak :)
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeletepagi ni nampak mendung aje langit kat bangi ni.. jadi saya buat lawak pagi-pagi...
Salam.
ReplyDeleteKak Zai dah agak ini bukan real story nasib baik tak terkena, dalam sakit2 pun pandai bergurau terapikan,senyum selalu...
Salam zai,
ReplyDeleteTerima kaseh. Hidup kena ceria...